Perbankan Islam menjual nama agama Islam?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Aku tiada niat ingin menyerang mana-mana ulama ataupun pakar perunding kewangan Syariah dari mana-mana bank mahupun institusi kewangan Islam.

Aku hanya ingin gambarkan apa yang terbuku di hati ini mengenai Perbankan Islam di mata pembayar hutang. Itu sahaja.

Ianya mungkin benar, mungkin tidak. Siapa yang tahu? Siapa yang ambil kisah untuk ambil tahu?



Kenapa Riba/interest itu haram?

Adakah kerana riba itu menindas dan menzalimi?
Adakah kerana riba itu memudharatkan?
Adakah kerana riba itu melibatkan masa (time value of money)?
Adakah kerana riba itu membawa kepada kebinasaan?
Adakah kerana bank tidak menggunapakai istilah yang Islamik?
Adakah kerana bank tidak mengupah perunding kewangan Syariah yang bertauliah?
Adakah kerana bank tidak mendapat sijil halal?


Cuba anda bezakan situasi di bawah, yang mana satu Islamik dan Konvensional?



(sila klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Apa bezanya? Watak berlainan tapi situasi yang sama. Kedua-duanya menindas/menzalimi si peminjam dari segi kewangan.

Aku quote satu statement seorang penasihat syariah tersohor Malaya, yang berbunyi lebih kurang begini:

"Perbankan Islam vs Perbankan Konvensional itu sama macam kahwin. Ada yang disertakan nikah/akad (halal) dan ada yang tak nikah (tidak halal). Tapi kedua-duanya (sedap) dapat anak juga"

Maaflah aku tak dapat berikan nama sebenar beliau, cukup sekadar pembayang beliau ini sering tampil di kaca tv membincangkan hal muamalat.

Aku amat setuju dengan kata beliau. Walaupun pada dasarnya beliau ingin menegakkan bahawa kahwin yang disertakan nikah/akad adalah halal (Islamik). Tetapi sedapnya kepada siapa? Siapa yang akan menanggung anak itu?

Simboliknya, tanpa mengira Islamik atau tidak, bank adalah pihak yang akan sentiasa mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari transaksi ini.

Dan sebagai pembayar hutang, di manakah letaknya bebanan anda?
Di mana letaknya bebanan penindasan bank ni?
Bank menekan anda membayar untung kepada mereka berlipat kali ganda?
Apakah ini bukan penindasan? kezaliman?

Aku tidak nafikan, bukan semua prisip Perbankan Islam yang diolah pakar perunding kewangan Syariah masakini kucar kacir bercirikan kapitalis.

Namun aku gelisah melihat trend perbankan kini. Mungkin bola mata aku tak mampu tembus pandang setiap lapisan. Hari ini Perbankan Konvensional dikecam kerana mengamalkan konsep kapitalis menindas, sehingga berlaku krisis ekonomi hutang tidak terbayar.

Apa bezanya dengan situasi Perbankan Islam? Dengan jumlah hutang/penindasan yang sama, mampukah para perunding kewangan Syariah kini menangkis serangan krisis ekonomi kelak?

tags: Perbankan Islam penindasan kapitalis perunding kewangan Syariah krisis ekonomi Bank Islam Bank Konvensional interest riba haram halal sijil haram banking sector malaysia islamic banking malaysia usury capitalist economic crisis

47 comments:

  1. Bro,aku nak komen dari sudut pandangan seorang pengikut teori konspirasi.

    Ini semua kerja Yahudi!kerja Dajjal!kerja Freemason! kerja Illuminati! sistem kapitalis bejad yang menindas penduduk dunia ini terang2 agenda yahudi dan dajjal laknatullah!

    Kita ini hidup di zaman fitnah yang maha hebat! so no wonder lah sistem2 perbankan moden dunia baik berciri islam ataupun terang2 kafir mengikut telunjuk yahudi/Dajjal!

    Mungkin kelihatan paranoid dalam kacamata seorang yg moderate dan liberal pemikirannya..bagi aku..ini semua(segala hal yang terjadi ini) selaras dengan kehendak Allah agar segala yang dirancangkannya terjadi dengan sempurna..Nabi sendiri telah memberikan segala petunjuk dan ramalan apa yang akan terjadi di akhir zaman.

