Aku lebih Islam dari semua orang di blog ini
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri
Post kali ini bertemakan review/rumusan video. Video kuliah agama oleh Syeikh Al Habib Ali Al Jifri . Video ini amat sesuai untuk segenap golongan manusia baik Melayu Muslim, Cina Muslim mahupun non Muslim. Tetapi ia lebih special untuk manusia macam aku yang penuh ego dan keras kepala batunya.
Video ini mungkin dah lama diupload. Namun intipatinya tetap segar mewangi.
Food for thought sebelum anda teruskan membaca & memainkan video dibawah:
"Apakah sifat iblis? Dan kenapa Iblis menjadi Iblis yang kita kenali hari ini?"
Rumusan/Isi Penting
Hari ini umat Islam masing-masing menyusahkan perjuangan sesama sendiri. Kerana berbilang ideologi berakar taksub sampai ke tahi. Aku sendiri tak terkecuali, sama juga seperti yang lain. Kerana belitan Iblis ini banyak jarumnya. Semakin tinggi ilmu kamu, semakin tinggi pangkat Iblisnya. Kerana itulah asalan Iblis sendiri, mereka sentiasa lebih baik dari kamu.
Permasalaahan hati ini takkan lekang dengan kancah politik tanah air. Bukan niat aku nak tempelak si fanatik politik. Tapi ini memang realiti. Sebijik-sebijik kena atas batang hidung aku.
So lepas ni kita boleh kaitkan ahli politik mana yang berasa terlebih Islamnya? yang mana yang kurang Islamnya? Maaf cakap, jgn perbodohkan diri sendiri, tengok dulu diri sendiri. Tak ada untung langsung nak palitkan kepada orang lain.
Kalau nak ikutkan aku ni memang tak layak untuk berdakwah kepada kalian semua. Tapi Allah tak letakkan apa-apa kelayakkan minima untuk kita berdakwah. Kerana dakwah itu datang dari pelbagai segi.
Dugaan paling besar berdakwah adalah mengamalkan apa yang ingin kita dakwahkan. Kalau kita tak mampu berdakwah kepada orang lain, berdakwahlah kepada diri sendiri, amalkan dakwah kepada diri sendiri. Secara tidak langsung kita telah berdakwah kepada orang lain dengan adab dan akhlak kita kepada mereka.

- Kata Iblis: "Aku lebih baik dari Manusia, aku diciptakan dari api, tapi Manusia dari tanah. Aku lebih baik darinya!"
- Kejujuran kesolehan seseorang itu bukan hanya ditampilkan pada serbannya, jubahnya, hitam dahinya janggut dan celaknya.
- Bukti seseorang yang tidak jujur ketaqwaannya kepada Allah adalah apabila jelas akhlaknya sesama makhluk penuh dengan kepura-puraan.
- Semakin dia berkomitmen dengan Allah, semakin jelas dia melabel menghina kelompok masyarakat lain,
- Semakin dia berkomitmen dengan Allah, semakin jelas dia mengkasari & menzalimi orang lain yang tidak menurut kata Allah walau ahli keluarganya sendiri.
- Apa yang kamu lihat pada mereka yang tidak ke masjid?
- Apa yang kamu lihat pada mereka yang tidak ke kelas agama?
- Kenapa perlu pandang hina mereka? Susah payah bersolat, bertasbih, berkuliah, mentelaah kitab tapi kenapa perlu kamu pandang hina pada orang lain?
- Mana pergi akhlak kamu sesama manusia?
- Setiap yang berilmu dan beragama jika tidak terikat dengan akhlak mulia, maka terdapat kecacatan dalam keikhlasannnya dalam berilmu dan beragama
- Jangan kita pandang akhlak orang lain lagi, tunduk tengok dengan mata hati akhlak kita sendiri
- Terdapat hadith menceritakan Nabi Muhammad melihat bintik-bintik hitam syaitan di muka para ilmuan agama yang tak pernah jemu ke masjid
- Kenapa muslim yang makin bertambah ilmu agamanya makin dekat pula dengan sifat syaitan?
