Kisah Upin, Seorang bayi buangan
Namaku Upin.
Aku seorang bayi lelaki. Aku baru lahir dari rahim ibuku yang amat aku sayangi. Aku sahut terjahan dunia dengan tangisan. Begitu juga ibuku, dan mungkin ayahku.
Gambar Hiasan |
Aku imbau air mata sayu ibuku. Dia berpesan lembut padaku. "Maafkan ibu, nak". Tumpah berjurai cairan dari mata ibu yang aku cintai.
Oh ibu. Tiada salahnya dirimu. Aku zuriatmu. Walaupun tidak ku tahu siapa bapaku.
Andai aku bersalah padamu ibu, maafkan lah aku. Aku sahut tangis mu dengan tangis ku bukan bermakna aku sedih. Aku mahu pujuk ibuku ini agar maafkan aku. Jangan tinggalkan aku.
Aku terus bermain pujangga minda sambil menanti hiba kedatangan kembali ibuku.
Kasihan ibu. Menahan derita melahirkan seorang bayi seperti aku. Terselerak riak wajah ibu, menahan sakit rentapanku dari rahimnya.
Malam mula berturap bayu embun sesejuk salju. Namun ibu belum kunjung tiba mendapatkan ku.
Oh ibu, kini bulan menjadi temanku. Terukir senyumannya walau jauh beribu batu. Ku harap ibu jangan menangis selalu. Contohi bulan ini, tak jemu menjambak bunga di wajahku.
Aku lihat satu makhluk. Halus bentuknya. Punya sayap tidak berwarna. Terbang melayang di kanan dan kiriku. Bukan satu tapi banyak benar bilangnya. Mungkin dia simpati denganku. Marilah berkawan denganku. Terhibur seketika dengan dengungan kawan-kawan baru ku ini.
Pedih. Kenapa kamu sakitiku. Bukankah kamu kawan-kawanku? Jangan kamu ulangi gigitan itu. Aku hanya ingin bermain. Bukan mahu bermusuhan denganmu.
Oh ibu, di mana kamu? Kawan-kawanku tidak henti-henti menyengat kulit gebuku. Air mataku berderu. Sedalam hati aku menjerit di mana kamu wahai ibu!
Sakit ibu. Tolonglah aku. Maafkan aku ibu. Jangan hukum aku. Aku berjanji akan jadi anak yang soleh buatmu. Aku berjanji akan sentiasa berdoa kepadamu. Aku bersumpah akan menyayangimu seumur hidupku ibu.
Bertalu-talu tanpa jemu kawan baruku merobek liang romaku. Puas aku kais. Bantulah aku, ibu. Tak mampu ku tahan lagi sakit ini ibu.
Ruas dingin malam mula menyucuk tulang belulangku. Aku lihat rakanku si sayap ini membawa segerombolan sekutu. Dari biasan cahaya rembulan, merah saga susuknya. Kecil amat sifatnya tetapi bertandang dengan rombongan yang berbilang angka.
Tangkas meliar makhluk ini menjalar di tubuhku yang tidak lebih sehasta ini. Bagai jarum, bagai api mereka mengupas luka merah bisa dari aksi si rakan bersayapku tadi.
Raungku menggegar sunyi. Air mata sudah entah berapa baldi. Namun ibu belum pun tiba lagi.
Barangkali ibu dikejauhan. Barangkali ibu sibuk mencari rezeki untuk masa depanku. Oh ibu, mulianya dirimu. Aku sayu mendapat ibu sepertimu.
Terus aku teriak sehabis kudrat. Aku mulai lemah. Dadaku mula lelah. Hatiku masih percayakan ibu akan datang kembali mendapatkan aku. Kerana ibu sayang aku.
Setiap saat berlalu, bagai menanti sepurnama menongkah waktu. Nafasku tersentap-sentap halwa dingin. Nipis benar udara yang masuk ke paru-paruku. Aku gagahkan jua dengusan memanggilmu ibu.
Terbakar rasanya kerongkongku. Mahu sahaja aku teruskan berteriak. Namun tiada suara lagi yang bernada. Hatiku tak henti memanggilmu ibu. Maafkan aku andai aku berdosa padamu. Aku percaya ibu akan tetap sampai mendapatkanku sebentar lagi.
Aku rasakan kaki sudah tidak bergerak walau sekuat daya aku meronta. Dingin sungguh rasanya. Aku lihat sahaja si makhluk merayap mengerumuni badanku. Terasa mereka bergerak hingga ke dalam rongga telinga dan hidungku.
Kian hapus ketipan halus yang memedihkan tadi. Mata yang kering ini meneroka setiap inci tubuh lebam lagi rabak ini. Terasa tenang walau kelihatan kulitku tercabik merata bagai diratah api.
Walau haus, lemah dan longlai, aku tidak jadikannya alasan untuk berhenti memanggil ibuku.
Setelah beberapa ketika, aku rasakan tubuhku membantah untuk terus meronta. Aku tidak kisah. Aku hanya mahu ibuku. Aku tahu ibuku sedang kemari untuk mendapatkan aku.
