Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Nak lawan Yahudi? מתנגדים יהודים



Nak lawan yahudi..
Tapi rokok kat tangan dok hisap lagi,

Nak lawan yahudi..
Tapi nak sembahyang subuh berjemaah dok liat lagi,

Nak lawan yahudi..
KFC ngn makdonal dok mkn lagi,

Nak lawan yahudi..
Tapi sunnah nabi dok buang sikit-sikit dalam diri,

Nak lawan yahudi..
Baca quran malas sekali,

Nak lawan yahudi..
Takbir sana takbir sini, buang sampah penuh tepi jalan,

Nak lawan yahudi..
Movie yahudi 2 pun kita dok tgk lagi,

Nak lawan yahudi..
Tapi sesama kita pun dok dengki mendengki lagi,

Nak lawan yahudi..
Jangan kita jadi lebih pada yahudi sudah la,

Yahudi dah rancang bepuluh-puluh tahun dulu nak musnah Muslim,
Kita dok ternganga lagi


Read more

Ibu bapa yang mengajar anak buang bayi


Zina tu mudah. Ataupun nikah itu susah?

1. Gejala buang bayi telah lama menghantui sejarah peradaban dunia. Jika dilihat dari sejarah Islam, zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam telah menyaksikan fenomena pembunuhan bayi ini berleluasa.

2. Pada zaman Rasululllah dahulu, wujudkah kes pembuangan bayi luar nikah sebegini? Jika ada, adakah jumlahnya sama seperti sekarang ini.

3. Apakah punca berlakunya pembuangan bayi? Simple, puncanya bila berlaku persetubuhan haram yang akan berlarutan kepada kelahiran anak luar nikah.


4. Tapi kenapa anak itu luar nikah itu dibuang?
  • Malu
  • Kurang didikan agama (Ini subjektif, nafsu tidak mengira didikan agama)
  • Jatuh maruah
  • Menjadi bahan cemuhan masyarakat
  • Dipandang serong oleh komuniti
  • Tidak mampu dari segi kewangan
  • Diugut oleh keluarga sendiri
  • Tiada tempat yang mahukan anak luar nikah (Mungkin akan menggalakkan maksiat)
  • Hilang pertimbangan/Terikut-ikut trend buang bayi (cara mudah)
  • Susah nak nikah (kewangan/keluarga)
5. Kenapa berlakunya persetubuhan haram:
  • Persetubuhan adalah satu fitrah manusia.
  • Tuhan ciptakan manusia ini melengkapkan satu sama lain antara lelaki dan wanita.
  • Persetubuhan adalah satu keperluan dan kehendak yang murni sekiranya beralaskan hamparan kasih suami dan isteri.
  • Persetubuhan haram adalah perlakuan seks antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan nikah.
  • Godaan Syaitan
  • Pengaruh rakan-rakan
  • Pengaruh media dan budaya barat
  • Mengikut trend (!??)
6. Kenapa bersetubuh secara haram? Kerana tiada ikatan sah. Kenapa tak nikah?
  • Mak ayah tak benarkan
  • Tak mampu nak buat kenduri
  • Tak ada kerja
  • Masih belajar
  • Masih muda
7. Sebenarnya, permohonan nak menikah ini, ibu bapa yang akan luluskan. Tertakhluk kepada mereka sama ada anak mereka boleh atau tidak menikah atau dinikahi.

8. Sekiranya ibu bapa terus memberi pelbagai alasan dan anak mereka tak dibenarkan menikah (atau tidak diajar menikah dengan cara yang betul). Mereka (anak-anak) anak meneruskan hubungan yang kononnya dinamakan cinta ini yang berlandaskan maksiat dan mendekati zina.

9. Zina yang tak keluar anak kita KIV dulu. Zina yang dapat anak dan anak tu dibuang ini akan dibincangkan. Zina ini yang akan meruncing hingga terjadinya kes-kes pembuangan bayi.

10. Adakah anda nampak peranan Ibu Bapa dalam memupuk dan menggalakkan semangat kecenderungan untuk membuang bayi secara tidak langsung??

11.  Bukan aku ingin menunding jari kepada ibu bapa sendiri. Satu hari nanti kita sendiri akan menjadi seorang ibu dan bapa. Natijahnya aku mencari punca permasalahan.

12. Di zaman Nabi dahulu perkahwinan dipermudahkan. Tak seperti hari ini. Bermacam alasan yang umat Melayu zahirkan untuk memaku kepala anak mereka sendiri dari berkahwin. Membebankan sesama muslim seagama dengan adat kenduri kahwin Melayu yang membazir. Ditambah pula dengan kiasan jual beli anak sendiri hingga ke belasan ribu ringgit.

13. Dan seterusnya menyebabkan si anak terus terumbang ambing dalam gejala maksiat dan mendekati zina. Air yang setitik mampu pecahkan empangan yang kukuh. Kahwinlah kamu kalau ketidak-kahwinan itu akan membawa binasa kepada diri (quote sendiri dengan rujukan hadith

14. Aku mengusulkan cliche ibu bapa perlu menikahkan anak bila sampai waktunya. Bukan bermakna kita perlu menjahanamkan keperluan untuk menilai keserasian, latarbelakang, ilmu agama dan akhlak perilaku bakal menantu nanti.

15. Solusi terbaik adalah kembali kepada syariat. Anak yang diterapkan dengan ilmu agama dari kecil tidak mudah terpesong dan terperangkap dengan zina. Anak yang diterapkan akhlak Islam akan menyuburi aktiviti mereka dengan aktiviti yang bermanfaat dan jauh dari maksiat.

16. Dengan dugaan dunia hari ini yang caca marba dengan pemakaian ketat, seksi tak cukup kain. Setidak-tidaknya mereka punya pasangan halal untuk dilampiaskan. Itu fitrah Allah, satu nikmat yang Allah berikan.


17. Persoalan mendatang umat Melayu:

Q: Kahwin muda nanti tak reti jaga bayi
A: Yang tak ada ibu bapa boleh dapatkan nasihat dari pakar.

Q: Kalau anak menikah dengan orang yang tak bekerja?
A: Rezeki Allah yang tentukan, berusaha dan tawakkal

Q: Anak masih belajar, akan mengganggu konsentrasi
A: Maksiat lebih mengganggu konstrasi belajar. Yang single/berkapel tak dapat score 4 flat pun.

Q: Ekonomi tidak kukuh
A: Bersederhana jangan ikutkan sangat budaya membazir melayu

Q: Apakah tanggapan masyarakat?
A: Mulia dipandang Allah vs dimata masyarakat

Q: Bagaimana pula dengan keserasian, kematangan dalam berkeluarga
A: Didikan agama, sokongan keluarga ukhwah fillah

Q: Jika berlaku perceraian?
A: Jodoh itu rancangan Allah, kita berusaha sebaik mungkin & banyakkan berdoa

"Make Nikah very simple, so that Zina would be difficult - Dr. Zakir Naik" 

Sekiranya berlaku lagi cakap-cakap ketidak-ketahuan-hala bertanyakan punca gejala buang bayi, pastikan anda akan bersahaja meradikalkan diri menjawabnya.


Read more

Kisah Upin, Seorang bayi buangan



Namaku Upin.

Aku seorang bayi lelaki. Aku baru lahir dari rahim ibuku yang amat aku sayangi. Aku sahut terjahan dunia dengan tangisan. Begitu juga ibuku, dan mungkin ayahku.

Gambar Hiasan
Namun agak ralat bagiku, tangisan ibuku lain benar sayunya. Aku percaya yakin dan pasti, ibu sayangkan aku. Kerana itulah aku redha menggigil kesejukan menunggu ibu kembali mengambilku.

Aku imbau air mata sayu ibuku. Dia berpesan lembut padaku. "Maafkan ibu, nak". Tumpah berjurai cairan dari mata ibu yang aku cintai.

Oh ibu. Tiada salahnya dirimu. Aku zuriatmu. Walaupun tidak ku tahu siapa bapaku.

Andai aku bersalah padamu ibu, maafkan lah aku. Aku sahut tangis mu dengan tangis ku bukan bermakna aku sedih. Aku mahu pujuk ibuku ini agar maafkan aku. Jangan tinggalkan aku.

Aku terus bermain pujangga minda sambil menanti hiba kedatangan kembali ibuku.

Kasihan ibu. Menahan derita melahirkan seorang bayi seperti aku. Terselerak riak wajah ibu, menahan sakit rentapanku dari rahimnya.

Malam mula berturap bayu embun sesejuk salju. Namun ibu belum kunjung tiba mendapatkan ku.

Oh ibu, kini bulan menjadi temanku. Terukir senyumannya walau jauh beribu batu. Ku harap ibu jangan menangis selalu. Contohi bulan ini, tak jemu menjambak bunga di wajahku.

