Gencatan senjata, Zionis tak sebodoh itu
Apa maksud gencatan senjata? Gencatan senjata adalah sejenis perjanjian antara beberapa pihak untuk memberhentikan peperangan mereka buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.
Di Gaza, gencatan senjata diadakan untuk mengadakan rundingan damai dan mengelakkan berlaku kemalangan jiwa di kalangan rakyat yang tak berdosa (collateral damage).
Adakah masyarakt dunia, Muslim khususnya menganggap bahawa gencatan senjata ini adalah satu penyelesaian? Menjadi satu persoalan yang unik bagaimana Zionis ini mampu menahan rasa rakus mereka untuk tidak merobek jasad Muslim di Gaza ketika ini.
Baru sebentar tadi aku dapat satu berita pelanggaran perjanjian gencatan senjata daripada Israel Defense Force (צְבָא הַהֲגָנָה לְיִשְׂרָאֵל) yang telah menyebabkan beberapa lagi rakyat awam syahid.
Penyokong Zionis yang bukan Yahudi
Sebenarnya Zionis masih lagi menang walaupun berlaku gencatan senjata. Kerana ramai lagi pengikutnya, yang telah beranggapan bahawa serangan sudah berakhir dan bolehlah mereka makan McD keesokan hari.
Ramai yang telah menarik nafas lega, sudah boleh menggunakan produk dan servis dari Zionis ini. Maka berlalu sudah zaman kegelapan mereka bersusah payah memboikot pelbagai jenama dan syarikat yang berkaitan dengan Israel.
Tak perlu lagi mereka menyamar di sebalik t-shirt SAVE GAZA dan edaran flyers Benjamin Netanyahu setiap hari. Ramai yang akan mula menukar kembali profile photo dan avatar kepada artis dan selebriti. Kebanjiran info dan isu Gaza di facebook dan twitter mula mendap dikaburi gelak tawa hiburan tajaan Zionis.
Tugas media mensensasikan isu
Isu Gaza ini tak akan tenggelam, cuma akan mengalami peralihan, diversion of issue. Contoh terdekat, Piala AFF akan mula menjajah trending twitter dan facebook yang juga merupakan medium utama gerak saraf isu Gaza.
Sepatutnya isu penindasan Muslim ini tidak bermusim/seasonal. Isu Rohingya, Abu Gharib, Damascus, Homs, Selatan Thai dan sebagainya. Tapi itulah masalahnya, kita hanya manusia yang terumbang ambing dengan ombak media.
Media memainkan peranan yang amat besar dalam menyedarkan Muslim tentang penindasan yang sedang berlaku disebalik cumbuan mesra drama-drama cinta tiga segi yang disiarkan setiap malam.
Katanya negara kita ini negara Islam, tapi media kita sendiri banyak mengampu Yahudi Zionis. Menaja maksiat dan fitnah, menganjur kebencian dan perbalahan politik.
Jajahan mental Zionis
Bukan sahaja penjajahan fizikal, turut serta penjajahan mental yang menjadi salah satu agenda utama mereka. Sedaya upaya mereka cuba menjauhkan Muslim dengan Islam, memagari Muslim dengan hiburan dan maksiat daripada mendekati agama.
Jajahan mental ini juga menyumbang kepada penindasan ekonomi Muslim. Mana taknya, tengok sahaja betapa berhantunya jenama-jenama produk dan servis dari Zionis yang tidak lekang walau seinci dengan hati Muslim. Justeru membuatkan produk Islamik sukar untuk menembusi kepulan syaitan yang menebal lagi menggoda.
Muslim terjerat dengan janji dunia
Sekarang sudah sampai satu tahap di mana Muslim kelu dan buntu. Nak boikot apa kejadahnya tak ada efek pun. Nak berjuang angkat senjata tak berduit pula, anak bini nak makan apa. Nak derma ke Gaza macam mana, zakat pun tak mampu bayar. Leher sendiri kena rantai dengan loan kereta, rumah dan sebagainya.
Kalau tak boikot nanti Zionis makin menggila. Niat nak boikot terbantut dengan segala ragam produk dan servis Muslim yang bagai melepas batuk di tangga. Kalau tak boikot, makin banyak dana akan disalurkan untuk penyembelihan Muslim di Gaza. Makin luas jajahan negara haram Israel memakan setiap kaki persegi tanah Palestin.
Segalanya memuncak hingga ke hari ini. Analogi ciptaan aku sendiri: “Sebelah tangan Muslim membantu saudaranya di Gaza, sebelah tangan lagi tidak jemu menyalurkan dana menyembelih mereka.”