    Pendapat aku,biarkanlah bro..kita dah tak boleh nak mengubahnya..biarlah segala tanda2 akhir zaman itu dizahirkan dgn baik dgn segala kemungkaran yg terjadi ini..kita jaga sahaja amalan kita..tak banyak dah yg kita boleh buat untuk mengubah dunia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itu la realiti bro
      kita ni nama saja muslim yg jumlah berbilion2
      tapi impact kita kpd dunia tak terasa pon

      Delete
  2. Bhai Taufik...

    Sepatutnyer.. kalu kiter nak beli rumah dengan cara perbankan Islamik... rumah tersebut mestilah sempurna milik ... iaitu ianya mestilah dibeli terlebih dahulu oleh bank yang kemudian akan menjualkan kembali kepada kita dengan harga bayaran tertangguh... dalam mana rumah tersebut mestilah sempurna milik (telah siap)...

    Jika pihak perbankan Islamik menjual rumah yang belum siap... walaupun pada harga tertangguh siap dengan aqad... tetapi ianya tidak sempurna milik dan ini jelas melanggari syarat jual beli dalam Islam...

    Ini kerana jika rumah tersebut tidak dapat disiapkan oleh pemaju perumahan... pihak bank masih lagi menuntut bayaran tertangguh tersebut daripada peminjam... dan ini adalah satu penindasan...

    Wallahuaklam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru buat loan utk beli umah. harga 400k. aku mohon maybank. memula konventional pastu mtk convert ke islamic. tapi tu le. betul apa yg author tulis. tak nampk pun perbankan islam ni menolong. pinjam 440k, dalam konventional tak mention je berapa amaun interest dia amik (hnya based on BLR je, kalau rajin kira buat le calculation)...

      tp dalam islamik dia declare..beli umah tu 440k, bank jual balik kat aku 1.2 juta..mampuih ko. bila aku tgk bayaran bulanan antara islamic dgn konventional, islamic punya mahal sikit (utk tenancy month yg sama).

      kalau kata islamic cap BLR tu, ye mmg capped tp up to certain amount. lebih dr amaun tu, bank berhak revise. so tak de beza dgn konventional..

      our islamic banking are not truly reflecting the islamic banking per se. kelentong je lebih.. jual agama utk biznes..

      Delete
    2. tq khairul sebab sudi kongsi ya
      tq jugak kpd encik C++
      aku dah update skit entry ni
      aku baca dua tiga kali macam belit2 skit ayatnya

      Delete
    3. sebenarnya bukan aku nk tekankan sangat depa jual nama Islam
      tapi aku nk tekankan pembayar hutang macam kita ni ditindas pada skala duit/wang.
      kita tak terasa ditindas sgt bukan pada skala istilah jual beli yg ntah apa2.
      kona sana kona sini
      last2 bank dapat kaut duit depa serupa jugak

      Delete
  3. I like khairul.... setuju betol!!!!

    ReplyDelete
  4. salam,

    mana org minat cermah pasal ekonomi islam, ceramah hentam org lagi best.. nak tahu ekonomi islam pergi masuk kolej lah.

    KLIK Hapuskan orang tengah demi persaingan sihat

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan buat semua,

    saya adalah bekas pekerja salah satu local islamic bank, dan tidak ada sebab yg munasabah untuk saya menyanggah komen En.Khairul mengenai perbankan islam di malaysia ini, namun itu tidak menyelesaikan masalah yg dihadapi

    masalah utama yang perlu dibincangkan ialah bagaimana utk melaksanakan sesuatu dasar dimana yang haq tidak bercampur dengan yang bathil

    ulama2 sekarang berperang sama ada mahu mengikut yang hak ataupun yg batil. umum buat perbankan islam sekarang ini bagi mengeluarkan sesuatu produk ianya memerlukan kelulusan dari panel syariah bank itu dan panel syariah BNM termasuklah dari institusi2 lain

    sepanjang 2 tahun lebih bekerja di cawangan utama KL, memang banyak complaint yang diterima dari pelanggan. if nak story dlm ruang komen ni panjang sgt nanti...so just nk highlight kat sini yang kita ni semua terutama umat islam sudah lama diperbodohkan, diperkudakan dan hanya menjadi kuda tunggagan shj especially ulama-ulama, pegawai2, top mgt dari kalangan kita

    so sesiapa yang ada idea untuk sistem perbankan yang lebih ideal dan islamic, boleh kita bincang dan brainstorming kerana kita tidak akan maju dengan hanya mengadu domba,mari kita belajar dari
    kesilapan yang telah kita lalui sepanjang 55 tahun merdeka

    politics create the socitey- [email protected]

