Himpunan Kebangkitan Rakyat = Himpunan Rosak Akhlak


Prologue

"Dengan rasa takjub dan bangga diri aku ingin menyeru, kepada segenap susuk dan se-angkasa jiwa penyokong-penyokong UMNO, baik yang tegar mahupun longgar, WAJIB-kan diri anda menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat yang amat keji ini.

Datanglah wahai pemuda pemudi, putera puteri, makcik pakcik yang mendokong Parti UMNO ini ke majlis yang bakal menghidangkan anda dengan keserakahan nafsu manusia yang bernanah hatinya.

Lihatlah, dengan mata kepala anda, kemaksiatan yang dilaungkan bahkan penzinaan nilai kemanusiaan yang bakal dilakukan oleh pencacai parti PAS, PKR dan DAP. Saksikanlah sendiri gadis-gadis seksi yang bakal menyerikan majlis berhawa syaitan ini.

Ketahuilah wahai jiwa-jiwa yang tenang, betapa bobroknya Pakatan Rakyat menternak haiwan yang kerjanya hanya menganjing-anjing isu, menggonggong cebisan-cebisan kepala lembu ke sana ke mari.

Lihatlah, bagaimana pemuda pemudi menyembah pemimpin-pemimpin dewata mereka yang berbinikan ratu cincin, handbag, rantai yang berjuta ringgit tanda harganya.

Saksikanlah, muslimah-muslimah yang berjoget kaget bertepuk tampar menghilai tawa di simpang dan kaki lima jalanan bersama yang bukan mahramnya."

Keterbukaan

Intro yang pedas lagi kejang sebagai pemula bicara. Terasa lama sudah aku tinggalkan penulisan politik.

Food for thought, berdosakah hadir ke ceramah dan aktiviti parti lawan?

Apa yang kita jangkakan dari layanan dan akhlak penyokong parti, jika mereka dapat tahu kita (dari parti lawan) datang ke majlis-majlis mereka?

Inilah yang cuba dianjurkan. Penyokong atau pemimpin UMNO hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat tanpa sebarang anonymity (bukan sebagai anon) dan membawa imej/label UMNO.

Ketidakmampuan mana-mana penyokong/pemimpin menghadirkan diri ke majlis parti lawan akan menyumbang kepada ketidak-ketahuan yang mendalam terhadap parti ingin ditentang.

Macam mana nak lawan PAS? Kalau tak kenal PAS dari dalam? Tak kenal PAS/PKR/DAP dari dalam majlis mereka sendiri. Bagaimana akhlak mereka, akhlak pemimpin mereka, apa yang pemuda pemudi mereka mahukan, apa yang membuatkan majlis mereka "kerusi lagi ramai dari orang".

Membawa masuk label UMNO ke dalam ceramah/majlis PAS secara tidak langsung turut mengiklankan parti sendiri. Sebagai penyokong UMNO yang matang dan berkarisma, pasti ramai muslimah tudung labuh PAS akan terpikat oleh keterampilan anda.

Begitu juga PAS, ketawadhukan dan kesolehan yang dipancarkan oleh pemuda PAS secara tidak langsung mencairkan hati gadis-gadis puteri UMNO yang dilayan dengan penuh hemah dan kehormatan.

Kejadian ganas serangan semalam itu mohon jangan dijadikan teladan. Itu bukan salah UMNO gagal memberi makanan yang punyai vitamin otak kepada haiwan ternakan, tetapi salah penyokong pembangkang yang terlalu rendah diri dan bertoleransi hingga berlaku pertumpahan darah.

Ceramah Syaitan

Pemimpin politik sekarang amat rakus berbicara di pentas ceramah. Syaitan sana, syaitan sini, murtad sana murtad sini. Rakus kerana hadirin mereka sekadar satu warna sahaja.

Cuba bayangkan, barisan kerusi yang paling depan menghadap pentas ceramah PAS itu dihuni oleh majoriti penyokong UMNO. Takkan mungkin terkeluar syaitan sana sini itu.