Aku lihat satu makhluk. Halus bentuknya. Punya sayap tidak berwarna. Terbang melayang di kanan dan kiriku. Bukan satu tapi banyak benar bilangnya. Mungkin dia simpati denganku. Marilah berkawan denganku. Terhibur seketika dengan dengungan kawan-kawan baru ku ini.

Pedih. Kenapa kamu sakitiku. Bukankah kamu kawan-kawanku? Jangan kamu ulangi gigitan itu. Aku hanya ingin bermain. Bukan mahu bermusuhan denganmu.

Oh ibu, di mana kamu? Kawan-kawanku tidak henti-henti menyengat kulit gebuku. Air mataku berderu. Sedalam hati aku menjerit di mana kamu wahai ibu!

Sakit ibu. Tolonglah aku. Maafkan aku ibu. Jangan hukum aku. Aku berjanji akan jadi anak yang soleh buatmu. Aku berjanji akan sentiasa berdoa kepadamu. Aku bersumpah akan menyayangimu seumur hidupku ibu.

Bertalu-talu tanpa jemu kawan baruku merobek liang romaku. Puas aku kais. Bantulah aku, ibu. Tak mampu ku tahan lagi sakit ini ibu.

Ruas dingin malam mula menyucuk tulang belulangku. Aku lihat rakanku si sayap ini membawa segerombolan sekutu. Dari biasan cahaya rembulan, merah saga susuknya. Kecil amat sifatnya tetapi bertandang dengan rombongan yang berbilang angka.

Tangkas meliar makhluk ini menjalar di tubuhku yang tidak lebih sehasta ini. Bagai jarum, bagai api mereka mengupas luka merah bisa dari aksi si rakan bersayapku tadi.

Raungku menggegar sunyi. Air mata sudah entah berapa baldi. Namun ibu belum pun tiba lagi.

Barangkali ibu dikejauhan. Barangkali ibu sibuk mencari rezeki untuk masa depanku. Oh ibu, mulianya dirimu. Aku sayu mendapat ibu sepertimu.

Terus aku teriak sehabis kudrat. Aku mulai lemah. Dadaku mula lelah. Hatiku masih percayakan ibu akan datang kembali mendapatkan aku. Kerana ibu sayang aku.

Setiap saat berlalu, bagai menanti sepurnama menongkah waktu. Nafasku tersentap-sentap halwa dingin. Nipis benar udara yang masuk ke paru-paruku. Aku gagahkan jua dengusan memanggilmu ibu.

Terbakar rasanya kerongkongku. Mahu sahaja aku teruskan berteriak. Namun tiada suara lagi yang bernada. Hatiku tak henti memanggilmu ibu. Maafkan aku andai aku berdosa padamu. Aku percaya ibu akan tetap sampai mendapatkanku sebentar lagi.

Aku rasakan kaki sudah tidak bergerak walau sekuat daya aku meronta. Dingin sungguh rasanya. Aku lihat sahaja si makhluk merayap mengerumuni badanku. Terasa mereka bergerak hingga ke dalam rongga telinga dan hidungku.

Kian hapus ketipan halus yang memedihkan tadi. Mata yang kering ini meneroka setiap inci tubuh lebam lagi rabak ini. Terasa tenang walau kelihatan kulitku tercabik merata bagai diratah api.

Walau haus, lemah dan longlai, aku tidak jadikannya alasan untuk berhenti memanggil ibuku.

Setelah beberapa ketika, aku rasakan tubuhku membantah untuk terus meronta. Aku tidak kisah. Aku hanya mahu ibuku. Aku tahu ibuku sedang kemari untuk mendapatkan aku.

Aku terbayang nanti setelah ibu mendapatkanku, dia akan mengubati luka-luka ini. Ibu akan membelai kulit halus ini. Ibu tidak akan lupa untuk mengucup dahiku setiap pagi petang dan malam.

Akan aku sahut kedatangan ibu dengan senyum tawa, andai ku mampu. Berat amat kelopak mataku kini. Ku terus memanggilmu ibu walau terpejam gelap dalam dingin sunyi ini.

Tiada lelap, hanya menanti ibu datang menyelamatkan aku. Barangkali ibu terlupa jalan kemari. Ibu perlukan sedikit masa untuk sampai ke sini.

Berselang tautan detik masa, kedengaran tapak kaki berselerakkan. Oh ibu!

Ku teroka sekalian kudrat untuk membuka mataku. Walau tubuhku ingkar untuk bergerak, aku berusaha juga memaling kiri dan kanan mencari kelibat ibu.

Dalam selimut gelita aku melihat, bayang-bayang lembaga berkaki empat. Kepalanya tunduk, telinganya besar amat. Terkejut besar aku melihat, ada ekor pula melambai dari belakang.

Ini bukan ibuku. Apakah ia? Apakah makhluk ini cuba membantuku?

Cuba aku teriak untuk berikan isyarat. Namun ternyata kaku lesu tubuh tidak termampu. Makin dekat ia, kelihatan rancak bertema lidahnya terlejir keluar. Apa maknanya ini alamat?

Rapat mataku tutup. Aku rasakan dihidunya tubuh carik ini.

Aku tertolak, terpelangkup menyembah bumi. Kuat benar riang makhluk ini. Aku dengar dengusan bukan sekali. Langsung disusuli beberapa rangkap tapak kaki.

Lantas tubuhku direntap-rentap. Dihempas-hempas, terguling mengalir darah pekat. Hatiku terdetik, di mana ibu? Jangan biarkan aku begini ibu.

Tercengang urat nadiku berantakan dek tusukan taring makhluk itu. Dikais-kais cebisan kulitku dengan lahapnya. Tanpa gusar, makhluk itu memburaikan isi perutku. Lalu terhampar susur galur saluran pintal penghadamanku.

Tiada lagi air mata mengalir selain cecair hangat rona merah gelap. Aneh, beransur teduh hati ini mengingati ibu. Walaupun dia tiada kemari mendapatkan aku dikala ini. Aku tetap cinta ibuku.

Serentak tiba-tiba, aku berasa lega! Aku berasa sihat penuh kudrat.

Aku dongak lihat dari kejauhan, makhluk berkaki empat. Dimulutnya tergonggong perca tubuh kecil terlipat-lipat. Itu jasadku.

Susuk tubuh terkulai yang hampir tidak cukup sifat. Jejari halus mulus itu aku dapati kurang dari jumlahnya yang lima. Kejang terkujur dirobek rakus. Terlintang leher dengan cekaman, terlopong soket mata itu tanpa bolanya.

Aku redha ibu. Aku maafkan ibu. Aku sayang ibu. Aku cinta ibuku. Maafkan aku ibu andai aku berdosa kepadamu. Maafkan aku andai aku melukakan hatimu. Jika kedatanganku ke dunia ini bakal membawa binasa padamu ibu, aku relakan pergi.

Ibu tidak bersalah. Tidak sekali-kali bersalah. Jika ini takdirku, tiada apa aku usulkan selain redhaku. Wahai Tuhanku, sesungguhnya ibuku tidak bersalah. Dia amat menyayangiku. Dia mencintaiku. Aku tahu.

Ibu, kamu tak bersalah. Aku tahu.
Aku sayang ibuku. Moga Tuhan beri ketabahan padamu.
Namun berjanjilah padaku ibu, jangan kamu sekali-kali ulangi tindakan ini.
Berjanjilah untuk mendidik anak-anakmu yang lain menjauhi kehinaan ini.

Tapi mengapa ibu tinggalkanku? Mengapa ibu biarkan aku begini?

Adakah sebabnya ibu malu aku tidak punyai bapa yang sah?
Ataupun ibu dirasuk pemikiran masyarakat kuno yang hanya tahu menghukum?
Apakah aku ini terlalu hina untuk diterima oleh tamadun manusia yang beragama?
Adakah aku hanya layak dijadikan cemuhan komuniti berserban berjubah yang berpegang seruan Lillahi Taala?
Apakah ibuku tidak diberi bantuan untuk menjagaku seadanya?
Ke mana perginya keluarga tersayang ibuku dalam menghadapi kelahiranku?
Adakah dunia tidak mampu melihat insan sepertiku hidup normal seperti mereka?
Apakah ibu dicaci maki hanya kerana mengandungkan aku?
Kenapa ibuku perlu dihukum sedemikian rupa?
Mana perginya akhlak kemanusiaan sejagat kini?
Apakah kunci pintu taubat itu dipunyai manusia tidak berhati perut ini?
Aku tidak akan lahir tanpa bapa jika dakwah Tuhan yang Esa diagungkan ke serata dunia

Setiap dari kami yang terkorban, darah merah ini akan terpalit ke setiap muka kalian. Jangan berani sembunyi tangan.

