Sampah vs Melayu Muslim

“Takbir! Allahuakbar!
Takbir! Allahuakbar!
Takbir! Allahuakbar!”

“Tuan-tuan, puan-puan sidang hadirin sekalian berdirinya di sini saya ingin mengajak hadirin sekalian bersama saya dalam memperjuangkan islam. Mari kita tegakkan islam di bumi kita cintai, mari kita menentang kerajaan toghut(zalim), kita jangan biarkan islam di tindas”

Gambar hiasan 
Kelihatan seorang anak muda yang kuat agamanya sedang berpidato untuk menaikkan semangat para pendengar untuk berjuang bersama mereka dalam menegakkan syiar islam.

Ramai hadirin kusyuk mendengar intipati dari pemidato tersebut, tak kurang juga pendengar yang sedang menikmati kepulan asap beracun sambil menghayati pidato tersebut.

Malah tak lupa juga pendengar yang gemar mengunyah jajan makanan ringan dalam menikmati suasana itu, suasana gegak gempita dengan laungan untuk tegakkan Islam.

Setelah selesai ceramah tersebut hadirin pulang dengan semangat berkobar-kobar untuk berjuang di atas jalan agama. Maka bergelimpangan sesuatu yang tak sepatutnya di buat seorang pejuang Islam iaitu sampah !

Aku sedih melihat begitu banyaknya sampah bergelimpangan di tempat ceramah tersebut, rasa kecewa melihat sikap pejuang yang ingin menegakkan Islam tapi benda yang semudah itu tak mampu untuk laksana.

Sedangkan sampah-sampah itu berpunca dari pengunjung sendiri, kenapa kita tidak ada rasa tanggung jawab untuk membuang sampah itu sendiri?

Kenapa kita perlu meletakkan tanggung jawab itu terhadap petugas-petugas yang di amanahkan? Aku hairan dengan laungan takbir tadi, bukan main semangat lagi, tapi benda semudah itu kita tak mampu untuk laksana. Apakah perlu kita berjuang yang lebih besar lagi? Inikah akhlak pejuang?

Sedangkan benda sekecil itu kita tak mampu laksana, kita sanggup memikul yang besar? Hairan?
Kalau di rumah kita sanggup menjaga kebersihan tapi bila tempat orang kita tak mampu? Hairan?

Adakah sikap menjaga kebersihan itu di jaga tempat tertentu sahaja?
Adakah islam itu di tempat tertentu sahaja? Hairan?
Sedangkan kita semua tahu kebersihan itu separuh sebahagian dari iman, tapi kita aplikasi kan iman kita separuh-separuh? Hairan?
Aku masih hairan adakah ini sifat sang pejuang Islam? Hairan?
Dan menghairankan lagi aku di tanya oleh petugas” awak ni petugas juga ke?”
Perlukah membuat kerja amal ini di tugaskan? Hairan?
Kalau kita lihat di Singapore (info dari teman Singapore) mereka sangat-sangat ambil berat tentang kebersihan, sampaikan terdapat undang-undang yang sangat ketat terhadap pesalah kebersihan. Yang aku hairan Malaysia ada undang-undang seperti itu tapi pelaksanaanya tak seberat yang di laksanakan dari Singapore itu lagi menghairankan?

Pernah aku melihat satu bangsa (semoga tuhan hidayahkan mereka) yang kita selalu kafirkannya. Ketika aku di PD, aku melihat mereka melakukan pekara yang mulia dari pandangan mata hatiku. Di sudut jauh tepian pantai, terdapat satu tempat longgokkan sampah, aku melihat bangsa ini mengutip sampah-sampah yang ada di sekeliling tong sampah serta memasukkannya ke dalam tong sampah.

Aku hairan? Sedangkan mereka tidak seIslam seperti kita tapi mereka ada satu perasaan iaitu rasa bertanggung jawab ke atas alam ini. Hairan? Sedangkan agama kita yang mendidik begitu tapi kita bagaimana? Kalian hairan tak? Aku lagi hairan? Mari sama-sama kita hairan.

