Kenapa waktu Solat berubah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Soalan ini dah lama aku nak tanya. Ya soalan remeh ini sememangnya ramai yang dah tahu jawapannya. Tetapi ramai juga masih berada di alam misteri, seperti aku, dulu. Tetapi kini tidak lagi.

Actually, jawapannya amat simple. Terlalu simple hinggakan aku rasa tak perlu aku bersusah payah bermandi darah untuk war-warkan (perang-perang) kepada seluruh warga maya.

Namun oleh kerana terlalu simple, otak aku sendiri telah mengenakan karenah birokrasi untuk menerima jawapan itu. Oleh itu aku gagahkan juga menduga neuron basah-ku untuk mencari jawapan yang lebih chic (bergaya).



Q: Kenapa waktu Solat tidak tetap dan berubah sepanjang tahun?

A: Waktu solat adalah tetap dan tidak langsung berubah untuk sesuatu lokaliti.
__________________________________________________________________

Q: Apakejadahnya waktu berbuka puasa berubah-ubah beberapa minit?

A: Waktu berbuka saja kau kira ya. Waktu Solat lain kau tak ambil kisah pulak.
__________________________________________________________________

Q: OK fine! Kenapa waktu Solat 5 waktu berubah-ubah?

A: Waktu Solat adalah tetap mengikut kedudukan matahari. Waktu fajar, tengahari, petang, senja dan malam.

Yang berubah adalah masa pada jam. Perubahan ini berlaku disebabkan faktor pusingan bumi di atas paksinya, pusingan bumi mengelilingi matahari, kecondongan paksi bumi dan lain lain lagi.

Berbalik kepada persoalan. Kenapa waktu Solat berubah? Secara lebih terperinci?

Jangan risau, aku tak akan bercakap menggunakan bahasa halus astronomi. Aku akan cuba berkongsi dengan se-simple mungkin untuk mengelakkan kejadian otak-bersepah (brain-splatter) yang tidak diingini.

Perbezaan Masa Matahari


Rajah di atas menerangkan tentang "Equation of Time". Iaitu perbezaan masa antara jam matahari/sundial (alat yang menentukan masa berdasarkan kedudukan matahari) dan jam konvensional (jam digital, jam dinding, jam tangan).

Perbezaan ini berlaku kerana faktor orbit bumi vs matahari dan juga pelbagai variable lain yang tidak constant.

Dapat kita lihat, adakalanya waktu sundial adalah sehingga 16 minit lebih laju (November) dan adakala perlahan sehingga -14 minit (February).

Perubahan sudut pancaran matahari

Rajah di atas menerangkan inconsistency yang berlaku pada sudut pancaran matahari yang disebabkan oleh solstice dan equinox. Di mana cahaya matahari yang diterima bumi tidak sekata sepanjang tahun disebabkan kecondongan paksi bumi berbanding pusingannya.

Seterusnya, pengiraan waktu solat secara lebih saintifik memerlukan penggunaan formula yang berliku-liku tajam serta melibatkan variable-variable halus seperti latitude, longitude, timezone, equation of time, declination of sun etc.

(Contoh pengiraan waktu Solat Asar)

Kesimpulannya, perubahan waktu solat berlaku kerana faktor ketidak-samaan waktu/jam bumi dan waktu mengikut pengiraan kedudukan matahari. Termasuklah perubahan sudut sinaran matahari mengikut empat musim dan juga perubahan kedudukan matahari disebabkan orbit bumi.

Waktu Solat tidak berubah. Kerana ianya dikira mengikut pergerakkan dan kedudukan matahari. Sebaliknya yang berubah adalah waktu mean/average yang digunapakai tamadun manusia.

Maka terjawablah sudah misteri yang dikandung otak sejak dari kecil dahulu. Misteri yang tak berapa nak misteri, cuma malas mencari. Sila jangan ambil hati, tapi sebarkan kalau berani.


3 comments:

Comments