Sekian dari bayi yang tidak berkesempatan diberikan nama, Upin hanya sekadar metafora.

Gambar Hiasan

Alhamdulillah akhirnya siap juga tulisan ini. Harap anda beroleh manfaat membacanya


Read more

Selamat Hari Kidal Sedunia!

Selamat menyambut Hari Kidal Sedunia.

Hari ini 13 Ogos 2012, merupakan hari memperingati kewujudan golongan kidal (seperti aku) yang terumbang ambing dalam fata morgana dunia Tangan Kanan yang sering sahaja mendiskriminasi kami.


Walaupun kami dipaksa menggunakan kelengkapan & alatan yang dikhaskan kepada pengguna tangan kanan, kami tetap berjaya mengharungi hidup ini dengan jayanya.

Harap-harap sambutan Hari Kidal Sedunia ini tak mendapat tentangan para ulama Islam sedunia. Kerana sambutan ini hanyalah untuk menggalakan kesedaran akan kesulitan kami sebagai populasi yang hanya 10% dari seluruh penduduk dunia.

Kalau kalian semua nak tau, selain daripada diskriminasi fizikal kami juga mendapat diskriminasi psikologi dari pengguna tangan kanan lain. Seringkali kami menjadi bahan eskperimentasi dan wierdo of the day hanya kerana kami menggunakan tangan kiri untuk melaksanakan satu-satu perkara :)

Dalam pada itu, kami tetap bersyukur dengan nikmat tuhan ini. Kami tetap diberi kudrat menongkah arus mainstream yang amat menebal.

Namun begitu, kami juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan righ-handed yang tidak pernah jemu menyokong dan membantu kami. Sepertimana anda, left-handed bukanlah satu kecacatan, bahkan ianya satu specialty.

Mungkin inikah sebabnya kami dicemburui kerana mempunyai extra value berbanding golongan majoriti dunia? (gelak sinis).

Akhir kata, sebagai seorang yang kidal, aku tak pernah tersinggung walau sedikit pun, bahkan aku enjoy being a left-handers.

To my fellow lefthanders, together we RULE the world! 

Read more

Aku lebih Islam dari semua orang di blog ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Post kali ini bertemakan review/rumusan video. Video kuliah agama oleh Syeikh Al Habib Ali Al Jifri . Video ini amat sesuai untuk segenap golongan manusia baik Melayu Muslim, Cina Muslim mahupun non Muslim. Tetapi ia lebih special untuk manusia macam aku yang penuh ego dan keras kepala batunya.

Video ini mungkin dah lama diupload. Namun intipatinya tetap segar mewangi.

Food for thought sebelum anda teruskan membaca & memainkan video dibawah:

"Apakah sifat iblis? Dan kenapa Iblis menjadi Iblis yang kita kenali hari ini?"


Rumusan/Isi Penting
  • Kata Iblis: "Aku lebih baik dari Manusia, aku diciptakan dari api, tapi Manusia dari tanah. Aku lebih baik darinya!" 
  • Kejujuran kesolehan seseorang itu bukan hanya ditampilkan pada serbannya, jubahnya, hitam dahinya janggut dan celaknya.
  • Bukti seseorang yang tidak jujur ketaqwaannya kepada Allah adalah apabila jelas akhlaknya sesama makhluk penuh dengan kepura-puraan.
  • Semakin dia berkomitmen dengan Allah, semakin jelas dia melabel menghina kelompok masyarakat lain,
  • Semakin dia berkomitmen dengan Allah, semakin jelas dia mengkasari & menzalimi orang lain yang tidak menurut kata Allah walau ahli keluarganya sendiri.
  • Apa yang kamu lihat pada mereka yang tidak ke masjid?
  • Apa yang kamu lihat pada mereka yang tidak ke kelas agama?
  • Kenapa perlu pandang hina mereka? Susah payah bersolat, bertasbih, berkuliah, mentelaah kitab tapi kenapa perlu kamu pandang hina pada orang lain?
  • Mana pergi akhlak kamu sesama manusia?
  • Setiap yang berilmu dan beragama jika tidak terikat dengan akhlak mulia, maka terdapat kecacatan dalam keikhlasannnya dalam berilmu dan beragama
  • Jangan kita pandang akhlak orang lain lagi, tunduk tengok dengan mata hati akhlak kita sendiri
  • Terdapat hadith menceritakan Nabi Muhammad melihat bintik-bintik hitam syaitan di muka para ilmuan agama yang tak pernah jemu ke masjid
  • Kenapa muslim yang makin bertambah ilmu agamanya makin dekat pula dengan sifat syaitan?
  • Makin kuat kita menentang mungkar makin jauh pula kita dengan peribadi Rasulullah
  • Agama kita adalah agama yang beradap bukan sahaja pada Allah dan RasulNya tetapi kepada sekalian makhlukNya
Dari sehari ke sehari hati kita makin menimbun dengan sifat kebencian. Setelah bermacam petanda petunjuk keruntuhan moral yang Allah tunjuk, kenapa mesti kita teruskan kebencian ini? Apa untungnya kepada kita dan anak-anak kita nanti?

 Hari ini umat Islam masing-masing menyusahkan perjuangan sesama sendiri. Kerana berbilang ideologi berakar taksub sampai ke tahi. Aku sendiri tak terkecuali, sama juga seperti yang lain. Kerana belitan Iblis ini banyak jarumnya. Semakin tinggi ilmu kamu, semakin tinggi pangkat Iblisnya. Kerana itulah asalan Iblis sendiri, mereka sentiasa lebih baik dari kamu.

 Permasalaahan hati ini takkan lekang dengan kancah politik tanah air. Bukan niat aku nak tempelak si fanatik politik. Tapi ini memang realiti. Sebijik-sebijik kena atas batang hidung aku.

 So lepas ni kita boleh kaitkan ahli politik mana yang berasa terlebih Islamnya? yang mana yang kurang Islamnya? Maaf cakap, jgn perbodohkan diri sendiri, tengok dulu diri sendiri. Tak ada untung langsung nak palitkan kepada orang lain.

 Kalau nak ikutkan aku ni memang tak layak untuk berdakwah kepada kalian semua. Tapi Allah tak letakkan apa-apa kelayakkan minima untuk kita berdakwah. Kerana dakwah itu datang dari pelbagai segi. 

Dugaan paling besar berdakwah adalah mengamalkan apa yang ingin kita dakwahkan. Kalau kita tak mampu berdakwah kepada orang lain, berdakwahlah kepada diri sendiri, amalkan dakwah kepada diri sendiri. Secara tidak langsung kita telah berdakwah kepada orang lain dengan adab dan akhlak kita kepada mereka.
Read more

Cina masuk Islam atau Cina masuk Melayu?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

 Post ini berkisah tentang video Xifu Naser di yang disertakan. Video berdurasi 40 minit yang mementaskan perbincangan antara tokoh dakwah bersama Alex, Janice ❤ dan J. Sze ❤. Perbincangan ini berkisar tentang penerimaan kaum Cina terhadap Islam. Diselitkan juga bacaan lancar Surah Al Fatihah oleh saudari J. Sze ❤ yang comel.




Rumusan/Point penting:
  • Islamophobia, Pandangan Kaum Cina dan Peranan Melayu 
  • Dakwah kepada masyarakat kaum Cina di Malaysia amat lemah berbanding kaum Bumiputera di Sabah Sarawak
  • Persepsi orang Cina terhadap orang Islam tak banyak beza merangkumi responded dari pelbagai background (education, career)
  • Kita sibuk Lina Joy keluar Islam, tapi di Pulau Ketam pada tahun 80an ada 300 keluarga Cina Muslim, tapi hari ni tinggal tiga sahaja keluarga cina muslim, yang lain dah murtad/convert
  • Mengapa bersifat perkauman dalam dakwah dengan Cina muslim
  • Orang Cina India bagaikan mendapat motivasi untuk mintak tukar agama di mahkamah
  • Masyarakat Cina memang takutkan Islam, mereka bias terhadap Islam
  • Kalau masuk Islam bagaikan murtad/menderhaka kepada keluarga dan bangsa Cina, mereka dianggap masuk agama Melayu?
  • Mereka boleh masuk Kristian dan Bhudist walaupun agama itu bukan berasal dari China
  • Kedua2 kaum Melayu dan Cina yang menyebabkan Islamophobia dikalangan Cina Malaysia
  • Cina masuk Islam = Cina masuk Melayu
  • Tapi masuk Kristian masih cina, masuk Bhudist masih Cina
  • Nasyid Pakai baju melayu
  • Raya dengan ketupat, baju Melayu makanan Melayu
  • Kenapa tidak buah limau? kuih muih Cina?
  • Masyarakat Cina takut mereka di-Melayu-kan
  • Muslim sukar melayan pertanyaan non Muslim terhadap Islam
  • Muslim merasakan mereka tidak layak bertanyakan tentang Islam
  • Tak seperti Kristian, mereka melayan setiap pertanyaan dengan hati terbuka
  • Tips berdakwah dengan masyarakat cina, jangan sebut pasal mati (membawa malang), banyakkan berbuat baik, jangan persoal agama mereka, lakukan amalan Islam didepan mereka, tonjolkan peribadi Nabi muhammad
  • Banyak tokoh agama lain mengakui umat manusia (Malaysia khususnya) menghadapi masalah akhlak dan moral, dan majoriti mereka ingin menyelamatkan akhlak manusia
  • Namun akhlak Muslim itu sendiri tidak mencerminkan kesempurnaan dan kesejahteraan yg menjadi tulang belakang Islam
  • Sedangkan akhlak adalah salah satu cabang dakwah paling berkesan
  • Cina takut dengan Melayu sebab mereka rasa Melayu ni extreme
Sejujurnya aku amat berminat untuk berdakwah. Tapi diri ini masih dimanja-manja agenda kapitalis menyuruh aku mencari duit untuk harta dunia. Habis waktu jaga aku berkeliaran mewarnai industri.

