Kalau Syaitan sokong PAS
Syaitan kini sudah advance |
Bermain dengan perkataan “kalau” memang sedap. Tapi kali ini pedih sedikit, kerana dikaitkan dengan Parti Islam Se-Malaysia. Satu parti yang dikatakan menjunjung nilai Islam di Malaysia.
Secara literal, Syaitan takkan mungkin akan menyokong PAS, kerana dikatakan PAS ingin menegakkan syiar Islam yang kononnya lencun dihujani kemungkaran yang ditaja kerajaan Barisan Nasional. Mana ada Syaitan yang nak sokong Islam bukan?
Tapi kes ini berbeza. Sifat Syaitan yang utama adalah sentiasa merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Berdasarkan asbab inilah juga, wujudnya perjuangan Syaitan untuk menyesatkan manusia.
Sokongan Syaitan terhadap PAS bukan bermakna mereka menyokong perjuangan PAS. Tetapi ianya lebih kepada menyesatkan dan memesongkan penyokong PAS yang datang dari kalangan manusia.
Berikut adalah antara senarai-semak untuk kita mengenal pasti adakah benar Syaitan sedang menyokong PAS ketika ini:
Sebelum pergi lebih jauh, mesti ramai yang sedang muntah darah kenapa PAS dijadikan bahan di sini. Ini kerana didapati penyokong PAS ini lebih berbaloi untuk dikritik berbanding penyokong UMNO. Sila teruskan membaca Mengapa Kritik PAS untuk dapatkan pencerahan selanjutnya.
Setelah kita meneliti senarai semak di atas, secara tidak langsung kita dapat melihat beribu-ribu Syaitan (yang dikenali) sedang bertungkus lumus memperlihatkan sokongan mereka terhadap perjuangan PAS.
Dalam satu sudut yang halus, timbul satu pertanyaan yang bergema dihati penyokong PAS sendiri. “Adakah aku Syaitan yang dikenali itu?” Untuk kamu mengenali Syaitan yang berselindung di dalam diri, perlukan kamu ketahui perihal si pendamping itu.
Syaitan mana yang nak sokong PAS? Kesyaitanan itu tidak hanya merujuk kepada entiti ghaib itu. Ianya juga terdiri daripada kelibat sifat dan jatidiri kesyaitanan itu juga. Jadi tidak hairanlah jika anda telah dibukakan hijab untuk melihat betapa ramainya Syaitan sedang berkeliaran di dalam perjuangan PAS.
Aneh sungguh Syaitan-Syaitan ini, mereka berkelana di ceramah-ceramah “agama”, siang malam pagi dan senja mendokong perjuangan PAS menegakkan Islam tapi masih tidak lekang mereka dari sifat Syaitan itu.
Bahkan ada diantara mereka yang hairan, kenapakah orang UMNO ini amat liat untuk insaf dan kembali ke jalan yang benar (PAS). Jawapannya, kerana mereka (UMNO) tidak nampak apa bezanya mereka dan Syaitan-Syaitan yang dikenali ini.
Kesimpulannya, sama ada anda telah dibukakan hijab untuk melihat Syaitan disekeliling anda, ataupun anda sendiri Syaitan tersebut, sudah tiba masanya untuk mengalihkan tumpuan. Tumpuan kepartian yang menuntut kefanatikan kepada tumpuan tuntutan rakyat yang mahukan politik yang lebih matang.
Sekalung doa kepada anda, yang terbuka hijab, supaya anda dipelihara daripada dijangkiti sifat kesyaitanan saudara separti anda. Begitu juga kepada Syaitan-Syaitan yang baru mengenal diri, agar kembali ke jalan yang benar.

- Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan memaki hamun, menggelarkan penyokong UMNO dengan pelbagai gelaran yang keji?
- Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan membiarkan/me-neraka-kan penyokong UMNO tanpa berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar?
- Kalau Syaitan sokong PAS, adakah akhlak mereka sama seperti melayan binatang ketika melayan penyokong UMNO?
- Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan sedaya upaya memburuk-burukkan rakan seagama (Syaitan tetap takutkan Allah) dari kalangan penyokong UMNO?
- Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan mengajak orang membuka aib pemimpin-pemimpin UMNO?
- Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan melihat penyokong UMNO ini dengan penuh keji atau penuh kasih sayang?
- Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan menyiram RON97 untuk menyemarakkan lagi kebencian UMNO terhadap PAS? Atau berdakwah kepada mereka dengan cara yang baik?