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan
      komen yang bernas
      someone must come up with a new idea
      provide another alternative
      sy amat berbesar hati kalau tuan menulis berkongsi kat sini ataupun blog tuan
      utk sama2 kita manfaat

      Delete
  6. Jika tak mampu ada dua pilihan. Pertama sewa rumah sehingga akhir hayat, kedua kumpul wang sendiri dan beli 'cash'. Itu yang terbaik. Tiada siapa paksa guna pembiayaan bank Islam. Pembiayaan melalui bank islam untuk sesiapa yang mampu sahaja dan bank bukannya badan charity seperti baitulmal. Persoalan utama kenapa tidak mendesak kerajaan untuk tubuhkan organisai pinjaman tanpa riba untuk umat islam di malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.

      Islamic Banking tk ada riba. END OF STATEMENT.

      Delete
    2. Kenyataan yang tidak boleh pakai dan tidak bertanggungjawab. Saya berharap supaya anda beristighfar banyak2 dan redha akan segala ujian yang anda dapat sama ada susah mahupun senang.

      Ada beberapa sebab kenapa org membeli rumah. Anda pasti mempunyai keluarga, dan anda juga pasti mempunyai anak. Dan sekiranya satu hari nanti anda ditakdirkan MAMPUS, ada anda terfikir kat mana anak2 anda hendak duduk MEREMPAT?

      Keaddan di malaysia ini dimana setiap rumah yang dibeli perlu disertakan insurans\takaful mortgage, jadi apabila ketiadaan pemilik, rumah secara langsung akan tertebus bayar dan dengan cara ini, anak2 dan isteri akan ada perlindungan. x perlu memikirkan untuk mencari rumah dan sebagainya.

      Adakah tuan rumah akan berasa selesa melihat isteri anda yang baru KEMAMPUSAN suami dia duduk di dalam rumah tersebut?. Atau mereka akan menghalau isteri anda keluar tanpa belas kasihan?.

      Sampai bila ingin menyewa, dan kalaulah setiap org boleh membeli tunai, jadi x perlulah diwujudkan bank dan syarikat developer. upah sajer kontraktor, cari tanah kosong....

      # kata-kata kesat di atas hanya untuk orang yang BINGAI macam penulis yang hanya memikirkan tentang diri sendiri..... !!!

      Delete
    3. Waalaikumsalam tetuan sekalian.

      Saya tak pasti komen ini dituju keras kepada sapa. Saya risau berlaku kekeliruan, so saya nak clarify sikit kat sini.

      Penulisan di atas tak berniat menyerang mana-mana peminjam yang meminjam atas nama Perbankan Islam baik dalam dan luar negara.

      Malahan, penulis cuma highlight kekucar-kaciran Islamic Banking yang diolah oleh Syariah Board untuk menghalalkan bank melampiaskan penindasan terhadap peminjam.

      Tidak ada satu baris pun yang berniat untuk menyinggung hati nurani para peminjam Islamic Banking.

      Begitu juga tiada ayat yang mempertikai dan memperkecilkan pelanggan yang memilih untuk berurusan dengan produk Islamic Banking.

      InsyaAllah akan menyusul satu lagi penulisan tentang Islamic Banking ini dalam masa terdekat.

      Delete
  7. Sebab pihak pemerintah pun sama sedap makan riba.

    ReplyDelete
  8. Tak paham kenapa masih nak menyanggah perkara yang elok?

    Islam menggalakkan keadilan utk semua.

    Kalau ada yg kata Perbankan Islam tu tak adil dan menekan. Tolong tulis la apa yg kamu semua nak?

    Ini tidak, korang kata Islamic Banking itu zalim ( walaupun tiada riba)..maka statement seterusnya ialah jom libatkan diri dgn RIBA! aPA LOGIKNYA? Sedangkan Rasulullah dah pesan RIBA diHRAMAKAN!! Apa lagi ni?