 Aku juga memasang angan-angan untuk menikahi gadis bukan Melayu. Cina especially (jujurnya). Tetapi background aku bergaul dengan masyarakat Cina amat terhad. Aku bersekolah di sekolah agama dan masuk unversiti Melayu. Pekerjaan sekarang jarang terlibat dengan mereka. Alangkah ruginya aku.

Read more

Orangnya pakai Serban, tapi Drive kereta macam Syaitan!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Adapun si syaitan itu mungkin tidak pernah memandu kereta, mahupun lulus ujian mengambil lesen memandu. Namun, itu tidak memberi jaminan bahawa umat manusia sejagat terpelihara dari gejala pemanduan persis iblis?

Kalau syaitan guna kereta?
Gejala pemanduan iblis kini makin menjadi-jadi di bulan Ramadhan. Kita boleh lihat menjelang petang, jalan raya mula sesak dengan jutaan kenderaan dua, tiga, empat mahupun sepuluh roda. Di saat ini jugalah semangat ke-syaitan-an yang membuak-buak dapat kita hayati dengan lebih jelas.

Pada awalnya, aku berniat untuk menulis tentang pemanduan yang tidak Islamik. Tetapi aku sudah boleh jangkakan bahawa ketua-ketua syaitan telahpun mengarahkan para bala tenteranya menghasut umat manusia (muslim khususnya) untuk tidak mengambil peduli asas tatacara keberadaban Islami ini.

Gejala pemanduan tidak Islamik ini dapat dibezakan dengan konsep pemanduan disaat kecemasan. Contohnya ketika darurat, peperangan, bini nak bersalin, kematian & jihad Islam mungkin?

Pemanduan tidak Islamik dapat dikaitkan dengan ciri-ciri berikut:

1. Menyusahkan/menzalimi hak pengguna jalanraya yang lain.
2. Mengancam nyawa dan kesejahteraan pengguna lain.
3. Pemanduan yang melalaikan tanggungjawab Islam.
4. Pemanduan sambil beromen/berkhalwat.
5. Pemanduan yang bertujuan jahat/membawa kemudharatan.
6. Pemanduan yang memutasikan kesejahteraan keluarga.

Termasuk juga pelbagai lagi unsur-unsur yang tidak Islamik yang menyelit masuk dalam pemanduan kita.

Penyalahgunaan ini tidak tertakluk hanya kepada pengguna kereta sahaja. Ia juga meliputi pengguna motorsikal, SUV, MPV, lori, van, trailer panjang, dan basikal?



Contoh situasi pemanduan yang menghangatkan hati:

  • Seorang Tok Guru agama dengan serban putih di kepala memandu dengan kelajuan yang amat lembap dan berada di sebelah kanan jalan tanpa sebab-sebab munasabah yang boleh melunturkan iman dan taqwa beliau. Tindakan ini mengundang kepada ganguan dan kejahanaman hak pengguna jalanraya yang lain. Mungkin beliau sedang khusyuk bertasbih bertahmid memuji keindahan alam sambil disahut carutan caci maki saudara se-muslimnya yang mengekor di belakang.

  • Seorang suami mithali memandu Myvi SE persis Bumble Bee (Chevy Camaro Transformers) dengan kelajuan yang menggegarkan otak anak-anaknya yang berada di tempat duduk belakang. Tahap kelajuan ini juga boleh membuatkan bini beliau yg berada disebelah, tidak henti-henti mencarut kepadanya pada kadar 256 patah perkataan seminit. Selain itu kelajuan tinggi ini juga berpontensi tinggi untuk memecahkan kepala dan memburaikan isi perut mereka anak beranak sekiranya berlaku impact head-on collision (seperti yang selalu didoakan oleh pengguna jalanraya yang lain ketika melihat kepelisetan pacuan Myvi SE ini)

  • Seorang pemuda di bawah pengaruh Need For Speed: Satanic Revenge sedang memacu Honda Civic pekak beliau dengan penuh keterampilan. Pemanduan beliau yang semestinya melebihi 180km/h dan ditambah dengan skill membelok & menyelit yang amat merbahaya ini akan mengundang kecelakaan bukan hanya pada beliau, bahkan kepada pengguna jalanraya yang lain.

  • Contoh lain berupa penginkaran peraturan jalanraya juga boleh diklasifikan sebulu dengan kes ini. Ia termasuklah kebutaan mengharungi lampu isyarat merah, kebebalan memotong dilorong kecemasan, kepondanan dalam memotong barisan, kedunguan meletak parkir dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


  • Sejujurnya, terdapat banyak lagi contoh pemanduan di bawah pengaruh iblis ini. Tidak dinafikan kita sendiri juga telah beberapa kali terjebak dek kenipisan iman yang tak dapat diwarisi ini. Kesalahan yang kadang kala diperlakukan pada kadar yang tidak sengaja ini dapat diusulkan pengampunan.

    Aku sendiri mengaku penah terjebak dalam gejala ini dan sesekali juga mendoakan kecelakaan syaitan jalanan ini memperlihatkan kesyahduan perilaku mereka di pentas jalanraya.

    Sempena bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama berjihad menentang kerakusan nafsu yang disalurkan kepada kuasa tujahan kenderaan masing-masing. Marilah kita hindari gejala kesyaitanan yang makin berleluasa ini.
    Ramai yang berdoa ketika memulakan perjalanan, tapi berapa ramai yang menghayati dan mengamalkan intipati doa itu?

    “Kalau yang accident mati tu orang lain tak apa,
    Tapi kalau yang mati tu ibu, ayah, isteri, laki, anak sendiri baru hang berakai”


    Read more

    5 Kelebihan PR Tidak Sepakat Tema Hari Kemerdekaan

    Aku dah boleh dengar Najib tengah gelak besar sekarang ni. Sambil disahut konco-konco beliau yang mengelupur mentertawakan KESEPAKATAN PR dalam mengharungi sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke 55 yang semakin hampir.


    Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata negeri ditadbir Pakatan Rakyat akan menggunakan tiga tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.

    Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

    Negeri Kelantan pula akan menggunakan tema "Menerajui Perubahan" manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah "Terus Berbakti".

    Jelasnya, exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

    malaysiakini


    5 Kelebihan KETIDAK-SEPAKATAN (!!?) PR mengenai tema Hari Kemerdekaan:

    1. Memupuk semangat setia-kawan sesama parti komponen PR
    2. Memperlihatkan kematangan pengurusan PR kepada segenap rakyat Malaysia
    3. Melambangkan sifat toleransi antara kerajaan negeri yang bakal menang besar di PRU13.
    4. Membantutkan usaha UMNO/BN menganjing kempen mengundi "Janji Ditepati"
    5. Mengekang perkembangan pengaruh Masonic di Malaysia

    Its OK untuk berbeza pendapat. Mungkin bukan ego yang dijaja. Mungkin juga masing-masing terlanjur kata? Apa-apa pun temanya sepuluh kali ganda lagi baik dari tema UMNO/BN "Janji Ditepati" yang berbaur politik ungkit mengungkit, sumbangan tak ikhlas, perasan duit rakyat macam duit parti sendiri.

    UPDATE

    Memandangkan dah ada respons positif dari kerajaan negeri Kedah & Kelantan. Sukacita aku update post ini untuk mengelakkan kekeliruan generasi hadapan. Bahawa semua negeri PR sudah menggunapakai tema yang satu.

