Kerajaan Taliban di Kedah tidak mesra sejarah


"Kalau masjid diroboh baru orang nak bising"
"Tak ada beza dengan Taliban yang merobohkan kuil"
"Kalau Angkor Wat ada di Malaysia, 50 tahun lepas sudah diratakan"
"Cubaan terancang untuk mengubah sejarah"
"Adakah ini caranya mereka mempromosikan ketuanan Melayu Islam?"

Runcing kedengaran, tetapi itulah antara komen dan pandangan rakyat tentang perobohan tapak candi Sungai Batu yang berlaku di Merbok, Kedah.

Monumen yang berusia lebih dari 1,200 tahun itu jauh lebih tua dari Angkor Wat, namun kewujudannya di Semenanjung Emas tidak hanya dilupakan, bahkan sedang giat dirobohkan.

Beginilah rupa jika manusia sesat menganuti agama materialistik kewangan. Atau mungkin mereka risau aqidah Muslim bakal tergugat?

Lebih mengejutkan, kerajaan negeri Kedah dengan rendah dirinya mengakui, mereka tidak punyai kuasa untuk menghalang kemusnahan tapak arkeologi yang juga masih di dalam permohonan untuk mendapatkan status tapak warisan dunia UNESCO oleh Badan Warisan Malaysia.

Malah, Timbalan Ketua Menteri P. Pinang Dr. P. Ramasamy mengesahkan, pejabat tanah Merbok sendiri yang memberikan tabik hormat kepada pemaju untuk membersihkan tanah itu berdasarkan tiada laporan kewujudan tapak bersejarah.

Tapak sejarah ini juga telah menggamit kedatangan ribuhan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. 

Namun, di atas nama batu bata kemajuan moden, nilai sejarah bukan hanya terus merudum tetapi kini tercungap-cungap kelemasan di dalam lopak ketamadunan.

Entah tuhan apa yang mereka pertuhankan, sehingga titis-titis sejarah yang masih tinggal kini boleh dilenyapkan oleh ketamakan manusia oleh helaian wang kertasnya. Setapak kita ke hadapan bukan bermakna beribu tapak sebelumnya boleh dibiar diperkosakan.

Sebagaimana hebohnya pelakon filem Fast & Furious mati, sepatutnya sebegitu heboh jugalah penyebaran kancah ini. Kematian warisan harta generasi akan datang ini perlu lebih terasa peritnya. 

Rakyat tidak boleh termakan berita hiburan semata, tetapi harus lebih peka dengan kemusnahan nilai sejarah negara mereka.

11 comments:

  1. Bhai Taufik...

    Aper citer nih... Apersal gua tak tau.... Aper ke bodohnyer memusnahkan kesan sejarah.... Allah Taala tak pernah pon suruh musnahkan tempat sejarah.... supaya menjadi iktibar dan teladan kepada semua...

    Allahuakbar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cerita underground sikit. Sebab tu tak ramai yang tau haha

      Delete
  2. dalam buku teks sejarah pung pang kata warisan la, tamadun awal tanah melayu la hapa la, last-last macam gini je nasibnya..

    thai dengan kemboja sampai mati2 nak claim tapak sejarah, malaysia?

    kahkah..darul kelakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la psl, dulu aku belajar sejarah dlm buku teks ada ckp psl 'kedah tua' dan tamadun awal tanah melayu, peninggalan sejarah semua... last2 tahun 2013 nak dirobohkan pulak... apakah??? seriously... oh UNESCO, plz come to da rescue! ( "*A*)~

      Delete
    2. ini la jadinya bila orang yang sepatutnya buat keja tu goyang kaki tunggu gaji
      orang kita ni keja tak ada passion

      Delete
    3. ada masuk paper NST smlm, rupanya dah lama ada usaha cuba nak gazzet tempat tu sebagai warisan sejarah, tp blom dpt2 lagi smpai skang, tanah tu milik persendirian, kalo nak jadikan tempat tu milik negara punya, mesti kena bayar kat tuan tanah tu kan, tp urusan nak setelkan semua tu punya la lembab, so tuan tanah tu mau majukan jer kawasan tu... dah separuh dirobohkan sudah, aiyoyoo... teruk la ini mcm, banyak birokrasi sgt kot proses nih, tuan tanah pon takde passion dlm sejarah, so jadi ini mcm... so sad :(

      Delete
  3. Bodoh! Candi2 lembah bujang ada ciri2 Kuil greece,buta kayu buta sejarah..apa nak malu dengan tok nenek moyang kita beragama pagan dan hindu-buddha?malu?hanya mau mengakui zaman pra islam sahaja? Bodo

    ReplyDelete
    Replies
    1. zekkk lama tak nmpk hang bro, hang pecer bz dengan dunia kapitalis mehehe... XD

      Delete
    2. Ada ciri kuil greece? aku belum jumpa lagi la pasal tu. btw masalah malu tu memang memalukan

      Delete
    3. Hai sayangku plain,ak bz lupa dgn dunia blog ni..taufik..ciri2 candi kt situ x sama dgn reka bentuk kuil2 hindu di india..ia ciri khas candi hindu melayu..plus menurut pengkaji terdapat unsur2 greece dekat situ..plus ang kena faham..kedah tua bandar pelabuhan.

      Delete
  4. tugu negara lebih sesuai dirobohkan.

    atau robohkan saja klcc. tanam semula pokok dan bikin taman yang nyaman.

    - lang green lover

    ReplyDelete

Comments