Mak Nyah itu murtad dan kafir?



SEREMBAN – Keputusan empat mak nyah yang sebelum ini mendapat kebenaran mahkamah untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti wanita, akan diketahui 11 Oktober depan.

Dalam prosiding mendengar permohonan semakan kehakiman yang berlangsung semalam, Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti kes tersebut dengan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

Mereka, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 24, Shukor Jani, 25, Wan Fairol Wan Ismail, 27, dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 25, yang bekerja sebagai juruandam menamakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Pengarahnya, Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah, Ketua Pendakwa Raya Syariah dan Kerajaan Negeri sebagai responden.

Terdahulu, empat lelaki itu meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai, kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.

Mereka juga mendakwa seksyen itu juga melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, berhubung hak kebebasan terutama dari segi kebebasan memilih.

Menurut peguam pemohon, Aston Paiva, keempat-empat anak guamnya itu mempunyai laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa mereka ini secara psikologi mempunyai sifat kewanitaan lebih berbanding lelaki.

Responden diwakili Peguam Datuk Ishak Sahari dan Mohd Fairuz Iskandar.

Ulasan:

Persepsi Muslim Malaysia: Mak Nyah itu murtad dan kafir?

Empat orang Mak Nyah ini mendapat kebenaran mencabar Mahkamah Syariah untuk membenarkan mereka berpakaian seperti wanita. Katanya mereka ada hak kebebasan memilih gaya hidup.

Mereka ini Islam, dan sebab tu kes mereka di bawah Mahkamah Syariah. Ada suara sumbang kata "Dah nak jadi Mak Nyah, keluar Islam la".

Mak Nyah kelihatan sudah mula menunjukkan taringnya. Pak lebai pulak tak henti-henti mendabik dada mencerca mereka. Pejam celik esok lusa anak dia sendiri yang tergedik-gedik men-sotong-kan diri.

Kes Mak Nyah ini adalah satu contoh terbaik menggambarkan keterampilan Muslim Malaysia khususnya. Kita lebih selesa menyepak terajang hati dan perasaan golongan ini daripada cuba mendekati dan mendidik mereka.

Pandangan kita terhadap mereka tak pernah lekang dari duri kebencian. Lagi dipandang lagi dibenci. Kerana terasa diri itu lebih Islamnya dari mereka, si Mak Nyah umpama sampah yang hanya perlu dikais dengan kaki.

Si lebai suka benar berbincang hukumnya golongan ini men-sotong-kan diri. Haram itu neraka sini. Macam mereka pulak yang menentukan nasib orang lain. Nasib sendiri tidak terbela.

Orang kita lebih suka menghukum dari mengambil tanggungjawab mencari solusi.

Ada yang bagi alasan itu kerja kerajaan nak mendidik golongan Mak Nyah. "Kami kena berpolitik dulu nanti dapat takeover Putrajaya baru kami boleh berdakwah pada golongan ini". Paham-paham sendirilah sapa.

Sejauh mana usaha orang Islam ini membantu mereka? Tolong bantu membenci? Ditanam dalam hati kanak-kanak agar memulaukan golongan ini, oleh kerana diri sendiri yang geli.

Kenapa geli? Kotorkah mereka ini? Kena samak tak? Yang berkepit beromen tak boleh nak samak tu pon tak terkira banyaknya. Senang hati saja melihat mereka. Tapi bila datang Mak Nyah terus bermuntah-muntah kononnya jijik.

Masalah Mak Nyah ataupun Transgender ini jika diambil berat dari awal, aku pasti takkan wujud kes sebegini di mahkamah. Kita pandang masalah ini sebelah mata dari awal. Kita rasakan mereka ini tidak layak dibantu?

Suka aku menggunakan relative timeframe untuk melihat hala tuju permasalahan ini.

2012 - Mak Nyah mencabar mahkamah syariah
2016 - Mak Nyah jadi wakil rakyat
2020 - Jantina Mak Nyah menjadi pilihan dalam MyKAD

Melihat rentak tempo pemimpin masyarakat kini, aku rasakan semua ini tak mustahil. Bukanlah maksud aku untuk mengiyakan diskriminasi terhadap golongan Mak Nyah ni, tapi jika kita berterusan menunding jari kelak nanti yang merana adalah anak cucu kita sendiri.

Tulisan ini untuk menyedarkan tanggungjawab kita untuk mendekati dan mendidik. Bukan untuk menambah perisa ajinomoto kepada kebencian dan diskriminasi terhadap golongan ini.

Aku percaya semua masalah ada jalannya. Selagi kita tidak lari dihambat masalah segalanya kita mampu.

Come to an end, tahniah kepada yang baca sampai sini. Anda ada dua pilihan.

A: Teruskan persepsi negatif ini
B: Turut serta membantu golongan Mak Nyah untuk berubah



25 comments:

  1. susah persoalan Transgender ni,ia adalah masalah Naluri,psikologi,hormon,biologi dan kehendak.

    Memberi Kesedaran melalui Ajaran Agama ternyata gagal..Aku berpendapat kita harus mula mengunakan kaedah baru..Melalui teknologi dan teknik psikologi yang lebih berkesan.