    Sepertimana kata C++, a damage had been done. Perkara ini tak perlu berulang lagi. Aku puji jugak la ketangkasan PR menangani isu ini berbanding BN. Walaupun temanya masih ada bau-bau belacan.

    tags: umno bn pas dap pkr mca mic pdrm ydpa najib razak rais yatim rosmah mansur nik aziz mustafa ali malaysia kedah penang kelantan selangor kemerdekaan pakatan rakyat anwar ibrahim wan azizah 55 tahun merdeka tema logo merdeka janji ditepati sebangsa senegara sejiwa menerajui perubahan terus berbakti
    Read more

    Hero kerana perjuangan, bukan kemenangan


    Hari ini, hari pasca kemenangan DLCW menambat jutaan hati rakyat Malaysia dengan persembahan mantap beliau.

    Sad but true, masih ada mulut bernada lancang mendabik dada membakar-bakar semangat patriotisma rakyat Malaysia.

    Peristiwa semalam mengajar kita betapa kita perlukan kesatupaduan. Walaupun tidak menang, tetapi kita berbangga DLCW bertarung habis-habisan.

    Seseorang itu tidak diangkat menjadi perwira/hero hanya kerana kemenangannya. Tetapi kerana semangat juangnya.

    Read more

    Terlalu fanatik dengan politik, Kristian giat memurtadkan Melayu

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

    Ini sedutan daripada laporan Berita Harian:

    Dua orang lelaki warga asing yang menyebar ajaran kristian kepada penarik beca dan orang gelandangan di sekitar Georgetown, baru-baru ini. - Foto Ramdzan Masiam

    Cubaan ‘pelancong’ murtadkan orang Islam di sekitar Pulau Pinang

    Georgetown: Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) mendedahkan wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan sekitar Pulau Pinang, menggunakan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan. Timbalan Pengerusi 2 API, Asti Toba, berkata pihaknya mengesan usaha terbabit secara tidak sengaja ketika menjalankan program mengumpul rekod orang gelandangan sekitar bandar ini, termasuk kawasan Masjid Kapitan Keling, di sini, Khamis lalu.
    Pengayuh beca terbabit mengaku diberi RM50 serta dijanjikan pelbagai kesenangan seperti keperluan asas dan sampingan, malah memaklumkan dua lelaki terbabit akan datang semula keesokannya untuk mengkristiankan dia.
    Katanya, dua lelaki Eropah yang berpakaian seperti pelancong didapati mendekati golongan gelandangan, termasuk pengayuh beca dengan bertanyakan lokasi menarik sekitar bandar.

    Komen api api:

    Orang kristian sanggup berhempas pulas berdakwah agama depa
    Orang Islam (Malaysia khususnya) sebuk berhempas pulas berpolitik utk parti depa

    Hudud dah kena KIV, isu murtad masih dalam lipatan serban tok guru kita ka?
    Tak perlu susah-susah tunding jari kat UMNO. Ini tanggungjawab kita sebagai Muslim.
    Kalau penggiat tegar politik masih terus menerus menghentak-hentak kepala sesama sendiri, tanpa mencari solusi, jangan hairan kalau jumlah kes murtad meningkat.

    Kalau tak mampu nak meredah lautan berdakwah kepada non-muslim, mulalah berdakwah kepada saudara se-muslim se-Malaysia kamu dulu

    Dugaan paling besar berdakwah adalah mengamalkan apa yang ingin kita dakwahkan.
    Dengan mengamalkan apa yang kita cuba dakwahkan, insyaallah org lain yang melihat pun dah teringin nak ikut kita, tanpa perlu bersusah payah berhempas pulas membanting tulang berdakwah macam-macam.

    Jadilah contoh teladan buat rakan yang lain. Kalau kamu PAS, tampilkan kesyahduan akhlak murni kepada rakan UMNO kamu. Kalau kamu UMNO, siarkan perilaku semerbak kasturi buat saudara PAS kamu.

    Apa guna saling bertikam? Sedap ka hirup darah merah sesama muslim bersaudara kita?

    Tahun 2012 hudud dah KIV
    Next tahun 2016 kawen campur
    Nanti 2020 tukar agama macam tukar baju
    2024 apa jadi pulak?

    Semua ni tak mustahil berlaku kalau semua masih sibuk menjaja mengampu parti macam yang berlaku hari ni. Selagi masing-masing ketagih tikam menikam, mencambah benci, lama-kelamaan jadi macam sunni vs syiah. Dua-dua islam dua berbalah.

    Mula-mula depa kutuk cerca maki macam yang berlaku hari ni
    Lepas tu melarat hang masuk neraka aku masuk syurga, hang kafir aku maksum, hang wajib diperangi, apa bala semua jatuh kat hang.

    Last sekali, pakat saling sembelih sama sendiri.

    Read more

    Logo Merdeka 55 tahun: Ketandusan Idea vs Kecelaruan Ideologi

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

    Baru-baru ini negara kita telah digoncang bencana Logo Merdeka 55 tahun yang bagai digubah dengan kaki (maaf kepada insan yg tidak mempunyai tangan).

    Sejujurnya aku akui logo tahun ini amatlah buruk dan menyakitkan hati. Kegagalan logo ini mempamerkan nilai seninya sedikit sebanyak mencalarkan nama Malaysia itu sendiri.



    Aku tak pasti sama ada gejala ini berlaku sama ada disebabkan oleh ketandusan idea ataupun kecelaruan ideologi.

    Aku tak faham kenapa Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO ini sanggup meluluskan logo sedemikian rupa.

    Aku juga tak faham mana perginya suara-suara penasihat strategik dan kesenian dalam menyumbangkan komen dan review terhadap logo ini sebelum ianya di siarkan?

    Kerajaan BN sekarang ini makin hari makin misteri. Kerana mereka bagai tidak tentu arah walaupun dalam perkara yang se-simple ini (merekacipta logo kemerdekaan).


    Sebenarnya aku ini jarang juga memperkatakan tentang BN. Kerana aku lebih sibuk kritik pembangkang hari ini untuk pastikan mereka tidak dijangkiti penyakit BN. Namun hari ini aku benar-benar kesal (WTF??) pemikiran pemimpin BN melampaui jangkaan julat ke-tidak-cerdik-an yang dapat aku gambarkan.

    Mujurlah rakyat Malaysia tidak tunduk patuh kepada sindrom kaki angguk dengan mengiyakan penzaliman nilai seni ke atas logo kemerdekaan ini. Ramai yang menyuarakan ketidak-selesaan mereka terhadap kehodohan logo tahun ini. Moga kematangan ini terus bercambah di masa hadapan.


    Read more

    Perbankan Islam menjual nama agama Islam?

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

    Aku tiada niat ingin menyerang mana-mana ulama ataupun pakar perunding kewangan Syariah dari mana-mana bank mahupun institusi kewangan Islam.

    Aku hanya ingin gambarkan apa yang terbuku di hati ini mengenai Perbankan Islam di mata pembayar hutang. Itu sahaja.

    Ianya mungkin benar, mungkin tidak. Siapa yang tahu? Siapa yang ambil kisah untuk ambil tahu?



    Kenapa Riba/interest itu haram?

    Adakah kerana riba itu menindas dan menzalimi?
    Adakah kerana riba itu memudharatkan?
    Adakah kerana riba itu melibatkan masa (time value of money)?
    Adakah kerana riba itu membawa kepada kebinasaan?
    Adakah kerana bank tidak menggunapakai istilah yang Islamik?
    Adakah kerana bank tidak mengupah perunding kewangan Syariah yang bertauliah?
    Adakah kerana bank tidak mendapat sijil halal?


    Cuba anda bezakan situasi di bawah, yang mana satu Islamik dan Konvensional?



    (sila klik gambar untuk paparan lebih jelas)

    Apa bezanya? Watak berlainan tapi situasi yang sama. Kedua-duanya menindas/menzalimi si peminjam dari segi kewangan.

    Aku quote satu statement seorang penasihat syariah tersohor Malaya, yang berbunyi lebih kurang begini:

    "Perbankan Islam vs Perbankan Konvensional itu sama macam kahwin. Ada yang disertakan nikah/akad (halal) dan ada yang tak nikah (tidak halal). Tapi kedua-duanya (sedap) dapat anak juga"

    Maaflah aku tak dapat berikan nama sebenar beliau, cukup sekadar pembayang beliau ini sering tampil di kaca tv membincangkan hal muamalat.

    Aku amat setuju dengan kata beliau. Walaupun pada dasarnya beliau ingin menegakkan bahawa kahwin yang disertakan nikah/akad adalah halal (Islamik). Tetapi sedapnya kepada siapa? Siapa yang akan menanggung anak itu?

    Simboliknya, tanpa mengira Islamik atau tidak, bank adalah pihak yang akan sentiasa mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari transaksi ini.