- Makin kuat kita menentang mungkar makin jauh pula kita dengan peribadi Rasulullah
- Agama kita adalah agama yang beradap bukan sahaja pada Allah dan RasulNya tetapi kepada sekalian makhlukNya
Hari ini umat Islam masing-masing menyusahkan perjuangan sesama sendiri. Kerana berbilang ideologi berakar taksub sampai ke tahi. Aku sendiri tak terkecuali, sama juga seperti yang lain. Kerana belitan Iblis ini banyak jarumnya. Semakin tinggi ilmu kamu, semakin tinggi pangkat Iblisnya. Kerana itulah asalan Iblis sendiri, mereka sentiasa lebih baik dari kamu.
Permasalaahan hati ini takkan lekang dengan kancah politik tanah air. Bukan niat aku nak tempelak si fanatik politik. Tapi ini memang realiti. Sebijik-sebijik kena atas batang hidung aku.
So lepas ni kita boleh kaitkan ahli politik mana yang berasa terlebih Islamnya? yang mana yang kurang Islamnya? Maaf cakap, jgn perbodohkan diri sendiri, tengok dulu diri sendiri. Tak ada untung langsung nak palitkan kepada orang lain.
Kalau nak ikutkan aku ni memang tak layak untuk berdakwah kepada kalian semua. Tapi Allah tak letakkan apa-apa kelayakkan minima untuk kita berdakwah. Kerana dakwah itu datang dari pelbagai segi.
Dugaan paling besar berdakwah adalah mengamalkan apa yang ingin kita dakwahkan. Kalau kita tak mampu berdakwah kepada orang lain, berdakwahlah kepada diri sendiri, amalkan dakwah kepada diri sendiri. Secara tidak langsung kita telah berdakwah kepada orang lain dengan adab dan akhlak kita kepada mereka.
Bhai Taufik...
ReplyDeleteSetidak-tidaknyer... Iblis (Azazil) pun tidak berani mengangkat dirinya sebagai Tuhan... Hanya manusia sahaja yang berani mengangkat dirinya sebagai Tuhan....
Pening aaa....
dari segi istilah kata2 memang ramai yg takkan mengaku tuhan
Deletedari pe'elnya ramai yang jelas mengaku tuhan
membakulsampahkan aqidah orang lain
Nasihat berguna buat semua politicfags Malaysia. ^_^
ReplyDeletejgn kata bro pon terbelit :P
Deleteberguna kpd kita juga hehe
Aku pun banyak terbelit gak..sedikit sebanyak artikel menyedarkan diri aku.
DeleteMemang artikel ni sesuai untuk antar golongan.
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"
ReplyDeletekalau tahu kalimah syahadah je, itu pun boleh jadi modal untuk dakwah..tak perlu formaliti tauliah bagai..
orang kita la ni sibuk tanya tauliah
Deletetakut tersesat kot?
Bhai NaZha...
DeleteTue la pasai... susah ooo kat Malaysia nih...
hatta cerita kebesaran Allah S.W.T je, cerita bukan bg hukum, punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn nak ditanya tauliah
DeleteSusah payah solat, qiamulail, puasa, bertasbih tapi pandang slack dan hina orang lain...memang 'membakar' pahala yang susah-susah dikumpul.
ReplyDeleteWalaupun aku tak byk qiamulail, tahajjud, puasa sunat dll
Deletetetap terasa gak beb :)
Stuju....
Deletebest! salam perkenalan taufik...:)
ReplyDeleteartikel yg sesuai tuk muhasabah diri..
ReplyDeletedakwah,apa ada pada dakwah?dakwah perluke tertakluk kepada para agamawan?selain dari mereka gol yg didakwahkan?jadi diri mereka siapa nak dakwahkan?dakwah cuma terma islamik.yg benarnya ingat mengingati.tapi kena berhemah.bukan pakai sembur macam rojak pasembo.guna kaedah kasih sayang,berkawan...itu lebih menyeronokkan dan terus masuk dalam hati.ilmu jentik akal,rasa jentik hati.hatilah yg memimpin segalanya.budi bahasa itulah yang terbaik ajaran nenek moyang melayu kita.budi bahasa itu ilmu mengawal unsur air,api,angin dan tanah dalam diri...mcm dalam cte avatar...air itu darah dan cecair badan.api itu kemarahan dan haba dalam badan.angin itu perasaan atau kita panggil mood.tanah itu anggota badan.kawal semua dengan sempurna kita akan lepas daripada belenggu dunia.
