Orangnya pakai Serban, tapi Drive kereta macam Syaitan!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri
Adapun si syaitan itu mungkin tidak pernah memandu kereta, mahupun lulus ujian mengambil lesen memandu. Namun, itu tidak memberi jaminan bahawa umat manusia sejagat terpelihara dari gejala pemanduan persis iblis?
Gejala pemanduan iblis kini makin menjadi-jadi di bulan Ramadhan. Kita boleh lihat menjelang petang, jalan raya mula sesak dengan jutaan kenderaan dua, tiga, empat mahupun sepuluh roda. Di saat ini jugalah semangat ke-syaitan-an yang membuak-buak dapat kita hayati dengan lebih jelas.
Pada awalnya, aku berniat untuk menulis tentang pemanduan yang tidak Islamik. Tetapi aku sudah boleh jangkakan bahawa ketua-ketua syaitan telahpun mengarahkan para bala tenteranya menghasut umat manusia (muslim khususnya) untuk tidak mengambil peduli asas tatacara keberadaban Islami ini.
Gejala pemanduan tidak Islamik ini dapat dibezakan dengan konsep pemanduan disaat kecemasan. Contohnya ketika darurat, peperangan, bini nak bersalin, kematian & jihad Islam mungkin?
Pemanduan tidak Islamik dapat dikaitkan dengan ciri-ciri berikut:
1. Menyusahkan/menzalimi hak pengguna jalanraya yang lain.
2. Mengancam nyawa dan kesejahteraan pengguna lain.
3. Pemanduan yang melalaikan tanggungjawab Islam.
4. Pemanduan sambil beromen/berkhalwat.
5. Pemanduan yang bertujuan jahat/membawa kemudharatan.
6. Pemanduan yang memutasikan kesejahteraan keluarga.
Termasuk juga pelbagai lagi unsur-unsur yang tidak Islamik yang menyelit masuk dalam pemanduan kita.
Penyalahgunaan ini tidak tertakluk hanya kepada pengguna kereta sahaja. Ia juga meliputi pengguna motorsikal, SUV, MPV, lori, van, trailer panjang, dan basikal?
Contoh situasi pemanduan yang menghangatkan hati:
Seorang Tok Guru agama dengan serban putih di kepala memandu dengan kelajuan yang amat lembap dan berada di sebelah kanan jalan tanpa sebab-sebab munasabah yang boleh melunturkan iman dan taqwa beliau. Tindakan ini mengundang kepada ganguan dan kejahanaman hak pengguna jalanraya yang lain. Mungkin beliau sedang khusyuk bertasbih bertahmid memuji keindahan alam sambil disahut carutan caci maki saudara se-muslimnya yang mengekor di belakang.
Seorang suami mithali memandu Myvi SE persis Bumble Bee (Chevy Camaro Transformers) dengan kelajuan yang menggegarkan otak anak-anaknya yang berada di tempat duduk belakang. Tahap kelajuan ini juga boleh membuatkan bini beliau yg berada disebelah, tidak henti-henti mencarut kepadanya pada kadar 256 patah perkataan seminit. Selain itu kelajuan tinggi ini juga berpontensi tinggi untuk memecahkan kepala dan memburaikan isi perut mereka anak beranak sekiranya berlaku impact head-on collision (seperti yang selalu didoakan oleh pengguna jalanraya yang lain ketika melihat kepelisetan pacuan Myvi SE ini)
Seorang pemuda di bawah pengaruh Need For Speed: Satanic Revenge sedang memacu Honda Civic pekak beliau dengan penuh keterampilan. Pemanduan beliau yang semestinya melebihi 180km/h dan ditambah dengan skill membelok & menyelit yang amat merbahaya ini akan mengundang kecelakaan bukan hanya pada beliau, bahkan kepada pengguna jalanraya yang lain.
Contoh lain berupa penginkaran peraturan jalanraya juga boleh diklasifikan sebulu dengan kes ini. Ia termasuklah kebutaan mengharungi lampu isyarat merah, kebebalan memotong dilorong kecemasan, kepondanan dalam memotong barisan, kedunguan meletak parkir dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Sejujurnya, terdapat banyak lagi contoh pemanduan di bawah pengaruh iblis ini. Tidak dinafikan kita sendiri juga telah beberapa kali terjebak dek kenipisan iman yang tak dapat diwarisi ini. Kesalahan yang kadang kala diperlakukan pada kadar yang tidak sengaja ini dapat diusulkan pengampunan.