    Dan sebagai pembayar hutang, di manakah letaknya bebanan anda?
    Di mana letaknya bebanan penindasan bank ni?
    Bank menekan anda membayar untung kepada mereka berlipat kali ganda?
    Apakah ini bukan penindasan? kezaliman?

    Aku tidak nafikan, bukan semua prisip Perbankan Islam yang diolah pakar perunding kewangan Syariah masakini kucar kacir bercirikan kapitalis.

    Namun aku gelisah melihat trend perbankan kini. Mungkin bola mata aku tak mampu tembus pandang setiap lapisan. Hari ini Perbankan Konvensional dikecam kerana mengamalkan konsep kapitalis menindas, sehingga berlaku krisis ekonomi hutang tidak terbayar.

    Apa bezanya dengan situasi Perbankan Islam? Dengan jumlah hutang/penindasan yang sama, mampukah para perunding kewangan Syariah kini menangkis serangan krisis ekonomi kelak?

    tags: Perbankan Islam penindasan kapitalis perunding kewangan Syariah krisis ekonomi Bank Islam Bank Konvensional interest riba haram halal sijil haram banking sector malaysia islamic banking malaysia usury capitalist economic crisis

    Read more

    HARAM Jatuhkan Kerajaan UMNO dan BN yang Islamik?

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri Berapi-api

    Baru-baru ini ramai yang bertempiaran terguling-guling keesakkan oleh kerana statement seorang Ahli Majlis Fatwa terulung dari tanah Arab.


    Aku amat menyokong kata-kata beliau. Statement ini adalah amat universal dan boleh diterima pakai oleh sekalian umat Islam.

    Tetapi, jangan kamu melenting kerana prosa di atas di sahut-sahut gemalai oleh ahli UMNO. Kerana UMNO dan BN itu bukanlah satu kerajaan.

    UMNO dan BN itu tiada bezanya dengan PR dan PAS, PKR mahupun DAP. Mereka hanyalah PARTI. Kerajaan yang diiktiraf adalah Kerajaan Negara Malaysia dan bukanlah Kerajaan UMNO mahupun BN.

    Oleh itu tidak menjadi isu untuk menentang/menjatuhkan UMNO, mahupun PAS (!??). Kerana mereka bukanlah kerajaan yang sah lagi diiktiraf. Bagi kes UMNO dan BN, mereka hanyalah parti dominan yang memerintah Malaysia. Dominan kerana nisbah keputusan PRU menyebelahi mereka.

    Pembawaan politik Malaysia masakini menjurus kepada penukaran parti pemerintah yang dominan menguasai Kerajaan Negara Malaysia. Bukan menjatuhkan kerajaan, tetapi TUKAR parti pemerintah.

    Akhir kata, UMNO dan BN bukanlah kerajaan. Begitu juga PR dan PAS (!!?). Hanya Kerajaan Negara Malaysia sahaja yang diiktiraf.

    tags: umno bn pas pkr dap mic mca majlis fatwa utusan kerajaan putrajaya rosmah mansor nik aziz kelantan hadi awang azizan razak pknk fgvh parlimen adun negeri kuala lumpur PRU election SPR pilihanraya media cybertrooper parti
    Read more

    Video Polis tendang orang macam bola ragbi?



    Apa kes tendang orang macam ni?
    Orang-orang ni buat salah apa?
    Sebab apa orang-orang ni diberkas?
    Kenapa video ni dirakam?
    Di manakah upacara tendang menendang ini berlaku?
    Siapakah yang mengetuai upacara tersebut?
    Adakah upacara ini mendapat tajaan agen Yahudi?
    Apakah ini video lama?
    Kenapa video ni burok sangat?
    Kenapa perlu disebarkan?
    Berbaloikah tendang menendang ini

    Banyak betul soalan nk kena jawab.
    Kalau masing-masing berani tanggung nak menjawab dalam kubur nanti, sila la sebarkan untuk kemaslahatan rakyat. Masing-masing akan menjadi mayat juga.

    Read more

    Tahukah anda? 30 kelebihan amalan mencela, memaki hamun dan mencerca

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri Berapi-api

    Sedar tak sedar, bulan Ramadhan dah kian hampir tiba. Terasa macam baru semalam sambut hari raya. Mana taknya, setiap hari sibuk ke hulu ke hilir jadi tukang kompang isu negara, bangsa dan agama.


    Siapa sangka amalan mengeji, mencerca, menghina, memaki dan menghamun ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, aku amat berbesar hati untuk berkongsikan informasi yang masih panas berapi-api ini. Jangan lupa sebarkan ya.

    30 kelebihan amalan mencela, memaki hamun dan mencerca:

    1. Memberikan ketenangan hati

    2. Menonjolkan akhlak yang suci

    3. Menguatkan jalinan silaturrahim

    4. Menghindari hasutan syaitan

    5. Membuatkan musuh agama,bangsa dan negara berasa takut dan gerun.

    6. Membentuk peribadi muslim sejati

    7. Meningkatkan kadar celik al-Quran di kalangan masyarakat

    8. Mendekatkan diri kepada Allah

    9. Membantu mendapatkan kemanisan iman

    10. Membantu perjuangan memerangi musuh Islam

    11. Membantu menegakkan hukum Hudud

    12. Membantu mengingati mati

    13. Menambah khusyuk dalam solat

    14. Membantu menyebarkan ajaran Islam

    15. Menambah keberkatan rezeki

    16. Membuka pintu rezeki

    17. Membantu membebaskan diri dari riba

    18. Menghindari bala Allah

    19. Menggalakkan pemakaian pakaian yang menutup aurat

    20. Membantu menyembuhkan sihir dan santau

    21. Mengurangkan kes rogol, sumbang mahram dan sumbang songsang

    22. Mengurangkan kes buang bayi dan anak luar nikah

    23. Meningkatkan kadar celik Agama

    24. Mengenang jasa ibu dan bapa

    25. Mengharumkan nama keluarga

    26. Membantutkan rancangan Yahudi menindas umat Islam

    27. Menyukarkan agen yahudi menyusup masuk ke negara

    28. Memberikan contoh terbaik kepada anak-anak

    29. Membantu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

    30. Menyembuhkan penyakit darah tinggi dan yg sewaktu dengannya


    Tak sungguh, tak kata
    Kalau terasa, jangan simpankan saja, tolong like ya!


    Read more

    Mengapa HUDUD tidak boleh dilaksanakan di Malaysia?

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

    Akhir-akhir ini, isu Hudud dilihat kembali merimbuni pepohonan pentas politik tanah air dengan subur sekali. Pelbagai ragam manusia kelihatan sedang berteduh dengan pengaruh pohon kemurnian perundangan Islam ini.


    Terdapat segelintir yang berlumba-lumba mahu laksanakan hudud. Terdapat juga sesetengah yang masih bermuka-muka dengannya. Tidak ketinggalan, timbul sekelompok yang sedang berusaha untuk melaga-lagakan sesama kita.

    Antara soalan yang sering bergema di sebalik dedaunan debat ini adalah bilakah Hudud akan terlaksana? Siapakah yang akan melaksanakannya? Kenapa masih belum dilaksana? Apa kesannya kepada golongan bukan Islam? Mengapa perlu menentang Hudud? Mengapa Hudud perlu dilaksana? Berapa ramai yang akan kehilangan tangan dan kakinya? Berapa ramai ahli politik yang akan dikuburkan dengan hartanya?

    Aku tidak akan bazirkan masa kalian dengan menghamburkan segala macam alasan yang diberikan parti-parti politik sebagaimana yang kamu semua sudah sedia maklum. Telah kamu lihat di dada-dada akhbar mahupun media elektronik berselerakkan berjuta macam alasan dihamparkan mengapa Hudud dilengahkan perlaksanaannya.

    Isu Hudud di Malaysia sudah mencapai tahap ultimatum. Isu ini akan memberi gambaran perkembangan politik Malaysia dari sudut kesepakatan yang matang. Kematangan politik di mana setiap parti perlu bekerjasama untuk kebaikkan rakyat dan menegakkan tuntutan rakyat. Bukanlah berjuang untuk kehendak parti memancing undi semata-mata.

    Tetapi, gambaran itu tidak menjawab mengapa Hudud masih tidak dapat dilaksanakan di Malaysia?

    Jawapannya, kerana masih tiada kesepakatan atau mutual understanding di kalangan parti politik Malaysia.

    Situasi politik Malaysia masih bertunjangkan kepentingan parti semata-mata. Matlamat dan objektif parti yang tidak mengikut aruhan kemahuan rakyat. Mereka meletakkan kepentingan rakyat di anak tangga yang entah ke berapa.

    Mereka lebih selesa menjual janji dan disulami dengan menanam benci sesama sendiri. Bertempiaran ke sana ke mari menganjing isu dambakan populariti. Sambil diselit gula-gula hancing untuk diedarkan kepada rakyat untuk memastikan mereka terus berkuasa.

