Showing posts with label Buku Jalanan Jitra. Show all posts
Showing posts with label Buku Jalanan Jitra. Show all posts

Jangan malu Meng-GAZA-kan diri (Galeri Gambar)

Satu lagi event kelolaan anak muda tempatan untuk menzahirkan penentangan terhadap kekejaman Zionis bertempat di Tasik Darul Aman Jitra.

Acara ini berkolaborasi dengan Buku Jalanan Jitra dan PuisiSatuPetang untuk mengadakan kutipan dana bantuan gaza, bacaan puisi, edaran risalah, lagu, syarahan dan acara klimaksnya adalah flashmob yang bertemakan kesedaran pergolakkan yang berlaku di bumi Palestin.

Kehadiran IR Haji Zamri Yusuf selaku bekas Senator dan wakil dari Aqsa Syarif Encik Abdul Wahab Yahya amat dihargai selain dari ucapan dan bantuan mereka memeriahkan aktiviti kemanusiaan ini.

Sepanjang berlansungnya aktiviti ini, dana sehampir RM800 berjaya dikumpulkan daripada tabung-tabung yang diedarkan, penjualan buku, penjualan mafla dan sebagainya telah diserahkan kepada Encik Abdul Wahab selaku wakil Aqsa Syarif untuk disumbangkan kepada rakyat Gaza.

“Berapa ramai lagi nyawa yang perlu direntap Zionis untuk menyedarkan kita dari mimpi halwa dunia? Jihad ini tidak akan sekali-kali terhenti sehingga sampai harinya Palestin merdeka dari kezaliman Zionis".

"Jangan malu untuk boikot dan zahirkan penentangan, tapi malulah kerana menjilat punggung Zionis” kata salah seorang wakil penganjur a.k.a aku sendiri.

Video flash mob masih dalam proses pembikinan.
Untuk maklumat lanjut dan hebahan event seterusnya, sila like FB fanpage Buku Jalanan Jitra dan PuisiSatuPetang.

Sila nikmati galeri gambar ini selagi mampu.













Read more

Buku Jalanan Jitra 3.0 (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri


Seperti biasa, kami mempersembahkan repot berkala pengajuran Buku Jalanan untuk yang kesekian kalinya.

Event kali ini dicemburui cuaca. Satu jam kami bertemankan sinar riang mentari, satu jam kemudian kami terperosok di bawah bumbung kerana hujan.

Kali ini kami berjabat tangan dengan Team ZineSatuMalam yang menganjurkan Puisi Satu Petang bertema zombie. Sayang sekali zombie-zombie tidak kelihatan kerana mereka takutkan hujan yang lebat tadi LOL.

Kami juga mendapat kunjungan khas dari blogger tersohor (!!?) Solihin Zubir. Kami amat terharu dengan kehadiran beliau disebalik cuaca yang agak buruk petang tadi.

Seperti biasa, sambutan amat menggalakkan. Walaupun dihambat lampiasan hujan, para pembaca tetap tekad tidak lekang dengan buku mereka. Malahan mereka turut menghulurkan bantuan meringankan beban (admin BJJ kurang 3 orang, balik kampung kot).

Terima kasih semua. Sila datang lagi penganjuran BJJ 4.0 seterusnya seminggu selepas raya Aidiladha nanti.


Read more

Penampakkan zombie di tepi tasik

Warning! Pastikan anda play music ini untuk mendapatkan feeling kesan khas yang mengujakan.



Perutusan penting buat warga maya, kami dengan rendah dirinya ingin mewajibkan kehadiran anda ke event kami yang akan datang:


Buku Jalanan Jitra 3.0
Venue: Tepian Tasik Darul Aman
Masa: 5 - 7 petang
Tarikh: 13 Oktober 2012
Hari: Sabtu

FB Event


Event kali ini merupakan anjuran yang agak special. Kerana melibatkan kolaborasi bersengkang-mata bersama ZineSatuMalam menganjurkan Puisi Satu Petang Jitra #2.

Kali ini bertemakan zombie makan otak-otak secara santai
Puisi Satu Petang Jitra #2 (https://www.facebook.com/events/288524577925668/)

Turut menjemput seisi keluarga dan pasangan masing-masing. Sila bawa makanan sendiri, maaf otak-otak tidak disediakan.

Para petugas media anda disarankan menghubungi kami untuk maklumat lanjut bagi mengelakkan berlaku pendedahan radiasi yang berlebihan.

FB Fanpage Buku Jalanan Jitra
Twitter Buku Jalanan Jitra

Sekian terima kasih. Kami doakan anda selamat sampai dan selamat kembali pulang dengan jayanya.

Read more

Buku Jalanan Jitra 2.0 (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Selamat sudah satu lagi versi Buku Jalanan Jitra dianjurkan pada petang tadi. Segala puji bagi Allah, kerana mencurahkan kudrat kepada kami sekumpulan untuk menjayakan aktiviti ini buat kali yang keduanya.


