Saturday, January 5, 2013

Kalau Syaitan sokong PAS

Syaitan kini sudah advance


Bermain dengan perkataan “kalau” memang sedap. Tapi kali ini pedih sedikit, kerana dikaitkan dengan Parti Islam Se-Malaysia. Satu parti yang dikatakan menjunjung nilai Islam di Malaysia.

Secara literal, Syaitan takkan mungkin akan menyokong PAS, kerana dikatakan PAS ingin menegakkan syiar Islam yang kononnya lencun dihujani kemungkaran yang ditaja kerajaan Barisan Nasional. Mana ada Syaitan yang nak sokong Islam bukan?

Tapi kes ini berbeza. Sifat Syaitan yang utama adalah sentiasa merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Berdasarkan asbab inilah juga, wujudnya perjuangan Syaitan untuk menyesatkan manusia.

Sokongan Syaitan terhadap PAS bukan bermakna mereka menyokong perjuangan PAS. Tetapi ianya lebih kepada menyesatkan dan memesongkan penyokong PAS yang datang dari kalangan manusia.

Berikut adalah antara senarai-semak untuk kita mengenal pasti adakah benar Syaitan sedang menyokong PAS ketika ini:


  • Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan memaki hamun, menggelarkan penyokong UMNO dengan pelbagai gelaran yang keji?
  • Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan membiarkan/me-neraka-kan penyokong UMNO tanpa berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar?
  • Kalau Syaitan sokong PAS, adakah akhlak mereka sama seperti melayan binatang ketika melayan penyokong UMNO?
  • Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan sedaya upaya memburuk-burukkan rakan seagama (Syaitan tetap takutkan Allah) dari kalangan penyokong UMNO?
  • Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan mengajak orang membuka aib pemimpin-pemimpin UMNO?
  • Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan melihat penyokong UMNO ini dengan penuh keji atau penuh kasih sayang?
  • Kalau Syaitan sokong PAS, adakah mereka akan menyiram RON97 untuk menyemarakkan lagi kebencian UMNO terhadap PAS? Atau berdakwah kepada mereka dengan cara yang baik?

Sebelum pergi lebih jauh, mesti ramai yang sedang muntah darah kenapa PAS dijadikan bahan di sini. Ini kerana didapati penyokong PAS ini lebih berbaloi untuk dikritik berbanding penyokong UMNO. Sila teruskan membaca Mengapa Kritik PAS untuk dapatkan pencerahan selanjutnya.

Setelah kita meneliti senarai semak di atas, secara tidak langsung kita dapat melihat beribu-ribu Syaitan (yang dikenali) sedang bertungkus lumus memperlihatkan sokongan mereka terhadap perjuangan PAS.

Dalam satu sudut yang halus, timbul satu pertanyaan yang bergema dihati penyokong PAS sendiri. “Adakah aku Syaitan yang dikenali itu?” Untuk kamu mengenali Syaitan yang berselindung di dalam diri, perlukan kamu ketahui perihal si pendamping itu.

Syaitan mana yang nak sokong PAS? Kesyaitanan itu tidak hanya merujuk kepada entiti ghaib itu. Ianya juga terdiri daripada kelibat sifat dan jatidiri kesyaitanan itu juga. Jadi tidak hairanlah jika anda telah dibukakan hijab untuk melihat betapa ramainya Syaitan sedang berkeliaran di dalam perjuangan PAS.

Aneh sungguh Syaitan-Syaitan ini, mereka berkelana di ceramah-ceramah “agama”, siang malam pagi dan senja mendokong perjuangan PAS menegakkan Islam tapi masih tidak lekang mereka dari sifat Syaitan itu.

Bahkan ada diantara mereka yang hairan, kenapakah orang UMNO ini amat liat untuk insaf dan kembali ke jalan yang benar (PAS). Jawapannya, kerana mereka (UMNO) tidak nampak apa bezanya mereka dan Syaitan-Syaitan yang dikenali ini.

Kesimpulannya, sama ada anda telah dibukakan hijab untuk melihat Syaitan disekeliling anda, ataupun anda sendiri Syaitan tersebut, sudah tiba masanya untuk mengalihkan tumpuan. Tumpuan kepartian yang menuntut kefanatikan kepada tumpuan tuntutan rakyat yang mahukan politik yang lebih matang.

Sekalung doa kepada anda, yang terbuka hijab, supaya anda dipelihara daripada dijangkiti sifat kesyaitanan saudara separti anda. Begitu juga kepada Syaitan-Syaitan yang baru mengenal diri, agar kembali ke jalan yang benar.


30 comments:

  1. hahaha sebab itulah aku memilih jalan Non-partisan kerana memang tiada perbezaan mereka semua ini..2x5 5x2..sama sahaja.

    Aku lahir dalam keluarga yang sangat fanatik dengan politik kepartian..A.K.A Keluarga aku dari atuk,pakcik sepupu sepapat terutamanya dari sebelah Ibu aku adalah penyokong taksub lagi tegar PAS zaman berzaman..So aku sangat faham karenah penyokong2 PAS kerana sejak dari kecil aku dibawa family aku mendengar ceramah2 PAS.