    Contohnya,kita boleh suntik hormon teosteron kepada transgender dan penggunaan teknologi lain ditambah teknik psikologi yg mantap.

    Kita harus pandai memanipulasi sebarang kaedah sekarang bagi mengembalikan mereka kepada fitrah yang asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku penah cakap dulu, transgender ni penyakit
      kenapa kita bule bantu org sakit cancer, aids etc
      tapi transgender kita keji depa

      setiap penyakit ada ubatnya!

      Delete
    2. Betul Bro,setiap penyakit ada ubatnya..semua ini adalah penyakit! Golongan Aktivis je cakap benda ni bukan penyakit! kah3

      Golongan Agama lak,sekadar mencaci,menyisihkan golongan dan takutkan golongan ini dengan Azab2 yg buat golongan ni terasa KLISE apabila mendengarnya dan mulalah berfikiran "ah!lantaklah!".

      Golongan Transgender tahu apa yg dorang buat salah dan tahu apa azabnya kelak..tapi mereka tak boleh nak melawan kehendak naluri mereka..contoh macam kita orang Normal..lihat,kita nak nampak maskulin..berkehendakkan perempuan..mahu buat hubungan seks..itu semua Naluri semulajadi..so samalah macam golongan transgender..Mereka mahu dibelai..minat benda2 keperempuanan kerana mereka adalah perempuan terperangkap di dalam tubuh lelaki berdasarkan persepsi yang naluri mereka berikan.

      Sekarang sudah tibanya kita menggunakan kaedah saintifik dan teknologi sekiranya konsep kerohanian sudah gagal.(memang gagal)

      sekiranya kita boleh buat ubat Viagra tak kan kita tak boleh buat ubat yg boleh "BOOST" hormon maskulin dalam badan nyah.

      Keluarlah dari gaya tradisional dan klise bila berhadapan dgn golongan Transgender ni,sudah tibanya masanya kaedah teknologi mengambil tempat.

      Delete
    3. konsep rohani tu rasanya agak zalim kalau dikatakan gagal
      gagalnya muslim yang memegang tanggungjawab tu, bukannya nilai kerohanian itu

      tapi bab hormon tu aku agak setuju
      golongan mak nyah pon ramai yg telan hormon pompuan utk dapatkan kulit halus & shape bagai
      so buat in reverse saja la kot

      Delete
    4. Aku kata GAGAL sebab kita sendiri yang MENGAGALKAN nya.. Ia berbalik kepada kaedah dan komitmen kita apabila melaksanakan benda2 Rohani ni kepada golongan Transgender.

      Bagi Aku,terapkan dahulu kaedah teknologi dan perubatan Moden baru kearah kaedah Rohani.

      Baru betul,Aku kata macamni coz benda ni dah lama..tapi hasil tak ada.

      Delete
  2. tidak boleh utk mengkafirkan muslim lain..walaupun berbeza indetiti hidup.jgn hukum sewenang2 nya insallah jika di bimbing molek2 suatu hari dan ketika pasti sinar keinsafan tiba tapi kena lah byk ikhtiar nya.tuduhan jgn di lemparkan sesuka hati je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sad but true. itu ungkapan cliche menerangkan betapa mereka di diskriminasi oleh saudara muslim sendiri
      (tak sure encik Anon baca keseluruhan tulisan ini atau tak)

      Delete
  3. Bhai Taufik...

    Pergh... artikel yang penuh skema... hahaha ....

    Pada gua... ini bukan satu masalah... ini adalah cabaran kepada para "agamawan" untuk membuktikan bahawa mereka ader cara untuk mendidik dan mentarbiah pada lelaki lembut nih...

    Para daie dan pendakwah yang rasa diorang aderlah insan terpilih perlulah diarahkan untuk mendekati dan seterusnya membimbing para lelaki lembut ini kearah jalan yang benar..

    Jika para daie dan pendakwah ini berjaya, barulah mereka layak dinasabkan sebagai daie dan pendakwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam zek cakap, agamawan kalau dah buntu mencari jalan utk tangani masalah ni
      perlulah mereka berusaha mencari alternatif lain
      contoh hormon tu buleh pakai jugak

      p/s: memang artikel kat sini skema hendaknya haha

      Delete
  4. Nak tarbiah senang je. Ckp dgn diorg kalau diorg mati nanti rasa2 sapa nk urus jenazah diorg. Nk kata org perempuan yg uruskan, diorg ni dh terang2 lelaki ada kote. Nk org lelaki yg uruskan, badan muka tetek semua dah rupa perempuan. Our body our right la sgt. Dh mati nanti bukan right kau dah. Kalau rasa bila mati nanti boleh bgn balik dn urus, mandikan mayat sendiri xpela nk human right jd mak nyah ke bapok ke shemale ke lantak korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. garannya huhu
      kesian depa hg kata lagu tu Noob
      terasa hati, sekali dengaq saja depa blah terus hehe