Gambar hiasan, jangan terasa

(Sila lakukan terapi ini dengan hati-hati di hadapan cermin: tarik nafas dalam-dalam dan jerkah sekuat hati pada diri sendiri: Ha tunggu lagi! Tu pun nak lawan yahudi!!)

21 comments:

  1. Berapa banyak hairan daa...................

    ReplyDelete
  2. hahahaha,betul..Berkoar2 sebagai Umat islam sejati soal sampah pun failed..

    dulu2 masa aku sekolah rendah,cikgu2 ajar sampah taruk dalam poket..bila sampai dekat tong sampah baru buang..takut dengan cikgu dulu..pengawas lak tegas semacam..hohoho

    Alhamdulilah,disebabkan diajar macam tu dari kecil..Aku terbiasa taruk sampah dalam poket..tapi kadang2 pun aku pun jadi manusia macam dalam artikel ko hahahha coz aku ni penghisap asap beracun..suka sungguh petik puntung..dah jadi tabiat bila isap rokok mesti aku petik puntung tu...hahahah xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha,masalah puntung tu kita selesai sama-sama ya.

      Delete
    2. ko pon isap rokok zack? cikgu ko ajar? LOL
      sesi pemanas badan

      btw respek hang jugak la sbb sudi taruk sampah dalam poket sendiri

      Delete
  3. pernah satu kali tu aku komen gamba satu perhimpunan tu, orang tendang tong sampah dan sampah bertaburan. orang jawab, "Eh kawasan bandar kan memang kotor. Kalau sampah bertaburan bukan salah orang berhimpun, itu salah Majlis Bandaran!"

    Dalam dunia sebenar, sikap nafsi-nafsi ni masih ada. Bila ditegur orang yg buang sampah "Bukan tugas aku kutip sampah...kalau diorg tak kutip sampah yang aku buang ni, makan gaji buta la!" eh dia ingat sampah tu 'gaji' orang ke. Malah ada budak kecik ni nak kutip sampah, mak tak bagi. "Ehhh itu sampah orang.Kerja kita bukan buang sampah orang."

    Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, bak kata orang. Tapi bab yang tu pun failed.

    ReplyDelete
  4. sikit pun tak hairan bila "....Islam akan naik kembali dengan jayanya; asal ilmu pengetahuan dimajukan.” (Hamka)

    tenkiu bro!

    ReplyDelete
  5. Kita masih berada dalam kelompok minda kelas ketiga...

    ReplyDelete
  6. low classssssssss.

    ReplyDelete
  7. Bhai Taufik...

    Hahaha.... nanti mengamuk puak-puak "Pejuang Islam" nih biler diorang dapat kesan lu punya artikel nih... hahaha...

    Aper pon.. gua memang setuju dengan artikel lu.. benda macam nih gua selalu tengok... takder sivik punya worang... kata penjuang Islam.. kata pelindung Rasulullah... tapi sebenarnya diorang nih semuanya sampah... dari yang atas sampailah yang kat bawah...

    Sebab diri diorang tak bersih.. jadi tue yang terbawa-bawa ke dunia nyata... walaupun dimulut tak abis-abis mengatakan diorang la yang "TERBAEK" ... camsiot kan... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai C++ ni bkn sy tulis la. ni encik Faqir yg tulis huhu
      nanti terasa pulak dia terus merajuk takmau tulis utk blog sini

      tapi memang betoi pon, buang sampah ni dah jadi habit
      tak ada tanggungjawab nak jaga branding yang kononnya depa Islam lebih dari orang lain

      Delete
    2. hahahaha, cam setan ! pejuang? sila berjuang diri sendiri dulu,aku terkesan dari al marhum hasan al banna.beliau berjuang bermula diri sendiri dulu.aku masih teringat ketika kecil beliau menjerit-jerit di waktu pagi mengajak penduduk kampungnya bersama sembahyang subuh berjemaah ini menunjukkan dia sendiri yang mulakan peribadi yang mulia.tak lupa juga ketika beliau ingin menyampaikan satu dakwah pada satu tempat beliau sendiri yang menyiapkan tempat tersebut,susun kerusi sapu sampah,agar pendengar boleh selesa dengannya sehingga ada orang bertanya siapa yang ingin berceramah.maka di tunjuk arah beliau ketika sedang membuat kerja.hairan kan? kalau sekarang kita tengok masih ada lagi sosok seperti itu?