Bahkan ayat berbunga, berbau teh herba diungkap menghujani kehormatan hadirin yang datang dari berlainan parti. Jaga hati, takkan nak tunjuk kelaku buruk depan mata mereka?

Barisan parti lawan ini sebagai duta. Mereka akan bawa balik segala macam rencah yang berlaku di majlis/aktiviti parti untuk dijadikan habuan putar belit media.

Jangan pandang UMNO sahaja, PAS pun serupa. Mudahnya berpolitik dengan akhlak. Bukan setakat politik, itu dakwah namanya. Serampang dua mata.

Memberi penerangan tentang perjuangan parti sambil menghormati/menghargai kehadiran penyokong parti lawan. Hati mana yang tak tertawan? Jiwa mana yang tak terasa?

Kalau mereka tak convert masuk PAS sekalipun, paling kurang mereka akan hormati dan hargai penghormatan yang diberi. Hormatilah orang lain jika mahukan diri sendiri dihormati.

Kontradiksi Politik

Berlawanan dengan teori tahyul politik Malaysia, seseorang penyokong/pemimpin parti akan mendapat dosa besar jika menghadirkan diri ke majlis parti lawan. Dosa yang tertulis di dalam buku log kepartian.

Ringkasnya mudah sahaja, hadirkanlah diri ke majlis dan aktiviti parti lawan. Bawa bersama brand dan label kepartian. Turut serta menjunjung adap dan ketertiban sebagai seorang penggiat politik yang matang. Tak akan rugi walau se-saat.

Tak kira siapa kamu, penyokong tegar, penyokong liplap, ketua cawangan, ketua bahagian, bendahari peringkat negeri, setiausaha kehormat, pengerusi atau apa sekalipun, berlumba-lumbalah hadirkan diri ke majlis dan keramaian parti lawan.

Tak akan sia-sia kehadiran-mu itu walaupun ianya menggenapkan jumlah kehadiran yang ke-sejuta orang. Lagi ramai lagi bagus. Lagi nampak betapa terbukanya parti itu.

Kepada tuan punya majlis, anggaplah kehadiran segerombolan mahupun sehelai jiwa dari parti lawan itu sebagai satu bonus. Bonus untuk mempamerkan keberadaban parti dan ketamadunan penyokong anda. Sekaligus meruntun jiwanya untuk cenderung ke parti anda.

Politik Malaysia perlukan perubahan, bukan sekadar perubahan kerajaan semata-mata. Sekian mohon mencadang.

33 comments:

  1. gila babi bernas buah otak kau kali ni..puas aku baca...

    Tak ada ruang aku nak mencelah..semua kau dah sapu dan adun dalam penulisan yang lengkap dan sangat matang.

    Sekarang terpulang kepada "TARGET" sasaran untuk mencerna Mesej yang ada dalam penulisan kau.

    harap golongan sasaran dapat mencerna dan membaca buah fikiran kau kali ini.

    Syabas Bro! tak ada unsur BIAS langsung!

    Good joob Bro,Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha first time hang komen macam ni bro. terharu pulak aku dibuatnya. lama sangat dah aku pendam benda ni. last2 meletup jugak haha

      Delete
    2. Aku tahu ko ada "The Something" tapi tak mampu nak keluarkan maybe rasa was2 or tak reti nak "menvisualkan" pemikiran kau tu ke khalayak.

      masih terkongkong dengan kehendak aliran pemikiran semasa walaupun sebenarnya kadang2 ia bernas.(Buah fikiran)

      Sekarang..yeah!You are rock bro!Semakin hari semakin menyengat.."Provokatif pedas dalam sopan" itu yang aku boleh gambarkan tentang gaya penulisan kau..Tak macam aku yang memilih genre "provakatif barbaric sarkasm".

      Macamana pun..You are in right track now.

      Delete
    3. "You are in right track now" bunyi macam aku dah jauh terpesong sebelum ni

      apa2pun tq bro!

