Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Cara-cara Orang Cina Masuk Islam Part 2



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Jika anda seorang yang berbangsa Cina dan anda merasakan anda memerlukan maklumat tambahan tentang agama Islam tanpa diskriminasi Kemelayuan, anda amat digalakkan untuk mengikut penulisan Cara-Cara Orang Cina Masuk Islam ini.

Tapi sekiranya anda seorang Muslim, mungkin dari bangsa Melayu yang inginkan pendapat alternatif tentang konflik Kemelayuan Islam di Malaysia, anda sememangnya beruntung jika anda berkeputusan untuk teruskan membaca.

Maaf kerana terpaksa memetik bunyi gitar perkauman, harap-harap lantunan nadanya lunak belaka. Ini kerana tuhan ciptakan kita berbeza-beza dari pelbagai puak dan kaum bukan untuk kita saling tikam menikam. Tetapi untuk kita saling mengenali dan berhikmah serta beroleh manfaat daripada perbezaan ini.

Cina dan Kain Pelikat

Orang Cina tak perlu memakai kain pelikat untuk masuk Islam. Ini mungkin kedengaran agak kelakar bagi segelintir individu. Tetapi ini sedikit sebanyak adalah faktor yang mempengaruhi kekeliruan bangsa Cina terhadap pemakaian kain pelikat.

Bangsa Cina yang memeluk Islam tidak perlu memakai kain pelikat untuk bersolat ataupun melakukan apa-apa bentuk aktiviti keagamaan.Kain pelikat atau sarong itu sendiri adalah entiti halus yang menghantui ajaran Islam versi Melayu di Malaysia ini.

Seorang penganut Islam bebas mengenakan apa jenis pakaian sekalipun ketika melakukan aktiviti spiritual mereka, asalkan ianya tidak mempamerkan aurat. Muslim dari kalangan bangsa Cina bebas mengenakan pakaian tradisi mengikut budaya mereka sebagaimana bangsa Melayu memakai Baju Melayu, Kurung dan sebagainya untuk aktiviti yang melibatkan agama Islam.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan Muslim Melayu khususnya di Malaysia ini banyak mempamerkan unsur kebudayaan berbanding unsur keagamaan. Dari segi pemakaian, sambutan, dekorasi dan pengisian majlis itu sendiri.

Masyarakat Cina tidak perlu bimbang untuk mengadakan majlis mengikut tradisi mereka. Mereka bebas untuk menggunakan pakaian, sambutan dan juga jamuan mengikut budaya mereka selagimana ianya tertakhluk di dalam hukum Islam yang indah.

Sesetengah sambutan majlis perkahwinan Melayu sendiri didapati tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan Islam. Agama suci ini tidak sekali-kali mendiskriminasi adat dan budaya mana-mana kaum selagi mana ianya tidak mendatangkan mudharat dan bertentangan dengan hukum.

Respons Pembaca

Ekoran dari beberapa entry tentang Islam dan Masyarakat Cina di Malaysia. Saya telah mendapat beberapa email bertanyakan tentang maklumat yang lebih lanjut mengenai agama ini. Saya amat menghargai usaha anda untuk menghubungi saya.

Saya berjanji akan sedaya upaya membantu anda, bukan hanya bersebabkan saya mahu anda “revert” kepada Islam, tetapi untuk berkongsikan keindahan agama ini bersama anda.

Sekali lagi, ingin saya tawarkan diri untuk sebarang bantuan atau kemusykilan tentang Islam dan Melayu. Sila hubungi saya di sini.
Read more

Cara-cara Orang Cina nak masuk Islam (Part 1)

Gambar Hiasan
Prosedur untuk masuk Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Secara ringkas, berikut adalah prosedur mudah untuk memeluk Islam secara rasmi:

  • Hadir ke Masjid, Pejabat Agama atau mana-mana badan/organisasi punyai kapasiti untuk mendaftar Saudara baru.
  • Bawa bersama salinan Mykad dan gambar passport.
  • Penerimaan kad Akuan Masuk Islam
  • Sesetengah organisasi mungkin menggalakkan/menyediakan kursus bimbingan untuk Saudara Baru.
Ini adalah antara prosedur memeluk Islam secara rasmi. Sebenarnya untuk memeluk Islam, memadai dengan mengucap dua kalimah syahadah serta memahaminya. Dan diikuti dengan amalan sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada rukun Iman dan rukun Islam.