Aku sendiri mengaku penah terjebak dalam gejala ini dan sesekali juga mendoakan kecelakaan syaitan jalanan ini memperlihatkan kesyahduan perilaku mereka di pentas jalanraya.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama berjihad menentang kerakusan nafsu yang disalurkan kepada kuasa tujahan kenderaan masing-masing. Marilah kita hindari gejala kesyaitanan yang makin berleluasa ini.
Ramai yang berdoa ketika memulakan perjalanan, tapi berapa ramai yang menghayati dan mengamalkan intipati doa itu?
“Kalau yang accident mati tu orang lain tak apa,
Tapi kalau yang mati tu ibu, ayah, isteri, laki, anak sendiri baru hang berakai”
Adapun si syaitan itu mungkin tidak pernah memandu kereta, mahupun lulus ujian mengambil lesen memandu. Namun, itu tidak memberi jaminan bahawa umat manusia sejagat terpelihara dari gejala pemanduan persis iblis?
Kalau syaitan guna kereta? |
Pada awalnya, aku berniat untuk menulis tentang pemanduan yang tidak Islamik. Tetapi aku sudah boleh jangkakan bahawa ketua-ketua syaitan telahpun mengarahkan para bala tenteranya menghasut umat manusia (muslim khususnya) untuk tidak mengambil peduli asas tatacara keberadaban Islami ini.
Gejala pemanduan tidak Islamik ini dapat dibezakan dengan konsep pemanduan disaat kecemasan. Contohnya ketika darurat, peperangan, bini nak bersalin, kematian & jihad Islam mungkin?
Pemanduan tidak Islamik dapat dikaitkan dengan ciri-ciri berikut:
1. Menyusahkan/menzalimi hak pengguna jalanraya yang lain.
2. Mengancam nyawa dan kesejahteraan pengguna lain.
3. Pemanduan yang melalaikan tanggungjawab Islam.
4. Pemanduan sambil beromen/berkhalwat.
5. Pemanduan yang bertujuan jahat/membawa kemudharatan.
6. Pemanduan yang memutasikan kesejahteraan keluarga.
Termasuk juga pelbagai lagi unsur-unsur yang tidak Islamik yang menyelit masuk dalam pemanduan kita.
Penyalahgunaan ini tidak tertakluk hanya kepada pengguna kereta sahaja. Ia juga meliputi pengguna motorsikal, SUV, MPV, lori, van, trailer panjang, dan basikal?
Contoh situasi pemanduan yang menghangatkan hati:
Sejujurnya, terdapat banyak lagi contoh pemanduan di bawah pengaruh iblis ini. Tidak dinafikan kita sendiri juga telah beberapa kali terjebak dek kenipisan iman yang tak dapat diwarisi ini. Kesalahan yang kadang kala diperlakukan pada kadar yang tidak sengaja ini dapat diusulkan pengampunan.
Aku sendiri mengaku penah terjebak dalam gejala ini dan sesekali juga mendoakan kecelakaan syaitan jalanan ini memperlihatkan kesyahduan perilaku mereka di pentas jalanraya.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita bersama-sama berjihad menentang kerakusan nafsu yang disalurkan kepada kuasa tujahan kenderaan masing-masing. Marilah kita hindari gejala kesyaitanan yang makin berleluasa ini.
Ramai yang berdoa ketika memulakan perjalanan, tapi berapa ramai yang menghayati dan mengamalkan intipati doa itu?
“Kalau yang accident mati tu orang lain tak apa,
Tapi kalau yang mati tu ibu, ayah, isteri, laki, anak sendiri baru hang berakai”
Kah kah kah sempoi lah bro artikel lu ni bro,mula2 wa ingat hmmm "luahan hati klise" lah tu tapi aleh2 pergh mantop bro!
ReplyDeleteKo leh jadi penceramah jemputan kat pusat Memandu ni.hehehehhe :DD
meresponse kepada artikel kau kali ini...semua persoalan,kritikkan,luahan hati,nasihat dan intipati artikel ni kembali kepada persoalan MENTALITI Bro..Kalau Mentaliti tetap under cimpanzi brain..tak kemana jugak bro.
Lajunya bro mai komen. Artikel ni dah lama aku tulis dalam hati. Baru tadi aku cuba tulis kat notepad & transfer ke sini :D
DeleteJgn la puji den lelebih. Batas puasa aku nanti hahaha
Meresponse kpd komen mentaliti bro:
Sama seperti iman, MENTALITI juga tak dapat diwarisi. Tapi kita bule belajar/menteladani org lain untuk meningkatkan mentaliti.