Dari pemerhatian kami, sambutan hari ini lebih baik berbanding dari versi anjuran pertama, Buku Jalanan Jitra v1.0. Alhamdulillah sekali lagi, kerana kami mendapat pengunjung yang sudah sampai awal dari kami sendiri. Ini menunjukkan minat terhadap aktiviti sosial sebegini makin mendapat tempat di mata masyarakat berlokalitikan Jitra dan Kedah.

Jutaan terima kasih dihamparkan kepada setiap pengunjung dan rakan taulan yang memeriahkan anjuran kali ini. Walaupun disirami cahaya terik sang mentari, tidak berganjak walau seinci peminat-peminat buku ini.

Personally aku pohon maaf sebab tak sempat nak war-warkan (perang-perangi?) penganjuran buat yang kali ke-dua ini kerana kesibukan duniawi yang melanda diri. Aku cuma sempat post kat fb & tweet sekali sahaja untuk promote event ini.

InsyaAllah untuk anjuran masa hadapan aku akan pastikan upacara pengumuman ini akan berlaku dengan efficient sekali.

Event seterusnya akan berlangsung pada 13 Oktober 2013 bersamaan dengan hari Sabtu 27 Zul Qaedah 1433 Hijiah.

Untuk maklumat lanjut serta info yang tuntas, sila lawati:

FB Fanpage Buku Jalanan Jitra
Twitter Buku Jalanan Jitra

Sila nikmati galeri gambar di bawah turut sama mencemburui diri selain memanaskan hati untuk bertandang ke event Buku Jalanan seterusnya!


Lawati FB Fanpage Buku Jalanan Jitra untuk menikmati galeri gambar yang lengkap


Read more

Buku Jalanan Jitra dilancarkan! (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Semalam, 1 September adalah satu hari yang bersejarah. Aku bersama-sama rakan seperjuangan pasca era Doraemon lain telah berjaya menganjurkan aktiviti yang dinamakan "Buku Jalanan".


Aktiviti ini diadakan di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah dan akan berterusan setiap hari Sabtu selang seminggu. Gerak kerja ini adalah satu kolaborasi non-profit yang kolektif dari kalangan pembaca buku/blog seperti anda juga. Acara seperti ini telahpun dianjurkan di beberapa jajahan di sekitar Malaysia-raya ini.

Sekiranya anda terkesima merasakan diri anda terlalu mainstream, anda boleh turut serta melibatkan diri dalam merakyatkan kembali biasan ungu pembacaan buku di kalangan masyarakat kita yang makin menebal kebebalannya ini LOL.

Kami tidak menjual buku, tidak menjual bontot mahupun kondom, tetapi kami ingin berkongsi minat membaca sesama rakyat Malaysia di tempat-tempat yang amat strategik (hot-spot). Secara ringkas, kami menyediakan buku untuk dibaca. Sama seperti perpustakaan, tetapi dalam bentuk santai dan convenient.

Kami berharap dapat konsisten dengan menganjurkan acara ini 2 kali seminggu di venue yang telah ditetapkan. Mungkin di masa hadapan, kami berupaya anjurkannya setiap minggu. Akan kami cuba usahakan.

Ritual berbentuk pemujaan semangat pembacaan ini pada dasarnya membantu memupuk kesenggamaan ilmu dari medium bacaan untuk dijadikan rutin sesama kita rakyat Malaysia yang diakui entah ke berapa kelas corot mindanya. Maaf kalau terasa.

Setiap minda yang cerdas senantiasa dambakan ilmu. Ilmu yang khususnya dari pencernaan medium bacaan berbentuk buku dan tulisan. Kami ingin cuba remind (memperingati) bahawa setiap dari kita ini, mahu dan perlu membaca. Cuma kita perlukan anjakan yang spesifik untuk mula membaca.

Tidak semua orang membaca bab agama, tidak semua baca bab kamasutra, tidak semua juga minat mentelaah komik manga. Oleh itu kami cuba sediakan genre/niche bacaan yang meluas. Supaya anda tercuit oleh minda separa sedar yang mencari tajuk spesifik yang yang dirasakan perlu dibaca.

Anda boleh terus search "Buku Jalanan" di facebook mahupun twitter untuk mendapatkan coverage lokaliti mengenai acara di kawasan berdekatan anda. Andai anda malas, mahupun lembap menggunakan fungsi search, anda boleh sahaja bertanya di fb kami Buku Jalanan Jitra berkenaan apa-apa jua info terkini.

Bukan wang ringgit yang di cari, apatah lagi nama dan pangkat yang tidak kami ingini. Doakan kami diberi kekuatan mental dan fizikal mengharungi jelingan psycho dan cekak pinggang harmonis dunia dalam memartabatkan resam ilmu ini.

Sila nikmati galeri gambar di bawah untuk merasai kehangatan cinta platonik antara makhluk bernama Manusia dan Buku.


Read more

Comments