Kenapa Cina?

Sejak penulisan entry tentang Cina masuk melayu dulu, aku dapati banyak keyword yang menarik singgah masuk ke blog ini. Antaranya Cina masuk Islam, Cina pakai kain pelikat, Cina kahwin melayu dan yang paling sentap adalah keyword “Cara Cina Masuk Islam”.

Lebih kesal, apabila search keyword itu, tiada satu pun page yang dapat memberikan maklumat tepat seperti yang dihajati. Cuba bayangkan betapa sayunya hati seorang insan yang ingin mencari maklumat itu (mungkin dia dari kalangan Bangsa Cina).

Oleh itu aku mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu entry, yang aku harap akan mendapat hits di kalangan Bangsa Cina yang ingin mempelajari tentang Islam di Malaysia khususnya. Bukan hanya entry bahkan aku akan cuba hidupkan satu niche di internet tentang Islam dan Cina di Malaysia agar lebih banyak lagi dapat beroleh manfaat.

Mungkin ramai akan beranggapan sedikit rasist apabila mengketengahkan bangsa Cina di sini. Sebenarnya memang sengaja dihighlight bangsa Cina. Bukan bermakna ingin meng-anak-tiri-kan bangsa lain seperti India, Siam, Singh, Yahudi dan lain lain. Tetapi penulisan ini memang dikhaskan untuk bangsa Cina. Bangsa lain InsyaAllah akan menyusul di kemudian hari.

Jangan risau, Islam itu universal, cuma ingin dispesifikkan penerangan kepada Bangsa Cina yang merupakan bangsa kedua paling ramai di Malaysia.

Kenapa perlunya memeluk Islam secara Rasmi? 

Memeluk Islam secara rasmi memudahkan urusan yang berkaitan agama di masa hadapan. Contoh paling dekat adalah zakat kepada golongan yang baru memeluk Islam. Ini kerana institusi zakat memerlukan seseorang itu menyediakan dokumen perakuan Muslim untuk menerima zakat. 

Begitu juga dengan urusan nikah, cerai, rujuk, kematian, anak-anak dan lain-lain lagi. Sekiranya seseorang itu tidak dapat diperakukan sebagai Muslim secara rasmi, ini akan merumitkan urusan-urusan yang berkaitan.

Apa perlu masyarakat Cina buat sebelum masuk Islam?

Persediaan mental dan fizikal untuk komited terhadap agama Islam. Terdapat keperluan untuk memberitahu ahli keluarga terutamanya ibubapa tentang pengislaman. Seeloknya terangkan sebab musabab mengikut logik akal dan bukan berat sebelah pada Islam.

Ini kerana mereka (bukan Islam) mungkin masih terkeliru dengan agama ini. Andai kata pengislaman ini mendapat tentangan, diharap dapat bertenang dengan ahli keluarga. Buktikan bahawa tidak menjadi masalah untuk berkeluarga dengan mereka yang bukan Muslim.

Lama-kelamaan mereka akan menerimanya, InsyaAllah.

Khatan dan Saudara Baru

Ramai yang sedia maklum perkahwinan menjadi salah satu punca utama Bangsa Cina memeluk agama Islam di Malaysia. Berkhatan kedengaran seperti satu jenis phobia yang menghantui golongan yang berpotensi memeluk agama ini.

Namun hari ini ramai yang sudah mengetahui kelebihan berkhatan. Dan mereka mula melakukannya tanpa mengira bangsa dan agama. Kerana sudah timbul pendedahan dan pemahaman yang tepat tentang berkhatan.

Khatan sememangnya mustahil untuk dijadikan sebagai salah satu alasan. Ini kerana hukum khatan di dalam Islam, mengikut beberapa pandangan Ulama adalah tidak wajib, ianya sunnah yang amat digalakkan.

Maka tidak menjadi satu halangan bagi bangsa Cina untuk memeluk Islam. Mereka boleh berkhatan apabila mereka sudah sedia.

Apa yang ditakutkan masyarakat Cina

Jelas di sini ajaran Islam sebenarnya tidak menjadi halangan besar untuk bangsa Cina memeluk Islam. Yang menjadi halangan utama adalah “Kemelayuan”.

Masyarakat Cina amat menitik-beratkan kebudayaan dan adat mereka. Jelas sekali mereka terkeliru kerana bangsa Melayu telah menerapkan ke-Melayu-an mereka ke dalam agama. Sehinggakan masyarakat Cina merasakan ke-Cina-an mereka terancam.