    Ya, dengan senang hati aku boleh bertanya, "Di manakah peranan Seri Paduka Baginda YDP Agong sebagai Ketua Agama di dalam isu Hudud ini?"

    Walaupun aku mengiyakan kata Dr Asri membolehkan kritikan terhadap Sultan. Aku tetap merasakan ini adalah tanggungjawab kesemua komponen parti politik untuk bersepakat melaksanakan Hudud.

    Sekiranya dilancarkan satu survey "Setuju vs Tidak Setuju" di seluruh Malaysia untuk melaksanakan Hudud, aku percaya keputusannya akan memihak kepada Setuju. Aku yakin keputusan itu akan mendapat majoriti yang besar, 70% hingga 80% barangkali.

    Berapa billion akan kehilangan jika Hudud dilaksanakan? Berapa juta undi rakyat akan disia-siakan? Berapa ratus ribu kes jenayah dapat dikurangkan? Berapa juta rakyat kita akan mati kebuluran? Berapa ribu insan akan jatuh fakir? Berapa ramai ahli politik akan dikafankan?

    Aku tidak dapat memikirkan apa-apa kerugian jika Hudud dilaksanakan di Malaysia. Jikalau wujud jua keburukkannya, aku pasti faedahnya adalah seribu kali ganda lebih baik.

    Isu Hudud ini adalah satu hikmah, sekiranya semua rakyat bersatu padu mahukan Hudud, parti-parti politik perlu melaksanakannya tanpa perlu bermuka-muka mengintai kepentingan parti politik mereka.

    Sekiranya hukum Hudud yang amat bermanfaat ini kamu tidak mampu bersatu sepakat tegakkannya. Atas dasar apa lagi yang mampu bersatu? Hak Melayu kamu sudahpun terjual. Ekonomi kamu juga telah tergadai. Hak bersuara kamu juga sudah lama diragut. Jawabnya, tiada.

    Isu Hudud adalah ultimatum menentukan hala tuju politik Malaysia. Ia akan menjadi kayu ukur dan pencetus kematangan baik PAS dan DAPnya serta UMNO dan MCAnya. Bukan sekadar mengejar politik popular, tetapi untuk menuntut hak rakyat dan menegakkan Hukum Allah.

    tags: hudud pas umno najib razak nik aziz dap mic mca pkr sinar harian metro islam agama mufti johor adun johor lim guan eng agong raja melayu selangor penang sekular rakyat mahu hudud buat hudud non muslim hudud najib hudud pas hudud umno berita hudud kelebihan hudud kebaikkan hudud politik tidak matang cybertroopers puteri umno pemuda umno pemuda pas muslimin muslimat sultan johor alasan hudud rosmah mansur tak pakai tudung
    Read more

    Adakah Maki dan Hamun menjadi satu keperluan untuk berpolitik di Malaysia?

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

    Dengan ini aku ingin mengajak seluruh warga pelawat tegar mahupun santai blog ini supaya ringan-ringankan tangan untuk mengundi poll yang berkenaan.


    Untuk rujukan, poll ini aku letakkan di sisi kanan sidebar. Suka aku maklumkan, sekiranya saudara sekalian perlukan ruang untuk melontarkan kata, dengan besar hati aku sediakan ruang komen di bawah ini untuk tujuan kita berbincang/bertegur/nasihat sesama sendiri.

    Di kesempatan ini juga, dengan rasa rendah diri, aku alu-alukan sekiranya anda mempunyai penulisan untuk disumbangkan (penulisan jemputan) untuk diterbitkan di sini.
    Segala jenis penulisan mahupun grafik dan video yang aku rasakan bertepatan dengan hala tuju perbincangan di sini, akan aku pertimbangkan.

    Aku dahulukan dengan jutaan terima kasih kepada yang sudi membuang undi. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik saudara saudari sekalian.

    Akhir kata, Marilah Mengundi!
    Read more

    Kisah Rakyat, Pemimpin, Iblis dan Babi

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

    Kami perlukan pertolongan!


    Tahukah kamu bahawa pemimpin politik Malaysia masakini telah dirasuk iblis?

    Sejujurnya, mereka ini bukanlah penipu, tetapi merekalah pembunuh jati diri kami. Apa yang berlaku? Nah lihat sahaja hamburan kata caci maki, tunding jari, adu domba berhamun cerca sana sini yang amat merugikan ini.

    Kenapa merugikan? Dengan seraya kami menjawab, Apa yang untungnya? Itu bukan jawapan. Jika kamu tidak dapat fikirkan apakah untungnya berpolitik beralaskan nada sumbang yang hanya melempar api-api ke arah hati lawanmu, tiada perlunya kami bersusah payah menjawab.

    Ahli politik kini sibuk berantakan gelora publisiti hanya untuk menguja-uja hati si penyokong dengan bahan bakar untuk benci-membenci. Masuk keluar dewan bukan mencari solusi, tapi sibuk menghentam sana sini. Tangkas mereka mengelar-ngelar hati sesama sendiri, sehingga terlupa nasib jutaan pasang mata yang perlukan bantuan, pembelaan, keadilan di tanah air sendiri.

    Kamu zalim, rakyat seluruh negara tercungap-cungap keletihan dipalung kiri kanan atas bawah hanya untuk diperdengarkan oleh cerita hantu merapu. Tiap langkah mereka hunuskan untuk keluar mengundi untuk kamu, penuh bersendikan dengan jerih perih. Tetapi kini kamu tampil menganjing isu demi menghambat musuh dengan berpaksikan keji mengeji.

    Kami lihat kamu tak ubah bagai Iblis mengulit api. Bercogan kata menabur janji seraya tiba PRU, hanya sekadar mengiyakan undi kami. Kami tak pinta politik kebencian ini. Kami tak pinta amalan keji mengeji ini. Kami tak pinta disuap ruji hari ke hari informasi berahi tinja babi ini.

    Habis. Kami dibiarkan terkulai-kulai menelaah siang malam, terkelupur di tengah jalan yang bersimpang siur dengan prosa hamun yang mengajar anak-anak kami mencarut siang, malam dan pagi tanpa henti-henti.

    Mana tidaknya, lihat jua siaraya talian internet yang berbaur rekahan nanah membusuk dengan nista bermuka-muka serta uraian bakteria hasad dengki ini. Mana mungkin kami dapat lupa sumbangan kamu menyental-nyental norma murni kemajmukan kami dengan tusukan berduri yang disahut-sahut paparan cetak, radio dan tv haiwan peliharaan kamu itu.

    Kami diperlaku bagai hamba abdi, bergelandang ke sana ke mari. Kami dibiarkan terbuai ke penjuru-penjuru tajam mencarik isi perut kami. Kami disorong diseret diterajang dihumban oleh agen perajurit kamu yang persis ifrit.

    Sudah sampai di sini sayang. Tidak perlu lanjutkan berperi-peri. Bukan hajat untuk turut sama menyemai caci maki.

    Kami sudah lemas bermandikan darah saudara kami sendiri. Darah dari hati yang dicemari oleh kebobrokan insan yang kami terpaksa mengaku sebagai pemimpin sendiri. Darah yang dikelar dari urat nadi jiwa-jiwa yang lunyai dihentak dirodong oleh keserakahan nafsu api-api. Darah ini, darah kami.

    Tidak ingin kami robek jantung kamu buat sajian dendam kami. Tidak langsung kami mahu siat-siat kulit gebu kamu buat hamparan permaidani kami. Tiada kami berhasrat mahu memburaikan limpa hati kamu untuk dijadikan batu jembala kami. Apatah lagi untuk menghiasi rumah kami dengan tengkorak hitam kamu.

    Kami hanya mahukan perubahan.

    Jangan kamu berani tunding jari tanpa solusi, jangan kamu berani bermaki-maki di depan naskhah bacaan anak-anak kami. Jangan kamu berani menanam periuk api di hati kami dengan janji nista abadi, jangan sekali-kali kamu cuba berzanji laungan maksiat kepada generasi ini.Jangan kamu lupa tanpa kami siapalah kamu sekarang ini.

    Jangan sekali-kali cuba membina jambatan untuk membawa kamu ke neraka bersama-sama kami.

    Andai terpalit pada yang baik pekerti, anggap sahaja itu dosa kami. Sanggup kami terhisab di sana nanti. Hanya demi menenggakkan hak kemaslahatan rakyat yang dizalimi.

    Sekian sahaja tulisan api-api. Salam perubahan kami hulurkan, berjanjilah untuk sama-sama berjabat dengan tangan ini.


    Read more

    Khabar angin Tengku Mahkota Johor?

    Post ini telah diedit untuk mengelakkan berlaku kemudharatan yang tidak diingini.

