Cara-cara Orang Cina nak masuk Islam (Part 1)
Gambar Hiasan |
Prosedur untuk masuk Islam
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Secara ringkas, berikut adalah prosedur mudah untuk memeluk Islam secara rasmi:
Secara ringkas, berikut adalah prosedur mudah untuk memeluk Islam secara rasmi:
- Hadir ke Masjid, Pejabat Agama atau mana-mana badan/organisasi punyai kapasiti untuk mendaftar Saudara baru.
- Bawa bersama salinan Mykad dan gambar passport.
- Penerimaan kad Akuan Masuk Islam
- Sesetengah organisasi mungkin menggalakkan/menyediakan kursus bimbingan untuk Saudara Baru.
Ini adalah antara prosedur memeluk Islam secara rasmi. Sebenarnya untuk memeluk Islam, memadai dengan mengucap dua kalimah syahadah serta memahaminya. Dan diikuti dengan amalan sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada rukun Iman dan rukun Islam.
Kenapa Cina?
Sejak penulisan entry tentang Cina masuk melayu dulu, aku dapati banyak keyword yang menarik singgah masuk ke blog ini. Antaranya Cina masuk Islam, Cina pakai kain pelikat, Cina kahwin melayu dan yang paling sentap adalah keyword “Cara Cina Masuk Islam”.
Lebih kesal, apabila search keyword itu, tiada satu pun page yang dapat memberikan maklumat tepat seperti yang dihajati. Cuba bayangkan betapa sayunya hati seorang insan yang ingin mencari maklumat itu (mungkin dia dari kalangan Bangsa Cina).
Oleh itu aku mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu entry, yang aku harap akan mendapat hits di kalangan Bangsa Cina yang ingin mempelajari tentang Islam di Malaysia khususnya. Bukan hanya entry bahkan aku akan cuba hidupkan satu niche di internet tentang Islam dan Cina di Malaysia agar lebih banyak lagi dapat beroleh manfaat.
Mungkin ramai akan beranggapan sedikit rasist apabila mengketengahkan bangsa Cina di sini. Sebenarnya memang sengaja dihighlight bangsa Cina. Bukan bermakna ingin meng-anak-tiri-kan bangsa lain seperti India, Siam, Singh, Yahudi dan lain lain. Tetapi penulisan ini memang dikhaskan untuk bangsa Cina. Bangsa lain InsyaAllah akan menyusul di kemudian hari.
Jangan risau, Islam itu universal, cuma ingin dispesifikkan penerangan kepada Bangsa Cina yang merupakan bangsa kedua paling ramai di Malaysia.
Kenapa perlunya memeluk Islam secara Rasmi?
Memeluk Islam secara rasmi memudahkan urusan yang berkaitan agama di masa hadapan. Contoh paling dekat adalah zakat kepada golongan yang baru memeluk Islam. Ini kerana institusi zakat memerlukan seseorang itu menyediakan dokumen perakuan Muslim untuk menerima zakat.
Kenapa perlunya memeluk Islam secara Rasmi?
Memeluk Islam secara rasmi memudahkan urusan yang berkaitan agama di masa hadapan. Contoh paling dekat adalah zakat kepada golongan yang baru memeluk Islam. Ini kerana institusi zakat memerlukan seseorang itu menyediakan dokumen perakuan Muslim untuk menerima zakat.
Begitu juga dengan urusan nikah, cerai, rujuk, kematian, anak-anak dan lain-lain lagi. Sekiranya seseorang itu tidak dapat diperakukan sebagai Muslim secara rasmi, ini akan merumitkan urusan-urusan yang berkaitan.
Apa perlu masyarakat Cina buat sebelum masuk Islam?
Apa perlu masyarakat Cina buat sebelum masuk Islam?
Persediaan mental dan fizikal untuk komited terhadap agama Islam. Terdapat keperluan untuk memberitahu ahli keluarga terutamanya ibubapa tentang pengislaman. Seeloknya terangkan sebab musabab mengikut logik akal dan bukan berat sebelah pada Islam.
Ini kerana mereka (bukan Islam) mungkin masih terkeliru dengan agama ini. Andai kata pengislaman ini mendapat tentangan, diharap dapat bertenang dengan ahli keluarga. Buktikan bahawa tidak menjadi masalah untuk berkeluarga dengan mereka yang bukan Muslim.
Lama-kelamaan mereka akan menerimanya, InsyaAllah.
Khatan dan Saudara Baru
Ramai yang sedia maklum perkahwinan menjadi salah satu punca utama Bangsa Cina memeluk agama Islam di Malaysia. Berkhatan kedengaran seperti satu jenis phobia yang menghantui golongan yang berpotensi memeluk agama ini.