Ada yang merasakan mereka akan dipulaukan sekiranya memeluk Islam kerana masih ramai sanak saudara dan rakan-rakan mereka terkeliru antara Islam dan Melayu.

Masyarakat Melayu secara separa sedar telah menimbulkan “the sense of belonging” terhadap Islam sebagai hak Melayu. Islam Melayu inilah yang menyukarkan penembusan potensi memeluk Islam kepada masyarakat Cina.

Tindakkan mereka mengadun budaya dan adat ke dalam ajaran Islam adalah tidak salah, bahkan Melayu itu sendiri banyak terpengaruh dengan masyarakat Arab, adakalanya terlebih-lebih dari Pak Arab sendiri!

Contoh yang sememangnya popular adalah baju melayu untuk ke masjid, ketupat dan rendang di hari raya dan lain lain lagi.

Post ini akan sentiasa diupdate dengan link-link siri penulisan Cara-cara Orang Cina nak masuk Islam di masa hadapan. Sememangnya memeluk Islam langkah awal untuk mencapai kesejahteraan hidup. InsyaAllah banyak lagi isu dan penerangan serta Q&A akan diterbitkan di masa akan datang.

Sebenarnya aku masih terkilan, kerana aku tak mampu menulis dalam bahasa yang memudahkan masyarakat Cina faham inti pati yang ingin aku jelaskan.

Sekiranya anda seorang yang berbangsa Cina dan ingin penerangan yang lebih mudah dan mesra tentang Islam, mungkin bersama seorang yang sama bangsa dengan anda, sila hubungi saya. Atau anda boleh berinteraksi dalam group facebook Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).
Read more

Fungsi Otak Melayu yang Ajaib!

Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas




Pernah tengok otak manusia? Pernah tengok apa ada dalam otak manusia?

Sebenarnya, kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya yang sedang berkampung di dalam otak umat Melayu.

Aku cuma ingin mengingatkan kembali, re-fresh bak kata orang kampung. Bukankah ramai yang mengaku "Melayu mudah lupa?"

Penafian:

Tiada cubaan untuk memperburuk/menghina/membontotkan maruah mahupun ke-maksum-an umat Melayu se-Malaysia. Ilustrasi di atas adalah bertemakan pendidikan.

Read more

Kenapa Melayu kian binasa?

Antara Pemimpin Melayu Masakini

1. Umat Melayu hari ini sering mengeluh serta gusar dengan dengan perkembangan masalah keruntuhan moral bangsa sendiri.

2. Kadang-kadang ada yang menyuarakan rasa hairan mereka, kenapa sebegini teruk bangsa yang majoriti Islam ini? Di mana silapnya?

3. Masalah keruntuhan moral di Malaysia adalah meliputi:
  • Gejala maksiat
  • Seks bebas
  • Budaya mat rempit
  • Penagihan najis dadah
  • Kes buang bayi
  • Keruntuhan institusi keluarga
  • Kes samun dan rompak
  • Kes buang ibubapa sendiri
  • Penderaan kanak-kanak dan wanita
  • Gangguan seksual
  • Penyebaran bahan lucah
  • Gejala rasuah
  • Fitnah berleluasa
4. Masing-masing mulalah menunding jari, mencari salah orang lain habuan untuk menyedapkan hati sendiri.

5. Aku akan cuba bongkarkan satu tabiat Melayu yang memakan diri sendiri. Walaubagaimanapun, teori ini hanyalah daripada pemerhatian dan sedikit kajian aku terhadap bangsa ini.

6. Maaf, bukan bermakna aku berniat memburukkan bangsa Melayu. Aku cuma ingat mencari punca akar umbi permasalahan yang mereka hadapi hari ini.

7. Melayu sememangnya dianggap sebagai satu bangsa yang mengutamakan adab sopan dan tatacara.

8. Namun bangsa ini bukanlah maksum, mereka tidak terlepas daripada perilaku yang menyumbang kepada kejatuhan nilai moral mereka sendiri.

9. Teori aku mengatakan, Melayu gemar mendoakan kebinasaan sendiri.

10. Takrif “Doa” mungkin berbeza mengikut istilah kamus dari setiap pandangan peribadi kita. Doa sebenarnya tidak hanya tertakhluk kepada sebutan “Allahumma”, “Ya Tuhanku”, “Wahai Tuhan Kami” dan lain lain.

