Buku Jalanan Jitra 3.0 (Galeri Gambar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri


Seperti biasa, kami mempersembahkan repot berkala pengajuran Buku Jalanan untuk yang kesekian kalinya.

Event kali ini dicemburui cuaca. Satu jam kami bertemankan sinar riang mentari, satu jam kemudian kami terperosok di bawah bumbung kerana hujan.

Kali ini kami berjabat tangan dengan Team ZineSatuMalam yang menganjurkan Puisi Satu Petang bertema zombie. Sayang sekali zombie-zombie tidak kelihatan kerana mereka takutkan hujan yang lebat tadi LOL.

Kami juga mendapat kunjungan khas dari blogger tersohor (!!?) Solihin Zubir. Kami amat terharu dengan kehadiran beliau disebalik cuaca yang agak buruk petang tadi.

Seperti biasa, sambutan amat menggalakkan. Walaupun dihambat lampiasan hujan, para pembaca tetap tekad tidak lekang dengan buku mereka. Malahan mereka turut menghulurkan bantuan meringankan beban (admin BJJ kurang 3 orang, balik kampung kot).

Terima kasih semua. Sila datang lagi penganjuran BJJ 4.0 seterusnya seminggu selepas raya Aidiladha nanti.


10 comments:

  1. Replies
    1. aku tadak dalam pic ni bro
      dalam poster zombie tu aku ada la
      teraju utama tepi tasik hehe

      Delete
  2. Bro,sorry bro..tak sempat nak menghadirkan diri..bz bebenor yeop.. ^_^

    ReplyDelete
  3. buat dalam usm tepi tasik. insya allah boleh saya dtg. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik lin study usm ka? ada sorang admin puisi satu petang ni student usm gak

      Delete
  4. Bhai Taufik...

    AlaMaMak.... sori.. gua tak sempat datang... hahaha.. jauh bhai... Terengganu nak pi Kedah... hahahaha... lain taun aaa...

    Wei.. nak tanya nih... camana nak anjurkan event mini macam nih kat tempat gua??? ader guide tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang saja bro. cari tempat2 lapang & santai & ramai orang
      bawak buku2 selori & susun sesedap rasa

      jgn lupa buat flyers & banner sama
      event ni sendiri2 saja, non-profit la katakan
      nak lagi senang mai melawat buku jalanan tempat lain
      cth ipoh, shah alam, padang kota, melaka, n9, pasir gudang dll
      tanya kat fanpage pon boleh facebook.com/bukujalanan

      Delete
  5. awat blogger tersohor tu nmpk baju ja?

    kah3.. tak payah nak tersohor sgt la. buat teghok bleh hang ni.. haha..

    ReplyDelete
  6. betoi apa? haha ok la tu nampak baju
    ada orang lain tak nampak apa haha

    ReplyDelete

Comments