Salam Eidul Mubarak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syawal bakal menjelang tiba membawa seribu satu pengertian. Dekat2 nak raya ni makin busy pulak rutin aku. Oleh sebab aku risau tak sempat post entry ni malam raya so aku post siap2 lah.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan blog, sama ada dari golongan awek, balak, mak budak, bapak budak mahupun budak-budak dan yang sewaktu dengannya. Harap anda berbahagia bersama dengan orang yang tersayang.

Bila nak raya ni, aku selalu dengar ramai orang mengadu berbunyi begini, "Raya tahun ni dah kurang best", "Raya la ni dah tak meriah macam dulu" itu ini dan sebagainya.

Tips mudah untuk memeriahkan kembali perayaan yang anda rasakan sugul ini, adalah dengan memeriahkan Hari Raya orang lain yang kurang bernasib baik. Dengan melakukan aktiviti sedemikian, kita akan belajar mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhitung ini.

Sebagai manusia, dalam tak sedar kadang kala kita ni lupa akan nikmat Allah, mujurlah kita ada berjuta-juta insan lain yang sentiasa menyedarkan kita dari lamunan ini.

Sekian. Selamat beraya dan hati-hati memandu di jalan raya!

(nota kaki: kuih raya kegemaran aku adalah tat nenas xxl)

4 comments:

  1. selamat hari raya jugak bro... siap tulisan yahud pun ada balik tel aviv ke hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kembali kpd encik noob
      Tel aviv tu kampung seberang hehe

      Delete
  2. Bhai Taufik...

    Selamat Menyambut Yom Kippur... hahaha

    ReplyDelete

Comments