    Mcm kata kawan kita awal tadi, jika tk mampu buat loan, BELI CASH (sbb tak mau bagi BANK pendapatan & tk mau bagi Bank dpt untung utk butk bayar kerja dia, kalau tk mampu beli cash..SEWA RUMAH.

    Semua masalah ada jalan keluar.

    Logik mudah, ada dua kedai jual ayam, satu kedai kita tau main cekik ja ayam tu ( kerja senang) dan jual ayam tu murah dari harga pasaran. Satu kedai lagi sembelih cara betul (halal) dan ikut harga pasaran yg kita tau agak mahal sekrang..Kita nk pilih yg mana? Ayam cekik? sbb lebih murah? sbb ayam halal tu dijual dgn harga cekik darah?

    U CHOOSE!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tuan

      Terima kasih sebab sudi beri pandangan
      Tak ada sapa2 kat sini suruh p libatkan diri dengan riba hanya sebab Islamic Banking sama2 menindas

      Sepertimana tajuk artikel ini, Perbankan Islam menjual agama
      Syariah advisory board kejanya kona sana sini untuk halalkan penindasan bank (skala wang) kepada pelanggan

      Maaf krn penulisan ini tak membincangkan solusi, sebab semua org tau pilihan di tangan kita. Sebagaimana tuan sebut tadi. Semua masalah ada jalan keluar.

      Penghujung penulisan ni ada menekankan kemungkinan this so called Islamic Banking akan fail juga satu hari nanti

      Delete
    2. bengong...tu beli ayam.harga murah.ni nk beli rumah.kalau kita tk beli org bukan islam yg akan membeli.ayam ngan rumah jauh gile tu...

      Delete
    3. pinjam rm500k untuk BELI RUMAH. tapi kena bayar balik rm2juta. sedangkan konvensional hanya bayar balik 1juta. bukan kah itu ZALIM namanya? bloh bagitau tak part mana yang TAK ZALIM dalam situasi di atas? and mind you, ini bukan beli ayam..

      Delete
    4. Jangan la guna contoh ayam sdara..x cerdik..
      abis tu, adakah pemilik ayam sembwlih secara islam tu bole menaikkan harga sesuka hati? Seekor harga sama ngan harga lembu yg x disembelih secara islam? Boleh ke?
      Fikir lojik..
      kita bukan nak kata "islam mahal...g kat kapir..."
      Bukan mcm tu... tetapi y not kita yg usahakn utk jd setanding... atau lebih baik lagi dari kumpulan kafir... tu la yg org cakap..

      Sebab tu la org ckp..
      keindahan islam ni terhalang oleh org islam tu sendiri..
      org kafir tgk perbankan islam... diorg ckp " tgk tu.. islam x amalkan riba, tapi peminjam islam jauh lebih teruk dibebani hutang.."

      Nak ke kalo org kafir pandang cmtu kat sistem kita?

      Delete
  9. Assalamualaikum.

    Tah saya tak paham pasal banking. Tapi satu perkara yang menjadi pertanyaan dan persoalan saya, contoh:-

    1. bank bagi islamic? loan 100K.. pastu 20 tahun jumlah semua kena byr balik 250K...150% tu?????

    2. kenapa kalau kita letak deposit rm100K dalam tempoh yang sama kita tak boleh dapat 250K??

    kenapa hanya pihak bank sahaja boleh tetapkan keuntungan biz dia tapi kita bagi duit untuk dia expand biz tapi kita tak boleh tetapkan keuntungan yang kita nak? MIntak tolong pakar2, tolong jelaskan?

    kat sini rasa2 macam konvensional pulak yang betul... keuntungan ikut trend semasa. Adakah kerana alasan bank berniaga, so kita pulak tak boleh berniaga dengan bank... bank sahaja boleh berniaga?

    kena dalami betul apa maksud sebenar dan jenis macam mana yang katakan oleh Nabi s.a.w tentang riba'


    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. utk soalan ni, kene tengok akad apa yg digunakan. dan satu istilah yg sering salah digunakan ialah, bank islam=loan.
      bank islam hanya menggunakan istilah pembiayaan atau fund, di mana, kalau kite nak buat pembiayaan kat bank, bank takkan gune akad qard (pinjaman). biasanya, bank akan buat akad BBA (bai' bithamanil ajil)/ murabahah(keuntungan) atau AITAB (sewa kemudian beli). jadi, untuk akad selain qard(pinjam), bank berhak/boleh mengenakan bayaran lebih kepada pelanggan.