Jgn pulak silap org p buat teladan. Nanti takut2 kita mencimpanzikan lagi mentaliti sendiri haha
Gaya bahasa dan aturcara pemikiran kau apabila menekan papan kekunci ni buat aku dari dahulu syok berkunjung kat blog ko ni Bro..Pujian sebegini memang patut kau dapat. ^_^ jangan malu2...hhihihi
DeleteMeresponse kepada ulasan Bro:
Walaupun Mentaliti tak dapat diwarisi persis seperti iman,ia boleh dibenih Bro masuk ke dalam saraf tunjang minda..Sama ada secara pasif atau aktif melalui kaedah2 penulisan yang membekam kedalam sistem pernafasan paru2 yg membawa oksigen ke otak.
Sama2lah kita tidak mencimpazikan diri2 agar dunia tidak menjadi seperti "planet of the apes" yang dipenuhi manusia2 yg bertabiat beruk di hutan batu penuh durjana.
budaya macam ni dah senak dalam diri malaysian
Deletekalau masa amik lesen memandu, lampu oren maknanya kena sedia untuk berhenti, la ni lampu oren maknanya kena tekan minyak perabis..
Bhai Taufik...
ReplyDeleteHuh... satu komentar yang mantop lagi menerujakan... Tahniah... skema ayat yang lu gunakan menggunapakai piawaian Dewan Bahasa dan Petaka... hahaha...
Fakta yang betul diulas secara ranggi tapi masih dibawah radar Akta Keharmonian Nasional.... hahaha
Thumb up.
Tq encik C++ yg dihormati
Deleteencik pon apa kurangnya, hebat gak memadu kasih dengan kata-kata
cewahh hahaha
Bro cipan,ko punya karangan ayat skema pun sempoi..sebenarnya aku lebih suka baca karangan yang panjang2 dari pendek2..tolong lah buat karangan 1 ribu perkataan yg mantop2 hihihih.
DeleteTapi by the way..dekat dunia Blog ni..Aku memang suka Gaya pemikiran korang 4 orang..Noob,taufik,cipan dengan Nazha..korang semua memang sempoi..heheh
encik zek ni bila nak bukak blog
Deleteaku dah offer aritu jadi guest writer takmau ka?
kesian si anon2 tu bertempiaran nak tibai hang haha
Wakakaka..Bukan tak nak jadi..Otak aku jadi tepu bila nak jadi pengarang ni..hehehhe
DeleteOk,kalau aku sudi buat satu artikel..macamana aku nak hantar artikel tu? aku ni bukan pandai bab2 blog ni..bhahahah
Ha aku pon taktau sangat bab ni
Deleteharitu aku pakai sebut saja guest writer kekeke
hg kena ada account gak kot
macam geng2 buasir tu kot
so nanti bila hg post artikel, tubik la nama hg sbgai author
Itu maknanya ko kena kasi password Blog ko ni kat aku,hahhaha...alah hantar guna email la kot..hehehe
DeleteNantilah bila otak aku steady beady aku buat satu artikel menghentam penyokong2 politik yang taksub lagi fanatik..aku nak kena belek buku karangan SPM dulu cara2 mengarang dengan benar. xD
encek Z bukan dah bukak belog ke?aku tengok dah hari tu..ada bunga2 muzik2 bagai:D hahaha
Deleteaik betoi ka encik zek dah ada belog? mai link nak p attack haha
Deleteekekeke semua contoh2 tue macam real jer hih..
ReplyDeletememanglah real kak cik
Deletetp sy tak penah buat la haha
contoh2 tu...wah, terbakar jugak hati bila jumpa mereka di jalan raya.
ReplyDeleterumah terbakar nampak asap
Deletehati terbakar tak siapa yg tahu
haha
setuju ! bulan puasa ni pon makin menjadi plak setan2 yg ade ni. haha.. pernah jmpe jugak org macam2 ni atas jalan raya.. jenis yg tak hormat pengguna jalan raya lain.. cuba kite buat bnda yg sama, langgar mak bapak dieorg ..haa tau bersap ! kekeke..
ReplyDeleteoh my cik belog 1st time komen sini kan? hehe welcomey2 :D
Deletesyaitan dah advance la ni, depa dah training 11 bulan
bila masuk bulan posa tak payah susah2 hasut bagai, sendiri jalan