Fungsi Otak Melayu yang Ajaib!

Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas




Pernah tengok otak manusia? Pernah tengok apa ada dalam otak manusia?

Sebenarnya, kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya yang sedang berkampung di dalam otak umat Melayu.

Aku cuma ingin mengingatkan kembali, re-fresh bak kata orang kampung. Bukankah ramai yang mengaku "Melayu mudah lupa?"

Penafian:

Tiada cubaan untuk memperburuk/menghina/membontotkan maruah mahupun ke-maksum-an umat Melayu se-Malaysia. Ilustrasi di atas adalah bertemakan pendidikan.

24 comments:

  1. Bhai Taufik...

    Nasib baik la gua bukan Melayu.... hahaha... kalu tidak mesti kapla otak gua sepesen jer ngan Ibrahim Ali atau Hassan Ali... hahahaha

    ReplyDelete
  2. Oh... poyonya. Sampai bila mahu tertipu dan terpesona dengan diri sendiri sedangkan sunnah Rasulullah SAW itu yang utama. ;)

    thanks bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes tepat!
      sunnah rasulullah kena tanam kat otak2 ni
      akhlak & perilaku nabi kena contohi
      sebab sebaik2 apa yg diajarkan dalam Quran telah ditampilkan oleh keperibadian nabi

      Delete
  3. teknik saling mengingat dah tak relevan,teknik secara 'BRAINSHOCK" lebih baik kerana kita kena kasi 'BOXING" baru ramai nak sedar.

    Sepatutnya ilustrasi soal politik dan hiburan tu ko kena buat besar skit coz obsesi Umat Melayu adalah kepada 2 benda ni.

    Sampai sekarang aku tertanya2..kalau umat Melayu ni amat Agresif soal Politik,kenapa "KEAGRESIFAN" tu tak disalurkan dalam bidang perniagaan?

    Nak kuasai negara ni adalah melalui ekonomi bukan politik coz dengan ekonomi lah orang akan takut dengan kita.

    Lihat di Amerika..Para Kapitalis yg pegang Whitehouse..Presiden Boneka je..Lepas kita kuasai ekonomi..serius hilang soal Rasis..siap kita boleh hapuskan sistem ketuanan Melayu.

    Sekarang aku tanya kau Bro,Tak kan kita nak tunggu Kerajaan bertukar tangan baru Umat Melayu nak boleh maju?kenapa tak mulakan sekarang?itulah akibatnya hampir 99 percent nak sibuk berpolitik..macam aku cakap dulu..orang melayu berani cari makan di sektor politik,agama,gomen dan makanan..itu jelah yg Melayu berani tinjau.

    Nak ubah bangsa ni adalah dengan bermula hapuskan fahaman politik taksub,minda yg terjajah dgn hiburan dan kefanatikkan dalam Agama..dan budayakan perniagaan,perniagaan,perniagaan adalah perkara pokok baru lepas tu politik dan last baru hiburan.

    Itu je kita kena buat,kita kena bertindak secara REJIM kalau tak macam tu lah sampai bila2 bangsa ni tak berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu ke-agresif-an melayu dalam bidang hiburan vs perniagaan
      terbaik gak tu bro. Melayu kita kelupur nak masuk af nak masuk segala macam reality tv show. nak kejar glamor

      tapi np depa tak kejar bisnes instead of keja gomen saja
      well, tak salah pon nak keja gomen, tapi apa kes sampai fobia nak masuk private sector. sampai sanggup mensyirikkan Allah katanya rezeki ni gomen yg bagi

      Bab rejim ni aku kurang setuju. tapi aku hormat pendapat bro
      mungkin kena tafsirkan lagi apa maksud bro dgn pemerintahan regime, pro & contra

      btw, kita memang takleh harapkan pertukaran kerajaan utk ubah otak2 melayu ni
      kita sendiri kena start, ramai lagi dok lena ntah bila nak jaga


      Delete
  4. salam,

    suka buang masa, dengki mengumpat, semua nak jalan mudah, belajar malas tapi nak kerja gaji besar, nak kaya cepat tapi malas usaha kikiki ^^

    KLIK 6 tuntan rakyat kepada cuepacs

    ReplyDelete
  5. aku bangga dilahirkan melayu islam..aku sentiasa berdoa agar otak aku dan bangsaku yang lain terhindar dengan segera dari penyakit2 seperti yang tertera..aku nak jepunkan, koreakan, cinakan, baratkan otak aku tanpa mengubah teras islamnya amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in realiti setengah2 melayu takkan aminkan doa ni bro
      takut katanya, takut hilang melayu hilang jalan ke syurga
      ni kalau zek tau aku cakap ni mesti dia marah hehe

      Delete
    2. Aku Melayu Bro,buruk baik bangsa ni aku kena telan..walaupun seburuk dan segampang mana pun bangsa aku ni..AKU TAK MALU NAK MENGAKU MELAYU bro..dah Tuhan jadikan Aku Melayu..so buatlah cara Melayu tak kan nak buat cara ARAB kot..hahhaa

      Delete
  6. well... aku kagum jap dengan mind map yg ko buat nih... ko pakai software apa buat tu photoshop ke... kalau nak ikutkan byk lagi tapi nanti tak muat pulak nak sumbat semua ye dak hahaha... tapi kadang2 bila kita cakap soal realiti, ada yg cakap kita ni menghina dan memburukkan maruah melayu... tapi dalam tak sedar elemen2 dalam gambarajah otak kat atas tu sendiri sebenarnya yg menjatuhkan maruah melayu itu sendiri... mcm ko tulis kat atas tu dan biasa kita dengar...