    Taksub,fanatik,radikal,buta tuli adalah ciri2 khas penyokong PAS yang majoritinya dungu tidak bertempat.

    Sejak kecil,Aku selalu fikir apa yang membezakan mereka ini dengan BN,Yup! Dulu aku didoktrin dengan perjuangan PAS dan amat2 membenci BN! Sekarang..Dengan pemikiran yang semakin Matang..Aku sedar..Mereka parti2 politik hanya dahagakan Kuasa dan wang ringgit..bukannya berjuang untuk rakyat.

    jijik aku dengan penyokong2 politik yang FANATIK ni..Entah bila dorang nak sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu zack, ramai yg harapkan PAS utk jadi alternatif UMNO especially yang Melayu Islam.

      Sayangnya depa laungkan "PAS ganti UMNO". Sebijik-sebijik depa ganti UMNO dgn perangai dan akhlak yang sama. Orang UMNO pon naik keliru nak join.

      Delete
    2. Bhai Taufik & Zack...

      Errr... gua takut (hahaha) nak komen pasai isu nih.. pasai puak PAS dok tibai gua macam-macam.... hahaha... tambah lagi macam aper yang Taufik cakap tue... "PAS ganti UMNO" .... hahaha... sebijik...

      Nak cakap susah... tak cakap susah.... nak buat camana...

      Delete
    3. zack, ko pukul rata la bro...keluarga ko narrow mainded, takkan ko nak salahkan semua penyokong parti pas camtu? inb4 ramai jer aku jumpa ahli/supporter pas yang bagus dan ok..
      tanpa menafikan apa yang taufik utarakan, memang ada juga kebenaran disitu. suatu pencerahan yang bagus.

      Delete
    4. Betul tu..politik ni kdg buat masyarakat jadi makin bingung dan dungu..tapi kalau lama sgt memerintah pun, akan byk corruption dan ada kepala besar kepala batu nanti.

      Delete
    5. memang, memang ramai jugak supporter PAS yg ok. aku pun pecaya depa ni akan baca dengan hati yang tenang lagi terbuka. bukan macam golongan yang fanatik yg tak reti terima kritikan.

      kritikan macam ni membina, tu pun kalau pemimpian dan penyokong PAS tahu macam mana nak respons kepada kritikan macam ni

      Delete
    6. helo bro..aku pun dr kecik mak pak aku bawa g ceramah Pas...dan ape yg aku tgk tuduhan ko tu berat sebelah..hanya sebab ko mungkin tak suka dengan PAS....sbb walaupun mak pak PAS xsemestinye anak2 die suke PAS...so aku rs ko ni mg suke bn sejak kecil cuma takut nk luah.....perangai tu hak individu bro...taksub ke ape ke..terima jela..jgn ko taksub mcm diorg sudah la...tapi perangai yg baik dr sape2 la...org PAS ke umngok ke..ko contohilah....bukan tau kondem ye bro........aku bukan taksub tp aku tau beza....yg xbaik aku kondem...yg baik aku contohi...

      Delete
    7. pendapat aku, zack buat apa yg sama dgn bro Nobody, iaitu "yang tak baik dikondem, yang baik dicontohi"

      Delete
    8. dh xbetul..xkn nak bagi muka..kondem jerla..kalau xkondem kan, makin sedap pedajal.

      Delete
  2. Siri pembacaan yang menambah pengetahuan. :)

    ReplyDelete
  3. money, power and status lure out the devils in most humans.. are we one of them? lets hope not.. we must control our own devils, not the other way around.. setiap org ada setan sendiri, jgn biarkan setan2 kita bermaharajalela dan memusnahkan diri dan masyarakat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang ada setan sendiri, or being the devil themselves. it's a choice to anyone

      Delete
  4. benda tu biasa... kadang2 visi misi suatu parti tu bagus, tapi orang2 kat situ je yg tak bagus. sama mcm agama Islam, agama Islam dah sangat cantik, murni dan perfect, tapi orang2 Islam tu sendiri yg byk lagi masih jahil

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau umat Islam dikritik sebab masalah depa, kenapa tidak orang PAS? *baru lepas kena kick ban kat blog fanatik PAS, dah ramai org kenal aku haha

      Delete
    2. kat Tranungkiter ker bro? aku ada baca baca gak kat forum tu. hot..

