Kenapa Melayu kian binasa?

Antara Pemimpin Melayu Masakini

1. Umat Melayu hari ini sering mengeluh serta gusar dengan dengan perkembangan masalah keruntuhan moral bangsa sendiri.

2. Kadang-kadang ada yang menyuarakan rasa hairan mereka, kenapa sebegini teruk bangsa yang majoriti Islam ini? Di mana silapnya?

3. Masalah keruntuhan moral di Malaysia adalah meliputi:
  • Gejala maksiat
  • Seks bebas
  • Budaya mat rempit
  • Penagihan najis dadah
  • Kes buang bayi
  • Keruntuhan institusi keluarga
  • Kes samun dan rompak
  • Kes buang ibubapa sendiri
  • Penderaan kanak-kanak dan wanita
  • Gangguan seksual
  • Penyebaran bahan lucah
  • Gejala rasuah
  • Fitnah berleluasa
4. Masing-masing mulalah menunding jari, mencari salah orang lain habuan untuk menyedapkan hati sendiri.

5. Aku akan cuba bongkarkan satu tabiat Melayu yang memakan diri sendiri. Walaubagaimanapun, teori ini hanyalah daripada pemerhatian dan sedikit kajian aku terhadap bangsa ini.

6. Maaf, bukan bermakna aku berniat memburukkan bangsa Melayu. Aku cuma ingat mencari punca akar umbi permasalahan yang mereka hadapi hari ini.

7. Melayu sememangnya dianggap sebagai satu bangsa yang mengutamakan adab sopan dan tatacara.

8. Namun bangsa ini bukanlah maksum, mereka tidak terlepas daripada perilaku yang menyumbang kepada kejatuhan nilai moral mereka sendiri.

9. Teori aku mengatakan, Melayu gemar mendoakan kebinasaan sendiri.

10. Takrif “Doa” mungkin berbeza mengikut istilah kamus dari setiap pandangan peribadi kita. Doa sebenarnya tidak hanya tertakhluk kepada sebutan “Allahumma”, “Ya Tuhanku”, “Wahai Tuhan Kami” dan lain lain.

11. “Your beliefs become your thoughts, your thoughts become your words, your words become your actions, your actions become your habits, your habits become your values, and your values become your destiny.”

12. Quote di atas seringkali aku gunakan untuk merealisasikan hubung kait antara “words” (perkataan) dan “destiny” (takdir/nasib) dalam kehidupan.

13. Dalam Islam, kita diajar tentang Doa. Setiap kali selesai solat, kita digalakkan berdoa. Setiap kali memulai sesuatu perkara juga kita disarankan berdoa kepada Allah.

14. Tahukah anda bahawa antara doa yang paling mustajab adalah doa kepada orang lain/saudara tanpa pengetahuan mereka? Kerana doa sebegini amatlah ikhlas.

15. Namun apakah kaitan antara doa, perkataan, takdir dan keruntuhan nilai moral umat Melayu kini?

16. Majoriti Melayu (pada pemerhatian sendiri) lebih selesa memberikan respons negatif pada pelaku sesuatu perkara yang tidak bermoral.

17. Sebagai contoh, kes buang bayi, anak luar nikah dan seks sebelum nikah. Rata-rata umat Melayu menghina dan mencemuh mereka ini SEIKHLAS HATI.

18. Adakah salah menghina, memaki hamun, mencerca pelaku aktiviti tidak bermoral ini?

19. Adakah menghina mereka dapat menyelesaikan masalah ini?

20. Tahukah anda apakah kata-kata keji yang dihamburkan kepada golongan pelaku kesalahan ini? (Mungkin majoriti mereka melayu juga)

21. Aku terpaksa senaraikan contoh-contohnya untuk tujuan kita belajar menteladani:
  • Haram jadah
  • Anak haram
  • Tak ada otak
  • Babi
  • Anjing
  • Bangang
  • Bodoh
  • Tak ada masa depan
  • Padan muka
  • Kecik-kecik taknak mampos
  • Tua ganyut
  • Seksi tak ingat dunia
  • Bebal
22. Ini hanya sebahagian kecil “doa-doa” ikhlas yang berkumat kamit di mulut umat Melayu ketika mereka memberikan respons spontan terhadap perkara sedemikian rupa.

23. Doa-doa ikhlas inilah yang aku maksudkan dalam diam menjadi sebati dengan isi dan darah yang mengalir keseluruh urat nadi Melayu.

24. Perkataan sebegini umpama menjadi makanan ruji bangsa ini. Sekaligus menyukarkan mereka untuk mengelak dari tidak menyempurnakan hidangan cerca maki ini setiap kali mereka di provoke.