    ali: abu, apsal kau lambat ni, janji pukul 10? sekarang dah pukul 10.45 dah ni...
    abu: ala biasa la, janji melayu maaaa...
    ali: hahahaha

    tapi bila kita cakap org melayu ni tak tepati masa:

    samad: org melayu mcm ni la... susah nak tepati masa
    ali & abu: samad kau jgn nak hina bangsa melayu!!!!
    samad: ??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pakai potosop la encik noob
      bukan reti sangat, buat try and error ja
      lama gak baru siap

      memang betol pon
      ada banyak lagi yg tak muat nak highlight dalam ni haha
      cth berpuak2, racist, selfish etc

      benda ni based on kepala otak melayu tu sendiri utk terima atau tak
      sama ada nak menganggap benda ni sebagai offensive atau pon constructive

      Delete
  7. Ko pernah baca puisi Usman Awang tajuk Melayu, walaupun pernah jadi kontroversi tapi aku rasa banyak betul juga tetang perangai orang melayu. Masalahnya, ramai yang tak terima hakikat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penah baca, tak ingat mana satu yg bro mention kontroversi tu
      nak highlight perangai memang tak susah mana
      ada mata lihat ada hati terasa

      nak mengubahnya sikap melayu ni bukan kepalang susahnya
      tengok lah kita dah 50 tahun dah merdeka
      berubah sejengkal pon belom tentu ada

      Delete
    2. Memang lah susah nak ubah gaya mentaliti dan pemikiran Umat Melayu ni Kerana kita baru Bebas dari belenggu penjajahan selama 400 tahun.

      400 Tahun bukan masa yang singkat,Bayangkan selama 400 tahun Umat Melayu didoktrin sebagai bangsa pemalas,bangsa tak tahu buat jarum,bangsa duduk dalam hutan makan ubi kayu,bangsa tak tahu berniaga,bangsa yang bodoh.

      Nak kejutkan bangsa yang baru 55 tahun yg baru kenal erti kebebasan bukanlah senang,ditambah dgn kita tiba2 terpaksa bersaing dengan Kaum lain yang dah lama establish dengan pelbagai kemudahan semasa sistem devide et empera..ditambah dengan petualang2 yg mengkhianati bangsa sendiri,pengambil2 kesempatan dan para musang berbulu ayam..bukanlah senang kerana MENTALITI bangsa ini masih jauh tertinggal.

      sekiranya 400 tahun kita dijajah,mungkin baki 345 tahun lagi baru kita benar2 bebas dan sedar..kita masih dalam struktur pembinaan jati diri dan keyakinan.

      Aku cuba lari dari memberi komen KLISE bila membincangkan kelemahan umat Melayu..dan seperti biasa..aku dah boleh agak gaya2 komen dari pengomen bila bercakap soal Bangsa sendiri. ^_^

      Delete
    3. Aku dalam pemibikinan satu artikel How To yg praktikal utk umat melayu praktikkan supaya keluar dari kepompong mentaliti kuno ini.

      Ada gak input2 aku ektrak dari komen bro. Kalau nk bg sumbangan amatlah dialu-alukan :D

      Delete
    4. hahaha,Bro kalau kau nak buat sesuatu contohnya artikel..ko kena berfikir di LUAR KOTAK,keluar dari arus pemikiran MAINSTREAM..sentiasa berfikiran opposite..(Kau dah ada ciri2 tu cuma kau terlalu masih berpegang kepada arus perdana)

      Contohnya "Melayu tak reti buat jarum",ko fikir lak..kalau tak reti buat jarum tok nenek moyang aku dulu telanjang ke tak pakai baju? contoh bila kita berfikiran di luar kotak.

      Itu yg aku amalkan bila mengeluarkan pandangan..Aku berpegang "sentiasa berbeza dengan suara majoriti".

      Serius Bro,aku tak reti nak buat artikel macam korang..So apa yg aku boleh buat berikan pandangan2 yg lain dari yg lain jelah..hehehe

      Delete
    5. admin pinjam gambar...aku skali kn nukilan usman awang...bleh ye

      https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4407415858426&set=a.2120017914907.119009.1079561144&type=1&theater

      Delete
  8. Saya kurang setuju. Tidak adil penulis hanya melabelkan keburukan otak Melayu.
    Penulis tidak boleh bias dalam mengemukakan idea. Gambar di atas menunjukkan penulis amat negatif dengan bangsa Melayu.

    Mungkin penulis bukanlah dari kalangan bangsa Melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro lu nk "BurtHURT" kenape ? Ini cara nak brain wash bangsa melayu yg sombong bodoh . Jangan terase jika anda bukan golongan dalam gambar tersebut sila terima dari segi positif . Aku melayu , dan ak rase sangat betul apa yang gambar kat atas tuh cube buktikan . Aku kerja kat department marketing bole beza bangsa melayu ngn mentality kaum lain . SEKIAN TERIMA KASIH

      P/s :ak rase admin nih melayu yang terselamat dari golongan kat atas tuh haha (termasuk ak la)

      Delete
  9. Itulah Otak Melayu. Sebab tu melayu kena kahwin kacuk. Baru berkembang otaknya...kalau melayu tulen, ni la gaya pemikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori Melayu kacuk ni terbukti berkesan ka? Mohon berikan data statistik

      Delete

Comments