ReplyDeleteops?terlebih sudah...sori tuan rumah...sesaje dtg bagi pendapat...jgn marah ye...
dakwah yang halus & separa sedar adalah hati budi dan akhlak kita
Deletetq sudi komen cik nur yg feymes :D
sori.sy biasa2 je orgnya.cewah...no hal la,kawan2.saje bg pendapat...pemikiran penulis gni bagus...teruskan menulis ya...peace..:)
ReplyDeleteana khaira min hu !
ReplyDeleteabg nt wt usrah kt sy naa..sy nk blajaq dr abg..
lu jgn berani nak ber-anon kat sini
Deleteaku kenai la hg sapa hahaha
ana khairu mina syaiton
Taufik...
ReplyDeleteIsu menarik. Saya pernah terkena tapi mungkin x sama seperti anda. Saya memang berminat dengan politik tanahair tetapi tidaklah sampai bercita2 untuk menjadi wakil rakyat. Ada juga menyertai group sembang politik.
Saya pernah belajar di luar negara dan hanya seorang islam yg sederhana. Maksud saya, saya tunaikan rukun islam yg 5, rukun iman yg 6, menutup aurat, x pernah berzina, x berjudi, tidak minum arak, x merokok dan selalu menjaga makan minum, mencari yg halal, cuba menghindar yg haram, tapi tidaklah sampai begitu pandai mentafsir al-quran dan hadis. Tapi x keberatan belajar. Rasanya ramai manusia macam saya. Hanya buat yg wajib2 sahaja dan sikit sangat yg sunat2.
Tapi dalam banyak berdiskusi pasal politik tanahair saya selalu bertemu yg tidak sePARTI. Ialah kita punya hak memilih berdasarkan apa yg kita fikir, nampak, dengar dan peratusan buruk baik dan mungkin juga didikan serta persekitaran kita dibesarkan. Jadi saya temui ramai manusia yg selalu mengaku islam mereka lebih baik daripada orang lain. Mereka ini selalu berhujah dan hanya menyokong sesama mereka sahaja. Apa sahaja yg baik dr bukan golongan mereka, x diterima malah dipersenda, diejek dan diberi gelaran yg melampau, dikafirkan, dimunafikkan dan pasti menghiris hati.
Seperti yg anda tulis...tiada sebarang level untuk berdakwah. Bg saya kalau berdakwah biarlah dengan bijaksana, bahasa yg indah2, jangan memaki hamun, ayat yg baik2 dan paling penting jangan menghina. Jika semua orang islam yg mengaku berilmu, mereka sepatutnya menunjukkan sikap berilmu...cara itu sangat mudah untuk menarik orang yg x sealiran menyertai kita. Tapi jika dakwah dilakukan dengan cara x bijaksana, sasaran akan rasa benci dan menjauhkan diri.
Persoalannya? Mengapa mereka bersikap begitu??? Adakah ibadat mereka yg kononnya banyak dan lebih islam dari orang lain tidak mampu mendidik mereka berkata-kata dengan lebih baik. Sekurang2nya lebih baik daripada saya yg pernah berkawan dengan orang-orang barat yg bebas begaul tiada batasan. Jika saya yg pernah terdedah dengan persekitaran yg boleh dianggap maksiat tanpa sekatan mampu mengawal emosi, bahasa dan adab serta islam saya terpelihara, mengapa mereka tidak? Sedangkan islam adalah perjuangan mereka.
Semoga sama-sama mendapat iktibar.

Terima kasih tuan kerana sudi berkongsikan.
Delete"Kekurangan" golongan ini ada hikmahnya kepada kita. Dapat kita teladani dan terus menerus menjaga akhlak bersama mereka.
Mudah-mudahan mereka terkesan dgn layanan mesra kita walaupun kita sendiri ditikam-tikam oleh mereka.