Kenapa pilih boikot?
Mungkin pandangan aku ini jahil, tapi aku berpendapat boikot takkan mampu melumpuhkan Zionis. Tapi boikot adalah merupakan salah satu tanda protest kezaliman ini.
Mungkin pandangan aku ini jahil, tapi aku berpendapat boikot takkan mampu melumpuhkan Zionis. Tapi boikot adalah merupakan salah satu tanda protest kezaliman ini.
Boycott is not the only way. Bukan bermakna aku tak sokong boikot, bukan juga aku galakkan boikot.
Tapi sebenarnya terdapat perkara lain yang dapat memberi impak yang lebihdahsyat terhadap Zionis. Dan cara-cara itu sememangnya telah dianjurkan Nabi beratus tahun dahulu.
tags: zionis gaza hezbollah, PLO benjamin netanyahu west bank ceasefire gencatan sejata boikot secara buta anti-boikot semitic yahudi jewish palestine muslim islam tel aviv haifa new world order produk servis yahudi zionis melayu yahudi melayu zionis melayu tali barut yahudi zim ekonomi yahudi zionis kekayaan yahudi zionis melayu fanatik
penat2 aku masuk sini nak baca, last ko tak letak pon walau 1 solusi
ReplyDeletejadahnya tulis panjang2 kalau setakat nak kutuk muslim
kan
Deletekonon tak bagi orang boikot
dah nape tak bg alternatif?
dah tido gamaknye si taufaking ni hehe
Deletetak reply pn
aku tau dah ni mesti geng2 breastfeed activist
Deleteaku tak cakap pon aku nak bagi suggestion/solusi
aku tak janji apa2 pon
aku cuma nak clearkan yang gencatan senjata ni tak memberi apa2 efek
bahkan selamba saja zionis breach the agreement
maksud aku boikot bukan satu2nya jalan
ada lagi cara lain cth paling dekat adalah derma
tak mampu nak boikot, tak mampu nak berenti isap rokok
maka p la derma
dari perabeh duit bg kat kafir yang entah tak sapot gaza
baik cari produk yg salurkan kepada gaza walau 1% sekalipun
betol
DeleteBoikot bagaikan mengorek pasir di padang pasir.
ReplyDeletekemah anologi-mu
Deleteni msti dia quote anologi guru tingkatan dia yg dia dengar masa dlm kelas mggu lepas ni...
DeleteBhai Taufik...
ReplyDeleteIsrael sedang kaji pelan dan tindakan... pasnie mesti dier akan kembali bangkit dengan serangan yang maha hebat...
Tambah plak kiter kat Malaysia nih... nak boikot pon takder kuasa... hahaha... jadi tue yang takder efek tue..
boikot takder kuasa? kikiki itu umno punya keja la
Deletedia ajar rakyat tak reti boikot
dorang pon pakai apco
tu la aku cakap bro
DeleteIsrael tak sebodoh itu
majlis keselamatan pbb hari tu nak usulkan mengecam israel atas tindakan serangan ni, tapi usa tak setuju sebab usul tu tak disertakan dengan punca kenapa israel menyerang iaitu "gaza yang lancar serangan roket dulu"..
ReplyDeleteaku macam..jadah celakanya!
kalau macam tu aku pun boleh cakap punca yang paaaling utama sekali in the 1st place iaitu israel yang mula2 rampas tanah palestin dulu!
usa dengan donkey memang seiring..
haha 2x5 saja usa dgn israel ni
Deletetak ada sebab palestin nak attack depa
dah depa gatai p rampas tanah orang, makan la attack tu
mengada nak cari alasan
ni la orang kata yahudi
cakap belit2
nak boikot mcd, tapi layan juga seribu jenis hiburan2 yg disajikan dari barat... btw kenapa aku tgk byk blog dah tukar layout simple cam ni. ko pakai wordpress ke blogspot?
ReplyDeletemasih blogspot lagi bro
Deletelayout lama ada problem apa benda ntah
loading lama sgt & browser slalu not responding
takpe..yang penting gambar tak hilang macam aku..hehe
DeletePada saya, lebih elok berlakunya gencatan senjata walaupun ia lebih banyak memberi kelebihan buat pihak Zionis.
ReplyDeleteKita boleh singkap kembali Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah.
Semoga Allah membantu mereka yang berusaha membantu agama Allah.
Kita sama2 berdoa...
ReplyDelete