11. “Your beliefs become your thoughts, your thoughts become your words, your words become your actions, your actions become your habits, your habits become your values, and your values become your destiny.”

12. Quote di atas seringkali aku gunakan untuk merealisasikan hubung kait antara “words” (perkataan) dan “destiny” (takdir/nasib) dalam kehidupan.

13. Dalam Islam, kita diajar tentang Doa. Setiap kali selesai solat, kita digalakkan berdoa. Setiap kali memulai sesuatu perkara juga kita disarankan berdoa kepada Allah.

14. Tahukah anda bahawa antara doa yang paling mustajab adalah doa kepada orang lain/saudara tanpa pengetahuan mereka? Kerana doa sebegini amatlah ikhlas.

15. Namun apakah kaitan antara doa, perkataan, takdir dan keruntuhan nilai moral umat Melayu kini?

16. Majoriti Melayu (pada pemerhatian sendiri) lebih selesa memberikan respons negatif pada pelaku sesuatu perkara yang tidak bermoral.

17. Sebagai contoh, kes buang bayi, anak luar nikah dan seks sebelum nikah. Rata-rata umat Melayu menghina dan mencemuh mereka ini SEIKHLAS HATI.

18. Adakah salah menghina, memaki hamun, mencerca pelaku aktiviti tidak bermoral ini?

19. Adakah menghina mereka dapat menyelesaikan masalah ini?

20. Tahukah anda apakah kata-kata keji yang dihamburkan kepada golongan pelaku kesalahan ini? (Mungkin majoriti mereka melayu juga)

21. Aku terpaksa senaraikan contoh-contohnya untuk tujuan kita belajar menteladani:
  • Haram jadah
  • Anak haram
  • Tak ada otak
  • Babi
  • Anjing
  • Bangang
  • Bodoh
  • Tak ada masa depan
  • Padan muka
  • Kecik-kecik taknak mampos
  • Tua ganyut
  • Seksi tak ingat dunia
  • Bebal
22. Ini hanya sebahagian kecil “doa-doa” ikhlas yang berkumat kamit di mulut umat Melayu ketika mereka memberikan respons spontan terhadap perkara sedemikian rupa.

23. Doa-doa ikhlas inilah yang aku maksudkan dalam diam menjadi sebati dengan isi dan darah yang mengalir keseluruh urat nadi Melayu.

24. Perkataan sebegini umpama menjadi makanan ruji bangsa ini. Sekaligus menyukarkan mereka untuk mengelak dari tidak menyempurnakan hidangan cerca maki ini setiap kali mereka di provoke.

25. Baik yang tua, muda, tinggi, rendah, alim mahupun ilmuan amat mudah terdorong untuk turut sama berganding bahu menggembeleng usaha untuk bersama-sama menjayakan semangat syaitan ini.

26. Rangkap-rangkap keji ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa ketidak-mampuan umat Melayu untuk memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah ini bahkan mereka juga menyumbang kepada kehancuran diri sendiri.

27. Usah persoalkan kenapa Allah makbulkan doa ini kepada bangsa itu sendiri. Sebaliknya carilah hikmah disebalik akhlak dan kejumudan bangsa ini menerajui konflik kendiri.

28. Umat Melayu perlu akur dan menerima hakikat bahawa ini adalah satu ujian, satu musibah buat mereka.

29. Mereka perlu jelas menerima kenyataan bahawa kini mereka berada dijurang kejatuhan moral yang amat hina. Mereka sedang mengharungi satu ujian yang dahsyat.

30. Mengikut resmi insan, setiap kali diuji kita akan kelupur mencari yang Maha Esa. Terpaku sujud mencari keredhaan Allah SWT. Serta bermuhasabah mencari salah dan silap kafarah dosa silam.

31. Bayangkan kita diuji hebat oleh Tuhan. Kita akan mulai merasa kerdil. Terumbang ambing oleh lautan tipu daya dunia. Kita mula sedar tiada lagi capaian dapat kita tautkan, selain Tuhan yg Esa.

32. Teori ini hanyalah hasil pemerhatian dan sedikit kajian jahil dariku.

33. Aku tak minta dipersoalkan kesahihan teori ini. Tapi aku mohon agar terima kenyataan:

Bangsa Melayu kini sedang berdepan dengan musibah hasil air tangan sendiri



Read more

Comments