Aku terbayang nanti setelah ibu mendapatkanku, dia akan mengubati luka-luka ini. Ibu akan membelai kulit halus ini. Ibu tidak akan lupa untuk mengucup dahiku setiap pagi petang dan malam.
Akan aku sahut kedatangan ibu dengan senyum tawa, andai ku mampu. Berat amat kelopak mataku kini. Ku terus memanggilmu ibu walau terpejam gelap dalam dingin sunyi ini.
Tiada lelap, hanya menanti ibu datang menyelamatkan aku. Barangkali ibu terlupa jalan kemari. Ibu perlukan sedikit masa untuk sampai ke sini.
Berselang tautan detik masa, kedengaran tapak kaki berselerakkan. Oh ibu!
Ku teroka sekalian kudrat untuk membuka mataku. Walau tubuhku ingkar untuk bergerak, aku berusaha juga memaling kiri dan kanan mencari kelibat ibu.
Dalam selimut gelita aku melihat, bayang-bayang lembaga berkaki empat. Kepalanya tunduk, telinganya besar amat. Terkejut besar aku melihat, ada ekor pula melambai dari belakang.
Ini bukan ibuku. Apakah ia? Apakah makhluk ini cuba membantuku?
Cuba aku teriak untuk berikan isyarat. Namun ternyata kaku lesu tubuh tidak termampu. Makin dekat ia, kelihatan rancak bertema lidahnya terlejir keluar. Apa maknanya ini alamat?
Rapat mataku tutup. Aku rasakan dihidunya tubuh carik ini.
Aku tertolak, terpelangkup menyembah bumi. Kuat benar riang makhluk ini. Aku dengar dengusan bukan sekali. Langsung disusuli beberapa rangkap tapak kaki.
Lantas tubuhku direntap-rentap. Dihempas-hempas, terguling mengalir darah pekat. Hatiku terdetik, di mana ibu? Jangan biarkan aku begini ibu.
Tercengang urat nadiku berantakan dek tusukan taring makhluk itu. Dikais-kais cebisan kulitku dengan lahapnya. Tanpa gusar, makhluk itu memburaikan isi perutku. Lalu terhampar susur galur saluran pintal penghadamanku.
Tiada lagi air mata mengalir selain cecair hangat rona merah gelap. Aneh, beransur teduh hati ini mengingati ibu. Walaupun dia tiada kemari mendapatkan aku dikala ini. Aku tetap cinta ibuku.
Serentak tiba-tiba, aku berasa lega! Aku berasa sihat penuh kudrat.
Aku dongak lihat dari kejauhan, makhluk berkaki empat. Dimulutnya tergonggong perca tubuh kecil terlipat-lipat. Itu jasadku.
Susuk tubuh terkulai yang hampir tidak cukup sifat. Jejari halus mulus itu aku dapati kurang dari jumlahnya yang lima. Kejang terkujur dirobek rakus. Terlintang leher dengan cekaman, terlopong soket mata itu tanpa bolanya.
Aku redha ibu. Aku maafkan ibu. Aku sayang ibu. Aku cinta ibuku. Maafkan aku ibu andai aku berdosa kepadamu. Maafkan aku andai aku melukakan hatimu. Jika kedatanganku ke dunia ini bakal membawa binasa padamu ibu, aku relakan pergi.
Ibu tidak bersalah. Tidak sekali-kali bersalah. Jika ini takdirku, tiada apa aku usulkan selain redhaku. Wahai Tuhanku, sesungguhnya ibuku tidak bersalah. Dia amat menyayangiku. Dia mencintaiku. Aku tahu.
Ibu, kamu tak bersalah. Aku tahu.
Aku sayang ibuku. Moga Tuhan beri ketabahan padamu.
Namun berjanjilah padaku ibu, jangan kamu sekali-kali ulangi tindakan ini.
Berjanjilah untuk mendidik anak-anakmu yang lain menjauhi kehinaan ini.
Tapi mengapa ibu tinggalkanku? Mengapa ibu biarkan aku begini?
Adakah sebabnya ibu malu aku tidak punyai bapa yang sah?
Ataupun ibu dirasuk pemikiran masyarakat kuno yang hanya tahu menghukum?
Apakah aku ini terlalu hina untuk diterima oleh tamadun manusia yang beragama?
Adakah aku hanya layak dijadikan cemuhan komuniti berserban berjubah yang berpegang seruan Lillahi Taala?
Apakah ibuku tidak diberi bantuan untuk menjagaku seadanya?
Ke mana perginya keluarga tersayang ibuku dalam menghadapi kelahiranku?
Adakah dunia tidak mampu melihat insan sepertiku hidup normal seperti mereka?
Apakah ibu dicaci maki hanya kerana mengandungkan aku?
Kenapa ibuku perlu dihukum sedemikian rupa?
Mana perginya akhlak kemanusiaan sejagat kini?
Apakah kunci pintu taubat itu dipunyai manusia tidak berhati perut ini?