      Delete
  5. tabiat tu bro tfkg..dah jadi tebiat dah heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha panjang umoq, baru disebut2 dah timbul

      Delete
  6. Sedih aku lihat politik MALAYsia sekarang, caci-caian,memaki hamun,tuduh sana sini,label orang sana sini, yang paling power terus jadi tuhan untuk menghukum jika ada sesuatu yang berbeza. Teringat kata-kata dari reformis islam di mesir berkata sheikh Muhammad Abduh " aku berlindung dengan nama tuhan dari politik yang keji " sekarang baru aku faham kata-kata beliau. Ramai pejuang-pejuang ini mengambil kekasih tuhan sebagai idola mereka,tapi sayang hanya mengambil di bahagian-bahagian tertentu sahaja. Andai kalian berbalah sekalipun mohon kembali pada adab yang di amalkan oleh nabi. Cuba kita renungkan kisah dari peperangan yang berlaku pada zaman nabi dahulu. Ketika umat islam menang dan menawan puak-puak kafir quraisy lalu mereka di bawa di hadapan nabi. Ketika itu nabi menyoal pada para sahabat, apa yang patut kita buat pada tawanan ini ?? lantas bangkit Umar dengan menjawab " bunuh sahaja mereka semua ini ! " tatkala itu bangun Abu Bakar mencelah wahai Rasulullah aku ada satu cadangan kita hukum tawanan-tawanan ini dengan hukuman yang setimpal. kalau ada tawanan-tawanan ini yang mahir dalam sesuatu bidang kita suruh mereka ajarkan kita tentang apa yang mereka tahu, tidak kira sama ada pendidikan untuk anak-anak kita atau sebagainya. Lalu Rasululullah tersenyum dan menjawab " aku suka cadangan abu bakar ini " . Berbalik pada isu di atas di sini kita lihat bagaimana akhlak nabi kita dengan musuh-musuh masih tersemat sifat kasih sayang terhadap dalam diri, tak terus menghukum tapi memberi peluang menunjukkan akhlas sebagai muslim. Sedangkan mereka menentang islam dengan sifat kebencian, tapi mereka masih di beri layanan yang baik lagi. Ini dalam peperangan wahai ahli PAS, bukan dalam pentas politik lagi . Adakah kamu sudah bersedia untuk menjadi pemerintah seperti yang di tunjukkan oleh nabi . Andai takdir betul-betul memihak kepada kalian, adakah kalian sanggup memaafkan orang yang menzalimi kalian ??? Ini nasihat ku : duduk di hadapan cermin, renung wajah lama-lama tanya pada diri bersedia kah aku ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang mana ada muslim belum tentu ada Islam, tang mana ada Islam belum tentu ada muslim, lebih kurang macam tu gak la, sheikh muhammad abduh gak cakap

      Delete
  7. blog najis BN ka apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni semua umno punya kerja

      Delete
  8. memang biasa blogger pro umno yg konon nya blogger bebas akan buat artikel m cm ni....tapi sebenarnya dia ni lah syatan yg tak dikenali

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jenis bawak geng nak lipat aku
      you do me no harm, p tarbiah umno sana tu
      jgn sibuk2 fitnah2 aku, tak luak pun haha

      Delete
  9. Syaitan memang suka sesiapa saja yang yang suka berpecah belah yang gaduh dan maki hamun tak kisah la Pas ke UMNO kan dah memang kerja mereka.

    Tak kira la yang memulakan bicara atau yang berdebat atau siapa saja yang mempunyai benih2 kebencian mereka mereka tentu suka. Syaitan juga akan sokong ko kalau niat ko memperlekeh nak suruh orang bergaduh..

    Mereka puduli hapa korang PAS ka UMNO, partisan ke atas pagar ke bawah pagar ke atau sape pon..apa yang penting semua ke lautan neraka.

    Sila la bergaduh yang pasti syaitan tengah bergembira dan bertepuk tangan.. melihat anak adam beremosi memuaskan hati mereka sendiri..

    ReplyDelete
  10. Assalammu'alaikum...wrt.

    Berpesan-pesan kepada kebaikan. Berpesan-pesan dengan kesabaran.

    Teruskan berpesan-pesan kerana ia berguna untuk orang mukmin....

    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  11. org non partisanlah plg hipokrit lalang yg satu sen xbole dpercayai

    KLIK definisi malaysia dalam urban dictionary

    ReplyDelete
  12. Bhai Taufik...

    Syaitan manusia dan Syaitan betul ader beza....

    Syaitan betul takut kat ayat-ayat Allah... sebab dier tahu Allah itu Tuhan... tapi Syaitan manusia tak takut kat ayat-ayat Allah... sebabnyer... dier ingat dier hebat... hahaha

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    aku selaku salah sorang penyokong PAS bersetuju dengan artikel tuan..sembang umno buruk tu, buruk ni, tapi cara yang duk guna pun buruk..duk maki hamun jugak..dalam FB lagi la boleh tengok kat FB2 politik bahasa macam mana yang depa duk guna..aku malas sebut pasal penyokong umno telah artikel ni pun cerita pasal pas..tolong la penyokong pas, dalami balik apa perjuangan yang nak dimartabatkan pas, apa sifat n adab yang patut setiap penyokong pas ada kalau btui nak pas ganti umno..?tengok balik perilaku individu2 penting dlam kawasan anda, depa tu buat keja btui untuk Islam atau untuk poket sendiri..

    aku terima artikel ni sebagai nasihat untuk pas, jugak pada parti lain..buka minda, lapangkan dada nak terima nasihat orang lain..

    peace ~MUSE@barber~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mustaqim ka ni? setuju sangat dgn komen hang. setakat hari ni, slogan "pas ganti umno" tu memang kena sangat, sebab macam dah tadak beza dah antara dua penyokong parti ni.

      Delete