      Delete
  5. entri yg best. macam lisa ramai geng maknyah ni dulu masa study. pernah dekatkan diri dgn mereka, tnye nape jadi mcm ni . dieorg cuma boleh cakap 'ko xpaham weh nape kiteorg jadi macam ni'.Kebanyakannya sekolah agama, belajar agama dr kecik dan tau dosa pahala tapi tetap jadi mcm tu. Bagi lisa la kite xleh nak sisihkan dieorang, cuba try berdakwah secara slow. tak berjaya takpe at least kite try dari kita duk caci, hina dieorg xtentu pasal..tapi jgn la kite duk sokong plak sebab mende yg salah ttp salah.

    btw, suka tang 'Kenapa geli? Kotorkah mereka ini? Kena samak tak? Yang berkepit beromen tak boleh nak samak tu pon tak terkira banyaknya. Senang hati saja melihat mereka. Tapi bila datang Mak Nyah terus bermuntah-muntah kononnya jijik' . setuju ! hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dulu ada roomate 2 orang macam ni. memang paham sangat dah. tegur pon berpada2 la jgn sampai jatuh air muka depa.
      3 taun duduk dengan depa, kuar makan dgn depa, study sekali, shopping sekali, beraya sekali itu ini dah nama pun kawan kan?

      mulut orang lain tak payah cerita la, gossip kalahkan pompuan budak2 laki ni
      sampai tahap org cakap sy ni anak ikan kah kah kah
      jeles gamaknya tengok sy lepak dgn geng2 lembut ni haha

      tapi I maintain straight & macho sampai ke hari ini ok hehe
      alhamdulillah makin hari depa makin berubah dah, lembut tetap lembut
      tapi tak macam dulu dah

      Delete
  6. caci maki saja dirimu > tiada approach untuk memahami mereka = gagal

    btw nice entri encek tfkg:)

    ReplyDelete
  7. Siapa yang akan jadi champion dalam isu ini? Adakah kita perlukan seorang ahli politik untuk berPROPA mengenai isu ini?

    ReplyDelete
  8. salam sejahtera semua,

    annur setuju apa yg zack dan taufik bincangkan,guna kaedah sains untuk pulihkan dorang ni..ttg persepsi masyarakat,kita sendiri cuma perlu berkawan dengan dorang...kawan sampai tahap kita da masuk dalam hati dorang...annur rasa kita tak perlu tanya kenapa dorang jadi cmni sebab soalan cmni for sure menyakitkan hati dorang...so kita biarkan smpai satu masa dorang cite sendiri masalah ni...masa tu baru kita berhak bagi pendapat dan nasihat...bila benda bermain dengan hati,banyak pantanglarangnya,setiap orang punya rasa malu,so kena jaga2..biar dia bukak cte,itu lebih berbudi bahasa...tugas kita berkawan je dgn dorang ni mcm biasa...bila sampai masa yg sesuai baru masuk jarum,time tu nak nasihat ke ape ke,terpulang...mungkin pendekatan ni agak lembut tapi inilah pendapat annur...maaf kalau berlainan dengan yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn cik nur
      Penerimaan dakwah adalah amat subjektif, orang kita dakwahnya kasar sekadar melepas bara api keji dalam hati. Bukannya mengajar mendidik.

      Sekali hambur terus golongan ini menjauhi pak lebai, sebab kata2 mereka menyakitkan hati, walaupun benar faktanya.

      Delete
    2. betul tu taufik,pahala dosa,syurga neraka bukan barang milik kita...menilai bukan kerja kita,kita berkawan mcm biasa,kan asas dakwah berkenal-kenalan...kepercayaan boleh diubah...guna pendekatan kasih sayang,itu lebih manis...

      Delete
  9. diorang ni sebenarnya ada je yang nak berubah.. tapi kene dengan caralah nak ubah diorang.. tak boleh nak herdik suka2 hati.. diorang ni sebenarnya konpius dengan identiti diri.. kesian diorang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, memang diakui diorang ni konpius dengan diri sendiri

      Delete
  10. sepatutnya mereka ni dibimbing, bukan di caci. lagi dicaci lagilah mereka akan carik golongan2 yang seangkatan dengan mereka and buat pertubuhan sendiri. dah ada pertubuhan sendiri makin banyaklah benda yang diorang berani cabar.

    sebelum jadi lebih seriuss, better dekati diorang dulu dengan cara yang halus. kalau menghentam bukan dapat apa. orang yang menghentam tu rasa diri sendiri baik sebenarnya..haiishhh

    mintak simpang kalau tahun 2020 nanty dah boleh pilih jantina yang dikehendaki. nanty petugas tanya, "awak mana satu, laki, perempuan, maknyah atau tomboy?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hentam tak dapat apa? dapat keseronokkan sebab ikut hasutan setan kan
      yg tak baik tu memang sedap

      Delete
  11. masalah agamawan di malaysia ialah mereka berpendapat diri mereka terlalu suci.

    ReplyDelete
  12. SURUH MAK NYAH TU PAKAI PAKAIAN SUKAN AJE..... SEBB PAKAIAN SUKAN SESUAI UNTUK SEMUA JANTINA..

    PAPAGOMO YG BERUK ITU PUN BOLEH PAKAI PAKAIAN SUKAN

    ReplyDelete

Comments