      Delete
  2. Hormat dengan pandangan politik sebegini.Ayuh kita fikir bersama.Tidak suka dgn sesuatu tidak bermakna membenci,Menyukai sesuatu tidak bermakna menyetujui segala pandangan yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong tuan. itulah bezanya antara politik fanatik vs politik matang

      Delete
  3. Serangan pemikiran perlu dihapuskan dengan pemikiran dan berfikir secara waras dengan hujah yang bernas teruskan menulis. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu cik lin excited nk baca tadi haha
      btw syukran ya

      Delete
  4. Itu lah, keywords kat sini 'keterbukaan' dan 'adab'...2 benda tu politik malaysia mmg tidak ada, dan mcm impossible utk apply...it's a static pathetic scenario...neway good idea though, nice view ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, tak sampai la ke tahap impossible to apply, cuma kadang2 si pemimpin tu sendiri tak reti nak ajar penyokongnya. banyak sebenarnya kelebihan berakhlak dan beradab dalam berpolitik

      Delete
    2. yeah mmg banyak kelebihannya kalau bebetul boleh berpolitik secara matang lagi beradab dan terbuka ni, aku pon actually anticipating jugak keadaan harmoni mcm tu dalam politik m'sia ni berlaku...cuma yelah, perasaan kecewa n separa meluat dgn golongan extreme politic fags tu membuatkan aku rasa mcm quite impossible to apply such an honorable strategy ^^

      Delete
  5. not bad saudara, not bad at all
    teruskan menulis menggunakan otak gila itu
    menyucuk rasanya

    ReplyDelete
  6. yeay ! saat ini ku tunggu2..nk tgk bagaiman mereka mengaplikasikan dalam kepolitikan mereka !

    ReplyDelete
  7. ya mohon penyokong umno hadir ke himpunan kebangkitan rakyat yang keji ini. mohon juga penyokong pas hadir ke himpunan2 anjuran bn yang penuh dgn artis kpop dan acara tari menari yang suci itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice, kalau orang PAS join himpunan2 kepop tu tobat BN tak berani bagi artis tak cukup kain tu naik pentas

      Delete
    2. aku mohon tambang dan tol free keh,keh,keh

      Delete
  8. bkn nk marginalised hg punya penulisan
    tp aku pun rs si fanatahik politik sukar nak berubah
    maybe lg snang bunuh je dorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejadahnya yang nak bunuh orang2 tu, p bunuh orang2 yang menzalimi umat Islam kat Palestin tu lagi baguih

      Delete
    2. kalau betul acuan dan adunannya, walau segarang & segangster Umar al-Khattab pun mampu dilembutkan.

      Delete
  9. mungkin ini yg sebabnya ko butthurt dgn amenoworld

    ReplyDelete
    Replies
    1. wan zack haikal mohon jgn kaitkan aku dgn amenoworld

      Delete
  10. kenapa guna syaitan?

    ReplyDelete
  11. 'jika tak ada seorang pun manusia yang mencuba rasa garam, masakan dunia hari ini bisa tahu ianya masin'

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar abang lang, oleh itu marilah kita merasa garam hari ini untuk generasi akan datang.

      p/s: mana hang mai ni?

      Delete
    2. dan gudang garam pula rasanya manis bercengkih

      p/s : aku mengalir dalam darah setiap anak muda yang rebel. setiap
      laungan menentang diskriminasi dan ketidakadilan adalah ritual
      yang menyeru namaku. (peh...illuminati bukan main ayat ni)

      Delete
  12. InsyaAllah BN tumbang dalam PRU 13 amin..

    ReplyDelete
  13. kahkahkahkah hidup barisan nasional merugikan negara malaysia! kahkahkahkah

    ReplyDelete
  14. Pengarapan yang cantik. Mohon jika sudi menulis tentang sikap pemimpin tanpa pro mana2 parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for the support tuan. insyaAllah kalau ada masa nanti akan ditulis

      Delete
  15. cool la. pedas betul.
    nanti boleh lah tulis pasal sikap ignoran segelintir rakyat malaysia tentang isu politik negara. sekadar cadangan.

    ReplyDelete

Comments