Namun hari ini ramai yang sudah mengetahui kelebihan berkhatan. Dan mereka mula melakukannya tanpa mengira bangsa dan agama. Kerana sudah timbul pendedahan dan pemahaman yang tepat tentang berkhatan.
Khatan sememangnya mustahil untuk dijadikan sebagai salah satu alasan. Ini kerana hukum khatan di dalam Islam, mengikut beberapa pandangan Ulama adalah tidak wajib, ianya sunnah yang amat digalakkan.
Maka tidak menjadi satu halangan bagi bangsa Cina untuk memeluk Islam. Mereka boleh berkhatan apabila mereka sudah sedia.
Apa yang ditakutkan masyarakat Cina
Jelas di sini ajaran Islam sebenarnya tidak menjadi halangan besar untuk bangsa Cina memeluk Islam. Yang menjadi halangan utama adalah “Kemelayuan”.
Masyarakat Cina amat menitik-beratkan kebudayaan dan adat mereka. Jelas sekali mereka terkeliru kerana bangsa Melayu telah menerapkan ke-Melayu-an mereka ke dalam agama. Sehinggakan masyarakat Cina merasakan ke-Cina-an mereka terancam.
Ada yang merasakan mereka akan dipulaukan sekiranya memeluk Islam kerana masih ramai sanak saudara dan rakan-rakan mereka terkeliru antara Islam dan Melayu.
Masyarakat Melayu secara separa sedar telah menimbulkan “the sense of belonging” terhadap Islam sebagai hak Melayu. Islam Melayu inilah yang menyukarkan penembusan potensi memeluk Islam kepada masyarakat Cina.
Tindakkan mereka mengadun budaya dan adat ke dalam ajaran Islam adalah tidak salah, bahkan Melayu itu sendiri banyak terpengaruh dengan masyarakat Arab, adakalanya terlebih-lebih dari Pak Arab sendiri!
Contoh yang sememangnya popular adalah baju melayu untuk ke masjid, ketupat dan rendang di hari raya dan lain lain lagi.
Post ini akan sentiasa diupdate dengan link-link siri penulisan Cara-cara Orang Cina nak masuk Islam di masa hadapan. Sememangnya memeluk Islam langkah awal untuk mencapai kesejahteraan hidup. InsyaAllah banyak lagi isu dan penerangan serta Q&A akan diterbitkan di masa akan datang.
Sebenarnya aku masih terkilan, kerana aku tak mampu menulis dalam bahasa yang memudahkan masyarakat Cina faham inti pati yang ingin aku jelaskan.
Sekiranya anda seorang yang berbangsa Cina dan ingin penerangan yang lebih mudah dan mesra tentang Islam, mungkin bersama seorang yang sama bangsa dengan anda, sila hubungi saya. Atau anda boleh berinteraksi dalam group facebook Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).
pengkongsian yang baik. :)
ReplyDeleteada masa nanti singgah blog ni
http://revertedmuslim.blogspot.com/2012/10/saya-kembali-dari-maut-kisah-jutawan.html
syukran cik lin. menarik gak link tu
Deletewah..semoga entri ini dpat membantu golongan cina yg ingin memeluk agama islam..mudah mudahan... perkongsian yg sangat menarik
ReplyDeletetq sarah. insyaAllah harap2 macam tu la :)
Deletesalam, ni hau ma?
ReplyDeletebagus ini entry ^^
jumlah chinese muslim di negara china lebih ramai dari jumlah penduduk di semenanjung m'sia ley ^^
you chinese muslim oh tofik? wa chindian+malay muslim ma ^^
itu adat sama agama mmg melayu sudah campur adukkan sekali loh, betul you cakap, then ada juga melayu yg you cakap sangat terpengaruh sama Arab smpai terlebih dari pak Arab sendiri tu, yg itu kes Arabisasi ma..tengok dinner theme Arabian night yg selalu jadi fevret theme rata2 kat sini pun sudah tau loh..padahal bukan semua arabian itu islam loh ^^
Islam is universal, that's the beauty of it..no discrimination, Islam adalah hak semua yg telah mendapat hidayah ^^
ni hao :) cek bukan chinese muslim la. truly, Islam is universal, tak ada apa2 discriminasi, yahudi pon ramai dah masuk Islam.
Deletepak arab kadang terkejut tengok melayu, sbb depa pon tak se-Arab orang melayu :D
sy penah belajar bahasa arab kat sorang cikgu yg bukan Islam, tapi dia memang asal dari tanah arab
hen hao hen hao ^^
Deleteoh bukan ah? perenggan last skali ini entry membuatkan i ingat itu mcm loh ^^
betoi gak, baca ulang2 baru perasan haha
Deletedisclaimer: daku bukan chinese muslim
tak ada ke blog untuk melayu nak masuk islam?
