Penyebaran Dakyah Yahudi Zionis di Utara Tanah Air

‎"Maaf makcik, saya bukan wakil Zionis"

Hari ini 19 November, McD mempelawa seluruh pelusuk rakyat Malaysia melampiaskan keserakahan amarah kekejaman Zionis kepada Egg McMuffin secara percuma.

Pada hari ini juga, bertempat di sebuah McD di utara tanah air, kami melakukan cubaan untuk meng-hijack (LOL) kemeriahan yang cuba ditonjolkan McD disebalik kepiluan rebahnya pejuang syahid di bumi Gaza.

Ritual ini bermula sekitar jam 10 pagi, kelihatan McD agak lengang mungkin kerana sudahpun kehabisan stok Egg McMuffin.

Kami mula menyebarkan dakyah halus ini dengan berbekalkan flyers yang masih panas yang disiapkan pagi itu juga.

*Salinan ini disahkan oleh Benjamin Netanyahu*

Flyers inilah yang akan terus digunakan sepanjang kempen memuja semangat anti-Zionis dan memupuk kesepakatan memboikot produk dan servis yang menjana kewangan mereka.

Pelbagai macam reaksi dapat kami saksikan sejurus selepas mengedarkan flyers ini. Ada yang senyum, angguk tanda faham dan bertepuk tampar berseloka mesra bersama kami

Ada pula yang berjalan tak sampai dua tiga langkah terus berpaling muka merah padam kepada kami. Macam nak marah, mungkin mereka ingat kami ini Yahudi agen Zionis!

Mungkin Makcik comel itu baca sekali sahaja. Tanpa mengulang terus melompat hatinya kepanasan macam kami menuduh dia yang menaja kekejaman di Palestin. Lepas slow talk, tersengih juga makcik tu akhirnya.

Codename: EMKIU
     

Ini bukan aku, tapi salah seorang dari "Agen Zionis" yang berkeliaran tadi. Ada yang bersungut kenapa ada link "taufiking.com" menyibuk di dada flyers? Mestilah kena ada, sebab aku yang design flyers kan.

Aktiviti ini bersurai sekitar tengahari setelah beberapa ratus ribu keping flyers (!!?) berjaya diedarkan untuk merobek otak-otak pengunjung. Allhamdulillah kami mendapat kerjasama yang amat nyaman daripada Makcik Guard yang sangat baik hati. Begitu juga tanpa sebarang gangguan makhluk halus dari penguatkuasa Majlis Bandaraya di sana.

Dengan izin tuhan, aktiviti ini akan diakan lagi dalam waktu terdekat, sekaligus untuk menumpang semangat membara rakyat Malaysia yang masih lagi berbekas-bekas dari kekejaman yahudi Zionis yang berlaku di Gaza.


35 comments:

  1. tak menahan siap pakai topeng anonymous lagi.. berapa satu harga topeng tu?? nak gak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. topeng kat ni kat lowyat ada jual rasanya. dalam internet pon ada org jual kot

      Delete
    2. aku nyer topeng beli kat bon odori penang...hahah

      Delete
    3. berapa ringgit tu cik plain? kat aloq setaq pon ada rasanya dulu ntah tak ingat dah

      Delete
    4. spuluh hengget, dgn kualiti dia kira orait la tuh ^^

      Delete
    5. penah pakai? takpun beli buat hiasan saja? haha

      Delete
    6. tumpang lalu~

      moh kite, show that we really care ^^

      http://busuk.org/ping/view/373102

      Delete
  2. Tahniah taufiking n the geng..alhamdulillah masih ada yang peka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Syam! Bukan selalu, kalau ada masa terluang saja :D

      Delete
  3. Bhai Taufik...

    Gua nak rembat lu punya flyers boleh???? PAS la kat gua... lu jangan UMNO kan flyers tue kat gua... lu PAS kan jer okeh.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. buleh saja bro C++ hehe
      saya PAS kan kat bro.. ni link yg besar sikit http://i268.photobucket.com/albums/jj3/taufec/PosterZioniscopy.png

      Delete
    2. salam bro. boleh copy x flyers tu? nak edarkan di klcc/bb ahad ni.

      Delete
    3. dengan segala hormatnya dipersilakan
      free to distribute flyers ni utk semua orang
      tq ya

      Delete
  4. nice new layout, cepat loading n tak sangkut2 mcm dulu...nice ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay ada jugak orang perasan akhirnya. nampak simple layout ni tapi penat jugak nak setting. tapi ok la sebab layout ni memang di optimize utk kelajuan tinggi :D

      Delete
    2. hahah eh mustila ada org perasan tofik...cepat loading n senang nak ekses, rajin skit nak skodeng sini..barula dakyah yg sebenar...LoL! XD

      Delete
  5. kalau geng2 anonymous lancarkan opisrael serang website israel, geng anonymous lancarkan operasi kesedaran kepada pengunjung mcd hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul,anon semua da terlalu banyak dan dorang sepatutnya ada organisasi sendiri...hehe...komen anon selalunya sgt tajam melebihi mata pedang pun,elok disembur ke israel sana...mungkin boleh jadi senjata yg sgt berbahaya mengalahkan bom atom...;)

      Delete
    2. sebenarnya susah jugak nak buat keja pakai topeng ni
      susah nak bernafas, tak selesa & panas
      iklim tropika la katakan

      Delete
  6. macamana nak memohon jadi agen zionis?perlu join freemason dulu ke? saya berminat hendak menyertai MOSSAD.

    WEKEKEKEKE

    genoside warga palestin!!!!!!!

    Yahudi bangsa pilihan Tuhan!!! kita ni Goyyim je...harus menjadi sapi perahan mereka..wekekeke

    Statement aku ni leh buat aku dinilai lebih mudah tak nak jadi agen zionis?wakakaka

    ReplyDelete
  7. moga mereka yg berada di sana tersentap2. haha/. wah siap bertopeng aku nengok!. hehe.

    ReplyDelete
  8. tapi sebenarnya mendalam lagi perkara tentang yahudi nih...financial mereka dh control...kita boikot tapi mereka boleh cetak duit sesuka hati.. tidak hairan mereka boleh maju. ini kerana kewangan dunia dikawal oleh zionis

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang diakui benda ni bro. sebab tu aku tulis post bertajuk "Jangan Boikot produk yahudi Zionis" tu :D

      Delete
  9. pergh! stai2.. bukan nk ajak aku. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jgn risau next time aku roger kat fb hang

      Delete
  10. 1. I appreciate the comment on Malay. Though I feel sorry for the misbehave of language. I am not offended, I would be glad to hear your input.

    I do agree on a few of them, as I knew Malay are not even close to perfect. Neither do you and me.

    2. The grammar nazi. Please correct mine also and please keep judging the grammar first and the content last.

    As always, happy commenting.

    ReplyDelete
  11. setuju sgt dgn kempen ni.. nk flyers jugak boleh?

    ReplyDelete
  12. buleh saja, dipersilakan cik sephia

    ReplyDelete
  13. JGN LUPA TOLAK UMNO BN DLM PRU 13..... ADIK BERADIK APCO TU

    ReplyDelete

Comments