      Delete
    3. Bhai Taufik dan Faqir Bermusafir...

      Hahaha.... gua kan suker kasi perhangat... hahaha... kasi bakor... bakor bhai.. bakor... hahaha

      Delete
  8. salam,

    betul juga, jihad kcl xboleh buat camna nk jihad besar, mcm ayam berkokok tapi ekor penuh tahi >_<

    KLIK dah dapat bonus minta lagi!!

    ReplyDelete
  9. bukan setakat perhimpunan2 demonstrasi2 yang nama pelik2 tu, demonstrasi yang namamya "BERSIH" pun haram tinggalkan banyak sampah jugak..

    oh, mereke kena tembak dengan gas, tak sempat nak kutip sampah..lulz

    no offend ya kengkawan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai NaZha...

      Memang betul pon... yang ini pon gua cukup geram... aper daaa...

      Delete
  10. kalau minda tipikal org melayu - takpe la buang sampah kat tengah jalan tengah padang ni, nanti kalau kita semua buang sampah elok2 dlm tong sampah, tukang sapu majlis perbandaran ni takde keje pula makan gaji buta pula

    ?????????

    ReplyDelete
  11. betul tu..bukan stakat tu jer..pergi jer kt pasar2 melayu, perrgghhh...relax jer diaorg berniaga tepi tongsampah. Islam dah ajar pn manusia masih leka dan lupa. Apa akan jadi kalau islam dipinggirkan.

    Kita tidak boleh salahkn islam, tetapi sikap orang melayu itu sendiri.

    ReplyDelete
  12. aku tak nak salah kan islam,islam itu terlalu sempurna kerna kita didik beradab dari bangun tidur sehingga mahu tidur kembali,cuba kita lihat sehingga nak masuk tandas pun penuh dengan adab walaupun tempat itu kotor,mari kita renungkan berapa ramai yang beradab ketika masuk ke tandas penuh dengan adab? kalau lihat tandas di malaysia ini? kalian boleh bayangkan bagaimana tandas yang berada di seluruh malaysia ini? berapa ramai yang menjaga kebersihan di tandas??? hairan kan?? yang lagi hairan umat melayu yang beragama islam sendiri memalukan agama?? hairan kan?? mari kita lihat di cermin: katakan pada diri,cakap dengan penuh nada yang lemah lembut" haaaaaaa tunggu lagi tu pun nak lawan yahudi u ollsssss "

    ReplyDelete
  13. Ali (Bukan nama sebenar) seorang yg pemalas. Suatu hari hatinya terdetik: "Mungkin aku harus berpindah ke tempat baru untuk mengubah nasib diriku" selepas setahun berlalu, dia tetap pemalas, bahkan bertambah buruk!

    MORAL:

    Sebelum mengubah alamat anda, timbangkan dahulu kemungkinan untuk mengubah tabiat (pemikiran) anda. Jika tidak, walau ke mana sekalipun, kita akan membawa corak pemikiran & tabiat lama bersama-sama.

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh terasa hati sungguh

      saya personally berpendapat
      melayu muslim ni kalau dibuang ke negara/tempat asing
      mesti dia akan berubah, bertambah daya saing, peka, responsif, produktif
      sebab dia rasa terancam, oppressed dan minority
      sebab tu kita tgk kaum lain kt malaysia ni unite & sgt competitive

      Delete
  14. Kadangkala saya harus menanya diri saya: "mengapa saya yg selalu bernasib baik? Sekalipun saya tidak dapat apa yg saya mahu, tapi saya dihindarkan dari bahaya"

    Apakah itu juga syukur namanya?

    *maaf kalau terasa.

    :) tak bermaksud pun ok.

    ReplyDelete

Comments