Aku tidak akan lahir tanpa bapa jika dakwah Tuhan yang Esa diagungkan ke serata dunia
Setiap dari kami yang terkorban, darah merah ini akan terpalit ke setiap muka kalian. Jangan berani sembunyi tangan.
Sekian dari bayi yang tidak berkesempatan diberikan nama, Upin hanya sekadar metafora.
Gambar Hiasan |
Alhamdulillah akhirnya siap juga tulisan ini. Harap anda beroleh manfaat membacanya
;'( sedihnya. tadi masa tengok paper hari ni pasal bayi buangan pun dah rasa sayu je. kenapa la ade jugak orang yg sampai ati nak buang bayi yg xberdosa ni. Sedangkan kalau kita, nyamuk nak gigit pon dah marah ni plak la anjing. Sekarang dieorang ni dah ada macam2 style.
ReplyDeleteBuang anak letak tepi tong sampah, hanyut dalam sungai, pam dalam tandas, bakar, campak dari tempat tinggi. Ape la lagi lepas ni agaknya? hum.
org kita ni lebih senang menghukum
Deletebukan mendidik. depa yg terlanjur ni takut sgt kena pulau
padahal anak tu ada hak utk hidup, walaupun bukan bersama mak bapak kandung
dunia Islam dalam dilemma
nak tolong/bantu ibu2 macam ni takut menjadi2 pulak kes anak luar nikah sebab macam dapat sokongan
kalau tak tolong, tak beri kesedaran nanti makin ramai pulak depa buang bayi
tu la. depa ni ada yang takut kena buang keluarga dari buang anak. tu yang pilih buang anak tu asalkan dieorang selamat sedangkan kat akhirat tu belum tentu lagi lepas.
DeleteMak bapak pun ada yg dalam dilema.
kalau buang anak sendiri sebab telanjur, nnt orang cakap zalim.
kalau trime anak sendiri lepas terlanjur, orang ckp mak bapak yg support.
kita sendiri pon dalam dilemma
Deletenak tolong pikir masalah ni macam tak ada solution
kesiannya upin... mcm mana pula dgn nasib ipin... tula mak bapaknya kalau dah terdesak sgt nak beromen pun pakai la kondom... kan tak pasal2 membunuh bayi yg tidak bersalah...
ReplyDeleteaku tulis ni sebab nak asingkan faktor si pelaku zina tu
Deletebukan aku nk cakap depa tak salah
tapi kita overlook peranan komuniti
diskriminasi & menghukum mrk ni
sampai bayi yg jadi mangsa
bukanlah nak menggalakkan lagi seks bebas
tapi nak cari solution utk kurangkan korban pembuangan bayi
salam sdr Taufik,hmm.sekali lagi.yang salah ttp salah.tapi dalam buruk ada baik.dalam baik ada buruk.susah nak cakap isu ni.bila keluar isu ni banyak watak akan muncul.watak penyelamat.watak penghukum,dan mcm2 watak lagi.tapi kalau annur,annur amek pendekatan kasih sayang.setiap yg berlaku pasti bersebab.tgok bagaimana persekitaran pelakunya.bagaimana keadaan familinya.semua benda kena amek kira.tapi bila bermain soal jiwa,berbudi bahasa pilihan annur.jiwa manusia banyak selok beloknya.dan setiap jiwa tak sama.jadi kena memahami.jadi pada site annur,annur pilih memahami.
ReplyDeletesaya suka sgt dgn pendekatan cik nur
Deletelain org lain caranya
guna kasih sayang memang terbaik
salam,
ReplyDeletesedih..
KLIK transformasi pendidikan mundurkan negara page
ok...tacing abes...vongok la 'ibu' tuh..grrr~
ReplyDeleteAdui.. sedih betul beb.. ada ramai pasangan yang nak zuriat tapi tak dapat.. ni dah dapat zuriat, dibuang mcm tu je..
ReplyDeletetu la pasal bro
Deleteaku pon ada kawan dah lama menikah tak dapat zuriat lagi
usaha2 tak henti nak dapatkan anak
hat dapat anak macam ni
p buang pulak isk3
betul..nk kurangkan pembuangan bayi ni, mmg kena sedarkan pelakunya
ReplyDeletetp dlm ms yg same, kena sedarkan mentaliti masyarakat yg suka jatuhkan hukum sesuka hati
pelaku maksiat dah satu hal
Deletepelaku buang bayi satu hal
masyarakat amik sifat berkecuali kononnya
menyakiti golongan ini dari mengubati depa
kesian kat bayi yang tak bersalah tu.. dia pulak yang menjadi mangsa atas kesalahan ibunya. bila la kes berzina n pembuangan bayi ni nak berkurang.. huhu >.<'
ReplyDeleteTuuuuuuuu.. ada blog bukan nk habaq kt membe2.. sombong gila hang.. kah3...
ReplyDeleteperghhh.. hang punya penulisan bleh buat novel Po oii..
@haz sy tgh tulis satu solusi radikal haha
ReplyDelete@solihin hang buat teruk
blog busuk ja segan nk habaq
mai la pollow kalau berani hehe