Masalah mental, bayi mati didera
Merujuk kepada berita ini, spekulasi awal mengatakan bayi itu mati kerana didera. Kerana terdapat keretakkan tempurung kepala dan patah kaki dan tangan.
Seorang manusia yang normal, tak akan mampu mendera bayi. Manusia yang cukup sifat dan sihat secara mental tidak akan ada apa-apa alasan langsung untuk mencederakan mana-mana bayi.
Dan hari ini, kes kematian bayi disebabkan penderaan sekali lagi tersembul keluar di dada akhbar. Entah berapa kali kes begini berulang.
Tak ada gunanya aku persoalkan tahap mental lelaki durjana yang menyebabkan kematian bayi bernama Nur Irisyafida Balkis itu.
Sepatutnya lelaki itu dijadikan bahan kajian biologi untuk dieksperimentasikan otaknya supaya kita dapat membendung perkara ini dari berulang.
Apa itu Masalah Mental?
Masalah mental berlaku apabila kapasiti mental seseorang itu tidak berada pada tahap normal. Normal juga adalah satu skala yang subjektif ciptaan manusia. Secara mudah, normal adalah dapat membezakan baik dan buruk.
Dalam kes ini, aku rasakan lelaki durjana itu gagal untuk mengawal otaknya supaya memberikan cadangan positif untuk menangani bayi itu.
Justeru berlaku hilang pertimbangan yang menyebabkan beliau mengambil jalan mudah dengan mencederakan bayi itu. Mungkin kerana depresi. (Depresi adalah salah satu faktor utama berlakunya masalah ini)
Kegagalan mental berada ditahap normal bukanlah suatu fenomena yang asing. Cuma yang membezakannya adalah implikasi daripada situasi itu. Dalam kes ini, berlaku implikasi negatif, bayi itu mati.
Ini bukan kali pertama berlaku dan mungkin akan berlaku lagi dikemudian hari. Adakah hukuman penjara 8 ratus tahun mampu membendung kes kematian bayi seperti ini?
Tidak sama sekali. Kerana puncanya tidak ditangani. Puncanya adalah masalah mental manusia sejagat.
Otak tidak dapat mengklasifikasikan mana satu baik dan buruk. Mental yang berbirat dengan segala macam mak nenek kemaksiatan. Menjurus kepada hilang pertimbangan.
Mentally ill, membuatkan seseorang itu bagai terputus dari bebenang suci rasa ke-peri-ke-manusia-an. Kegagalan manusia untuk mengisi hatinya dengan sifat kemanusiaan membuatkan mereka hilang pertimbangan dan melahirkan respons lebih teruk dari binatang.
Semua orang tahu masalah mental adalah penyakit. Namun simptom-simptomnya amat sinis dan nipis. Tiada ukuran jelas untuk menentukan seseorang itu sedang mengalami masalah ini.
Ini adalah fakta, dikalangan kita ada orang gila. Bukan seorang dua, tapi ramai gila. Jangan tertipu oleh statistik yang dijaja.
Mungkin yang sedang mengira statistik itu sendiri ada masalah mentalnya.
Kesimpulan setempat, hukuman bukanlan satu-satunya cara mengatasi masalah ini. Pencegahan dari berlakunya masalah mental yang kronik sepatutnya diberikan penekanan.
Dari kejauhan, Syaitan memerhatikan orang gila, seraya dia tersenyum sinis penuh kesyaitanan. Bukan sebab mengenangkan si polan yang gila itu, tetapi melihat orang sekeliling yang perasan mereka tidak gila kerana tidak cuba mengubati orang yang mereka label sebagai gila itu.
Lalu dia berkata "Ini bodoh atau gila!"
Food for thought, jika benar lelaki durjana itu gila, mungkinkah dia terlepas hukuman?
ya sedara tofik,
ReplyDeletegila itu adalah sesuatu yg sangat subjektif dan sinis skali..
"Mungkin yang sedang mengira statistik itu sendiri ada masalah mentalnya"..mungkin juga yg sedang membaca komen ini juga mempunyai masalah mentalnya pada tahap2 tertentu, tidak terkecuali si penulis komen ini juga ^^
Hanya orang gila yg tak akan mengaku dia gila sambil berteriak histeria, "Aku tak gila, aku tak gila!!!"
Wallahu'alam ^^
ya betoi tu sedari plain. bukan senang evaluate orang mental ni. termasuk la diri sendiri
Deletekita sendiri pon taktau kita ada masalah atau tak. cuma yang bezanya sebagai manusia normal, kita kena cuba berusaha mencegah dan mengubati masalah ni sebelom jadi semaking kronik
mana ada orang gila mengaku gila
mana ada orang bijak mengaku bijak :D
dan mana ada orang yg bebetul alim mengaku dia alim ;D
Deletenauzubillah...
ReplyDeleteassalammualaikum... kadang-kadang fikiran bercelaru dengan kedangkalan aqal yang cetek dan tenggelam dalam emosi sehingga melakukan perkara-perkara di luar kotak pemikiran.
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz –Dzariyat: 56 )
waalaikum salam. betul tu cik lin. emosi memainkan peranan penting untuk otak menafsir data.
Deletetekanan emosi jugak adalah salah satu punca masalah mental.
em maybe lelaki tu ada masalah bipolar or cemburu yg sgt teruk .
ReplyDeletetapi pape pun , what the hell pompuan dgn bayi sekecik tu ade kekasih ???
kekasih satu pasal. kekasih dia memang ada rekod jenayah polis kot
Deletemindblown!
Kdg keadaan persekitaran perlu diambil kira. keadaan dipejabat. dan perubahan2 lain. apa yg penting, didikan agama perlu kuat. tapi ada gak pak imam yg jadi bangang. hemmmm...
ReplyDeleteMasalah mental ni tak mengira agama la bro. Kalau tak macam mana buleh ada orang yang sesat.
DeleteTu pon salah satu simptom masalah mental kan. Tapi didikan agama ni memang penting, at least kalau dia kembali kpd Islam, dia dapat diubati.
mental... memang mental... masalah mental yang sampai sanggup mendera dan membunuh seorang bayi lebih teruk dari masalah mental ajaran star wars sufi tendai.
ReplyDeletesi sufi tendai tu perlu diubati bro
Deletehari ni mungkin dia ok lagi
esok2 dah menikah dgn fasha sanda (aku tunggu jandamu) nanti dia dera anak pulak
Bhai Taufik...
ReplyDeleteAbang gua yang nombor tiga pernah ungkapkan statement nih sekitar 30 tahun dulu....
"Kalu Allah Taala tak jadikan manusia nih ader yang gila... mesti dunia ini dah lama musnah... sebab Einstein pon dari spesis gila jugak"
label dia tu gila melampau kot. kalau tak normal buleh diterima lagi :D
Deletebegitu juga dengan manusia-manusia yang buang bayi, dan lelaki yang menyebabkan bayi itu wujud, sama binatang dengan manusia ini.
ReplyDeleteKLIK Pakatan diminta menyokong 'Tuntutan Johor'
terlepas hukuman sebab gila. tapi............
ReplyDeletekesian budak yg jadi magsa tu. kalo orang yg betul2 gila, mungkin la boleh dimaafkan. tapi kalau orang yg memang ada masalah mental, means dia normal, tapi kadang2 tak boleh kawal emosi, org macam ni pun boleh dilepaskan ke atas alasan mslh mental?