Friday, January 11, 2013
Cara-cara Orang Cina Masuk Islam Part 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Jika anda seorang yang berbangsa Cina dan anda merasakan anda memerlukan maklumat tambahan tentang agama Islam tanpa diskriminasi Kemelayuan, anda amat digalakkan untuk mengikut penulisan Cara-Cara Orang Cina Masuk Islam ini.
Tapi sekiranya anda seorang Muslim, mungkin dari bangsa Melayu yang inginkan pendapat alternatif tentang konflik Kemelayuan Islam di Malaysia, anda sememangnya beruntung jika anda berkeputusan untuk teruskan membaca.
Maaf kerana terpaksa memetik bunyi gitar perkauman, harap-harap lantunan nadanya lunak belaka. Ini kerana tuhan ciptakan kita berbeza-beza dari pelbagai puak dan kaum bukan untuk kita saling tikam menikam. Tetapi untuk kita saling mengenali dan berhikmah serta beroleh manfaat daripada perbezaan ini.
Cina dan Kain Pelikat
Orang Cina tak perlu memakai kain pelikat untuk masuk Islam. Ini mungkin kedengaran agak kelakar bagi segelintir individu. Tetapi ini sedikit sebanyak adalah faktor yang mempengaruhi kekeliruan bangsa Cina terhadap pemakaian kain pelikat.
Bangsa Cina yang memeluk Islam tidak perlu memakai kain pelikat untuk bersolat ataupun melakukan apa-apa bentuk aktiviti keagamaan.Kain pelikat atau sarong itu sendiri adalah entiti halus yang menghantui ajaran Islam versi Melayu di Malaysia ini.
Seorang penganut Islam bebas mengenakan apa jenis pakaian sekalipun ketika melakukan aktiviti spiritual mereka, asalkan ianya tidak mempamerkan aurat. Muslim dari kalangan bangsa Cina bebas mengenakan pakaian tradisi mengikut budaya mereka sebagaimana bangsa Melayu memakai Baju Melayu, Kurung dan sebagainya untuk aktiviti yang melibatkan agama Islam.
Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan Muslim Melayu khususnya di Malaysia ini banyak mempamerkan unsur kebudayaan berbanding unsur keagamaan. Dari segi pemakaian, sambutan, dekorasi dan pengisian majlis itu sendiri.
Masyarakat Cina tidak perlu bimbang untuk mengadakan majlis mengikut tradisi mereka. Mereka bebas untuk menggunakan pakaian, sambutan dan juga jamuan mengikut budaya mereka selagimana ianya tertakhluk di dalam hukum Islam yang indah.
Sesetengah sambutan majlis perkahwinan Melayu sendiri didapati tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan Islam. Agama suci ini tidak sekali-kali mendiskriminasi adat dan budaya mana-mana kaum selagi mana ianya tidak mendatangkan mudharat dan bertentangan dengan hukum.
Respons Pembaca
Ekoran dari beberapa entry tentang Islam dan Masyarakat Cina di Malaysia. Saya telah mendapat beberapa email bertanyakan tentang maklumat yang lebih lanjut mengenai agama ini. Saya amat menghargai usaha anda untuk menghubungi saya.
Saya berjanji akan sedaya upaya membantu anda, bukan hanya bersebabkan saya mahu anda “revert” kepada Islam, tetapi untuk berkongsikan keindahan agama ini bersama anda.
Sekali lagi, ingin saya tawarkan diri untuk sebarang bantuan atau kemusykilan tentang Islam dan Melayu. Sila hubungi saya di sini.
yes... 'revert' is the correct word in this case, not 'convert' ^^
ReplyDeleteconvert pon buleh kot, cuma tak tepat :D
DeleteDo not forget being a malaysian is much related to the malay culture, thus the malay_sia. Least not forget the british still call east malaysia the malay peninsular..
ReplyDeleteMalaysian itself is a fusion of the not-only-Malay culture.
DeleteFusion tu macam mamak & peranakan. Hormati serta emulate budaya setempat menjadi budaya baru yg unik. Ini bahasa kebangsaan pun tak fasih...bkn isu agama tapi lebih pada kekiasuan
Deletesori la silap, tq tlg betulkan. mohon perjelas kekiasuan vs keagamaan
Deletesemoga niat baik tuan diberkati Allah taala...
ReplyDeleteTQ Noob :)
Deletetuan, tadi kami terima laporan ada sedikit rusuhan masa himpunan dijalankan.....tapi unit fru bergerak pantas menyelamatkan keadaan.....tiada kecederaan dilaporkan.....semuanya stabil tuan.......
ReplyDeleteOk, moga selamat sampai ke pangkuan keluarga masing2
DeleteSemoga niat tuan mendapat berkat..
ReplyDeleteInsyaallah, tq Tuan Carlos
DeleteSelamat ptg sume,sye ade bpe soalan nak tanye ..jika sye blm convert islam,n ingin sgt blaja kt skola pondok boley?smapai la btol2 sye bersedia baru mempeluk islam..berharap sangat boley tolong saye..Salam~
Delete@AnonymousJune 20, 2013 at 3:33 PM
Deleteboleh je, tp sebelum tu bincang dulu dengan pengetua sekolah pondok tu