    Kandungan asal direkodkan didalam penerbitan parlimen yang boleh dimuatturun dari website rasmi Parlimen Malaysia iaitu Parliment.gov.my (sumber asal klik di sini). Mukasurat 34-35.

    Sila doakan agar mereka yang terlibat mendapat petunjuk dan teladan serta menginsafi perbuatan mereka.




    Read more

    Politik Kebencian merugikan PAS dan Islam secara keseluruhannya

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

    Sekali lagi, sebelum saya mula merungkai kata dengan lebih jauh, inginku mohon sejuta kemaafan andai penulisan ini bakal mengusik hati meresak jiwa kalian semua. Sila teruskan pembacaan ini di atas risiko anda sendiri.
    Sejujurnya, tajuk sedemikian rupa adalah hasil cerna jari-jemari nakalku untuk menarik minat pembaca, baik dari golongan PAS mahupun UMNO (bukan mencari hits, tetapi ingin mendidik). Pada pengakhiran tajuk itu saya sertakan tanda soal, sebagai penafian simbolik penambah rencah rasa ingin tahu anda semua.

    Saya pasti, para ustaz dan ustazah sekalian akan bertempiaran kehairanan mengapa ditonjolkan PAS sebagai teraju utama. Pembawaan watak PAS ini sebenarnya mewakili mana-mana parti politik tempatan yang memperjuangkan dan melaksanakan tuntutan Islam yang agung. Sekiranya saudara sekalian memerlukan penerangan khusus penonjolan PAS di sini, dengan rendah diri saya mempersilakan membaca penulisan sebelumnya.

    Definisi politik kebencian secara umum pada hematku adalah berupa politik yang disirami oleh jalinan permusuhan, dendam kesumat, keji-mengeji, hina-menghina, ketidakmatangan, kebudak-budakkan, hasad dengki dan sebagaimana yang sewaktu dengannya.

    Lebih menakutkan, situasi ini dilihat sebagai suatu yang normal dan menjadi rutin di hati kebanyakkan penggiat dunia politik tanah air. Saya melihat simptom ini dengan penuh gelisah, kerana diri ini merasakan betapa ruginya Islam itu sendiri, apabila landasan dakwah ini dicemari kotoran yang kian menebal.

    Politik dan dakwah? Di mana celahnya? Sebenarnya politik itu sendiri merangkumi pelbagai jurusan kehidupan. Semestinya sebagai muslim, politik anda perlulah bertunas dari Islam yang syumul. Politik melibatkan pelbagai acara jalinan sosial serta perhubungan dua hala antara pelbagai pihak.

    Jalinan inilah yang sepatutnya digunakan muslimin dan muslimat sekalian untuk mendidik dan berdakwah sesama mereka. Bayangkan betapa perkasanya Islam masakini sekiranya seluruh saluran dakwah ini dapat digembleng untuk memasyhurkan keagungan Islam justeru ia dapat berkembang pesat serta harum mewangi di setiap hasta bumi ini.

    Malangnya, apa yang terjadi hari ini adalah sebaliknya. Medium saluran politik bertatahkan dakwah ini dicemari oleh ketidakmatangan hamburan kata. Caci cerca menjadi makanan ruji sebahagian besar penggiat tegar politik tanah air.

    Dalam situasi inilah saya melihat PAS agak terkebelakang sebagai sebuah parti yang ingin menegakkan Islam. Perjuangan mereka pada pandagan saya tiada celanya, tetapi respons mereka terhadap pergeseran ideologi pengikut parti lain yang menjadi masalah.

    Lentingan penyokong PAS sering disulami caci cerca yang mengguris jiwa. Saya tidak salahkan guru mereka yang ajarkan. Malahan, mungkin tiada salahnya mereka mengherdik saudara mereka yang diseberang parti sana. Tetapi amat rugi mereka tidak mempergunakan saluran ini untuk berdakwah.


    Penyokong PAS tidak mengambil kira potensi pengundi parti lawan dan pengundi atas pagar. Mereka lebih selesa menyedapkan hati dengan melontar bara api ke dalam hati saudara mereka. Mereka rela mencemarkan warkah perjuangan Islam yang didukung parti dengan mempersembahkan diri mereka dengan nada yang keji lagi jijik.

    Tiada langsung segan silu adat Melayu, mereka melabel saudara mereka sendiri dengan samaran yang jelik. Media berita mereka turut sama berganding bahu mengusung bau hancing ini ke merata ceruk paparan cetak mahupun elektronik.

    Api hati mereka disemarakkan bahan bakar tajaan iblis untuk mereka terus menerus berbalah. Dari mulut itu jugalah dia berzikir, bertasbih dan dari situlah juga meletusnya puaka kata kepada saudara se-Islam mereka sebagai habuan penyedap emosi luka.

    Pernahkah mereka terfikir apa perasaan saudara mereka yang dicela itu? Apa rasanya menelan kejian yang bertali arus ini? Saya pasti, mereka tahu, kerana mereka sendiri pernah disumpah seranah sedemikian rupa oleh penyokong parti lawan yang lain. Menjadi lumrah manusia untuk mempertahankan pegangan, walaupun bukan dengan fakta, cerca pun tidak mengapa.

    Nanti dahulu, betulkah ini PAS yang saya maksudkan? Atau ini lawannya? Jika begini timbang taranya penyokong PAS dan lawannya, amat kesal saya katakan, tiada bezanya. Saling tidak tumpah persamaan perilaku tidak matang ini sama-sama merugikan parti, atau secara keseluruhannya Islam itu sendiri.

    Asbab celaan ini memulas-mulas urat nadi pemilik telinga panas yang dicaci. Setiap bait bernanah ini menjauhkan lagi mereka daripada perjuangan Islam yang disanjung PAS sendiri. Jauh di dasar kalbunya, berakar tunjang dengan dendam dan kesumat. Kenapa perlu mereka mendekati kamu?

    Perlukah saudara-saudara kamu ini bingkas bangun dan mengundi untuk PAS setelah dihamburkan caci maki kepadanya? Berapa ramai di antara mereka telahpun berpaling dari parti sana untuk menyertai PAS? Kamu mengatakan mereka tidak matang, namun kamu sendiri bertindak kebudak-budakkan.

    Menjengah dari satu penjuru, golongan bukan Islam terkebil-kebil melihat telahan muslim yang bersaudara ini. Ada di antara mereka yang telah diberi suntikan doktrin persaudaraan sesama Islam. Namun, dengan mata kepala mereka sendiri, melihat muslim saling bercakaran. Inikah agama agung kamu? Inikah cara dakwahmu?

    Golongan yang berpotensi untuk mendekati Islam akan mula dipatuk soalan sangsi. Di mana letakkannya kiasan murni agama yang dimomokkan kepada mereka dahulu? Apa yang terjadi dengan gema santun Melayu kamu?

    Apakah berbaloi sekalian muslimin dan muslimat ini bertelagah? Berapa tinggikah maruah yang kamu semua beroleh dari mengherdik saudara kamu sendiri ini? Sejauh manakah kesinambungan syariat Allah dapat kamu tegakkan? Dapatkah kamu memberi jaminan bahawa Islam akan kembali menguasai dunia dengan perilaku sebegini rupa?

    Namun begitu, di sebalik kelemahan rantaian etika golongan ekstrimis ini, saya yakin dan percaya mereka tetap inginkan Islam itu ditegakkan. Mereka tetap mahu sama-sama berjihad ke jalan Allah. Saya pasti, jauh di sudut hati mereka, membuak-buak keinginan untuk satu solusi mutlak bagi menangani krisis kendiri ini.

    Tahukah anda apakah kesan politik sebegini rupa pada institusi Islam seluruh dunia? Mengapa berlakunya perang saudara, penghapusan etnik, rampasan kuasa dan pemberontakkan, tidak ketinggalan perbalahan turun temurun Syiah dan Sunni. Bagaimana saluran dakwah ini dapat mempengaruhi semua ini? Mungkinkah Ikhwan Muslimin menggemakan saluran dakwah ini sehinggakan mereka beroleh kemenangan?



    Sesungguhnya, tinta ini tidak akan berhenti menulis, cuma mungkin akan ditangguhkan kerana dihambat komitmen dunia bagi membolehkan kudrat ini terus lantang bercerita, dengan izinNya. Akan saya terjemahkan solusi krisis ini di pertemuan kita yang seterusnya, InsyaAllah.

    Sengaja saya benihkan pelbagai pertanyaan di dalam penulisan ini, dengan harapan dapat mencambahkan kejatian minda muslim kudus. Semoga ianya membuahkan hamparan idea untuk sama-sama kita manfaatkan bagi meredah rasukan dunia. Wallahualam.

    Jazakallah.

    Read more

    Comments