ReplyDeleteKEnapa Cina? Kenapa tidak Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, Bidayuh dan kenyah masok Islam.. Portugis ka..
ReplyDeleteni mesti kes tak baca sampai abeh. wahai anon yang disayangi, aku ada tulis sebab apa aku highlight cina kat sini.
Deletebab bangsa2 lain tu insyaAllah akan ditulis dimasa hadapan. mohon anon kesayangan beri sentiasa bg semangat kat aku utk teruskan menulis :P
mohon en taufiking tulis cara2 india masuk melayu, sebab ramai je tgk muka india tapi dalam ic melayu...
ReplyDeletehohoi ni racist ka apa?
Deletetertarik dgn cara bangsa eropah (mualaf) menyambut saudara baru dikalangan dorg. sesudah mengucap dilangsungkan peluk dan hiba di iringi bersama.
ReplyDeleteperkongsian yang baik jgn lupa masyarakat india
ReplyDeleteKLIK PPSMI ibubapa tidak puas hati
insyaAllah akan diusahakan dimasa hadapan
DeleteDATANG NAK BACA ENTRY BARU.KLIK2 GHAIB PULAK.
ReplyDeletetercaplocks *mencerminkansemangatnakbaca. :D
Deletehehe sat2 tersilap klik, hampir siap dikarang :D
Delete:D ohh i see..
ReplyDeleteSy nk tahu lebih lanjut tentang cara2 bgsa cina nk msuk islam.. Sy akan berkahwin,tp bakal suawi sy cina.. Dia nk msuk islam, tp sy x brapa nk pasti tntang langkah2 n cara2 untk dia msuk islam.. Boleh tlg sy x?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSuka baca entry ni...nice bro...sy rsa bnyk org cina kt mlysia ni xtau kat ngara china lbih bnyk bngsa muslim bbnding bngsa muslim kt ngra mlysia ni. dlm famili sy bnykkaum kluarga bngsa cina yg blum mmluk islam tapi dah convert.syukur alhamdulillah...
ReplyDeleteUntuk yang ingin mengetahui Islam boleh melayari youtube antaranya Usaz Ebit Liew, Zakir Naik, Dr Jamnur Mulkan etc..
ReplyDeleteNak kenal boleh,bro...
Deletesalam tuan.
ReplyDeletesaya nak bertanya.bakal isteri saya insyaallah adalah orang cina.
boleh tuan terangkan apa benda yang patut kami lakukan untuk process penukaran agama dia dan apa benda yang patut kami sedia kan?.
email saya di [email protected]
harap tuan dpt membantu.
saya pun sama...tapi tulah,kalau masuk islam mau pergi mana yah??MUIS kah tuan??atau d mana2 jabatan??
ReplyDeletetolong saya
ini email saya
([email protected])
狗!
ReplyDeleteSalam tuan
ReplyDeleteSaya ingin bertanya,bakal isteri saya dia seorg bidayuh tetapi berbangsa cina..jadi kat sini sy perlukan penerangan yg lebih terperinci dan ape keperluan yg sy dan dia perlu sediakan sebelum dia masuk islam..
Saya juga nak tahu mcm mn proses utk penukaran agama tersebut..
Assalam tuan
ReplyDeleteSaya nk bertanya, bakal isteri sy seorg keturunan bidayuh tetapi bangsa cina..dia ingin memeluk islam akan tetapi ape yg perlu dia dan ape yg perlu sy dpt bantu dia..bagaimana proses penukaran agama tersebut..
Boleh tuan terangkan dengan lebih terperinci lg x..supaya dia tidak merasakan menyusakan diri dia utk masuk islam..
Salam tuan
ReplyDeleteSaya ingin bertanya,bakal isteri saya dia seorg bidayuh tetapi berbangsa cina..jadi kat sini sy perlukan penerangan yg lebih terperinci dan ape keperluan yg sy dan dia perlu sediakan sebelum dia masuk islam..
Saya juga nak tahu mcm mn proses utk penukaran agama tersebut..
The best entry
ReplyDeleteIs happy to know abouy it... Cause I take long time and ask other Muslim and survey have any course or have someone can lead me before convert to Islam.
ReplyDeleteThere is good news for those want convert to Islam. Cause I'm get ready to convert but don't know how to process. I really need somebody guide me and more understand about Islam, well prepared before convert.
ReplyDeleteGood sharing
ReplyDelete