25. Baik yang tua, muda, tinggi, rendah, alim mahupun ilmuan amat mudah terdorong untuk turut sama berganding bahu menggembeleng usaha untuk bersama-sama menjayakan semangat syaitan ini.

26. Rangkap-rangkap keji ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa ketidak-mampuan umat Melayu untuk memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah ini bahkan mereka juga menyumbang kepada kehancuran diri sendiri.

27. Usah persoalkan kenapa Allah makbulkan doa ini kepada bangsa itu sendiri. Sebaliknya carilah hikmah disebalik akhlak dan kejumudan bangsa ini menerajui konflik kendiri.

28. Umat Melayu perlu akur dan menerima hakikat bahawa ini adalah satu ujian, satu musibah buat mereka.

29. Mereka perlu jelas menerima kenyataan bahawa kini mereka berada dijurang kejatuhan moral yang amat hina. Mereka sedang mengharungi satu ujian yang dahsyat.

30. Mengikut resmi insan, setiap kali diuji kita akan kelupur mencari yang Maha Esa. Terpaku sujud mencari keredhaan Allah SWT. Serta bermuhasabah mencari salah dan silap kafarah dosa silam.

31. Bayangkan kita diuji hebat oleh Tuhan. Kita akan mulai merasa kerdil. Terumbang ambing oleh lautan tipu daya dunia. Kita mula sedar tiada lagi capaian dapat kita tautkan, selain Tuhan yg Esa.

32. Teori ini hanyalah hasil pemerhatian dan sedikit kajian jahil dariku.

33. Aku tak minta dipersoalkan kesahihan teori ini. Tapi aku mohon agar terima kenyataan:

Bangsa Melayu kini sedang berdepan dengan musibah hasil air tangan sendiri



17 comments:

  1. Bhai Taufik...

    Dari aper yang gua dapat simpulkan hasil penelitian terhadap gambar Najib Razak yang lu publishkan tue... ini dier jawapannyer...

    "Saiz sebelah dier jer dah besar nih" - Najib Razak

    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar najib pulak dimodalkan haha
      saspens tadi ingatkan bro nk komen apa

      Delete
    2. saiz apa tu encek bai cpelaspelas?
      mohon pencerahan..

      Delete
  2. Tapi melayu tetap lupa...itulah sejarah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayu yg lupa adalah musibah kpd melayu yg lain

      Delete
  3. semua ni Simpton inferiority complex je Bro.

    Simpton yang dimomokkan secara mitos sejak awal penjajahan bangsa asing sampai sekarang menjadi Realiti.

    Walaupun aku suka mengkritik bangsa aku,aku suka mengkritik kearah yang positif walaupun gaya penyampaian aku brutal.

    ReplyDelete
  4. kamu tertinggal beberaoa perkara yang AMAT PENTING- sikap tak peduli, malas mencari ilmu, malas berfikir, kurang atau tiada kesedaran.

    kaum lain dah maju ke depan, kaum kita masih fikir pasal hantu, cerita2 karut dan hiburan. mindset begini membunuh kaum melayu. orang kita tak sedar dan tak peduli betapa pentingnya mununtut ilmu (tak kiralah ilmu utk dapat sijil atau sekadar ilmu pengetahuan am) dan berfikir menggunakan akal logik.

    memang sukar nak lepaskan diri dari belenggu minda sebab sejak kecil kita diajar supaya menerima bulat2 apa yg org cakap (org yg lebih tua e.g. cikgu) dan tak banyak bertanya. tapi ini bukan alasan utk terus hidup dalam kejahilan.

    selagi kita tak ubah cara pemikiran, selagi itulah melayu makin layu. first step utk bebaskan diri dari kejahilan ialah rajin mengkaji dan membaca. zaman sekarang maklumat di hujung jari. tinggal nak guna akal je utk bezakan betul atau salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikap tak peduli
      memang ada niat nak tulis
      mazhab baru umat melayu: mazhab aku-tak-peduli
      senak jugak nak bincang ni
      terasa dalam

      pinjam input cik pipi

      Delete
  5. Kita jarang mengkaji dan menganalisis adakah nasi lemak atau roti canai itu bagus. Kita hanya tahu ia murah dan sedap lalu terlena dalam kesedapan. Hingga apabila kita terjaga, kita hanya menunggu mati akibat kandungan kolestrol yg tinggi. Manusia perlu keluar dari kebiasaan yg membinasakan. :)

    *dah tukar font.kehendak sendiri sbb dah dapat cari HTML.

    ReplyDelete
  6. jangan lupa jugak Melayu ni lalai asyik tgk citer cinta cinta cinta dan hantu je yg byk..korang perasan tak byk filem dan drama kat malaysia ni terutama citer melayu asyik tema cinta je..melemahkan akal melayu

    ReplyDelete

Comments