      2. tak boleh cecah sampai 250k, sebab bank islam melabur pada pelaburan patuh syariah. jadi, keuntungan pelaburan biasanya sedikit berbanding konvensional yang pasaran pelaburannya lebih luas ( seperti pelaburan arak, judi, yg haram). dan biasanya, depositors yg banyak deposit, lg byk keuntungn yg diperoleh.

      kita tak boleh tentukan sebab dlm pelaburan, ada risiko. dan bank islam tak boleh jamin berapa keuntungan yg dpt. cuma, percent boleh ditetapkan tp bukan amount (ex: tentukan setiap bulan dpt untung rm100)

      sekali pandang, perbankan konv nampak murah dan tak menindas. hakikatnya, kita hutang biasanya memakan masa yg lama, bertahun-tahun. kadar BFR islamic banks akan kekal. tapi, kadar BLR bank konv tak kekal dan boleh naik mendadak.

      mari kita sama2 dalami akad2 dalam perbankan islam.

      kpd saudara taufik, jadi perbankan apa yg mampu memberi solusi selain perbankan islam?

      apa anda punya solusi yg lain, lebih bagus?
      kaji dulu apa yg perbankan islam ajarkan. jangan hanya kerana ustaz X, anda terus menghukum perbankan islam seperti itu dan ini.

      wallahu'alam. salam perdamaian

      Delete
  10. Saya bersetuju dengan pendapat Taufik.

    Sebenarnya saya mengharapkan satu penulisan yang menekankan tentang ketidakadilan sistem perbankan Islam sekarang. Islamnya sesuatu produk bukan sahaja dilihat pada cara ia di laksanakan, tetapi sifat sesuatu produk itu sendiri..

    Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah kereta baru, yang anda tahu kereta itu dibeli dengan cara perbankan Islam atau walaupun tanpa keuntungan...tetapi kereta tersebut tidak selamat untuk digunakan - tiada seat belt, tayar yang digunakan tayar mudah pecah. adakah ianya dibenarkan oleh Islam?. Jadi setelah anda baca ciri2 riba ini, maka anda tanyalah diri sendiri... tepuk dada tanya selera

    Dan salah satu ciri kewangan Islam ialah tiadanya berlaku penindasan. islam tidak mengharamkan keuntungan tetapi bukan keuntungan yang berlebihan. Kalau rumah berharga RM400K, tetapi jumlah pembayaran adalah RM1.2 juta. Adakah ini masih dikira Islamik? Kenapa harga keuntungan boleh mencecah sehingga 2 kali ganda harga rumah?. Jika sekali ganda pun dikira terlalu tinggi dan menindas...kenapa tidak jumlah pembayaran balik hanya RM700K atau RM900K sahaja?.


    sekiranya anda jelas yang perbankan Islam di Malaysia benar2 Islamik dan tiada unsur2 yang dilarang oleh agama. Mari kita lihat dan cross check apakah itu riba dan adakah konsep perbankan islam sekarang menepati ciri2 riba tersebut?

    1- a) Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam.

    Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.

    2) b) Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.

    Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah.

    a) Riba’ an-Nasa’: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).

    Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Riba an-Nasa' juga disebut sebagai riba an-Nasiah.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk komen yang bernas Tuan!

      Saya amat berbesar-hati atas kesudian Tuan memberikan komen sebegini rupa. Checklist yang tuan berikan adalah amat tepat merungkai permasalahan Perbankan Islam yang diolah-gubah oleh panel syariah bank-bank berkenaan.

      Mohon teruskan perkongsian ini.

      Delete
  11. walaupun dah basi aku nak komen jg...panel syariah dlm bank islam tu 2x5 dgn banker2 conventional..kalau sesorg loan guna perbankan Islam riba dia lagi tinggi, tapi mesti dia tak nak tulis riba sebaliknya dia akan cakap tu keuntungan jual beli atau at least admin fee..aku quote kata2 Maulana Imran "Islamic banking scheme for lending in Murabaha is riba (usury)through the back door and it is more despicable than the actual riba" lebih kurang cam tu walaupun aku tak berapa ingat the exact words..

    Secara teknikal nya macam ni, katakan
    A= peminjam
    B= bank
    c= penjual (org yg jual barang yg kita nak sprti rumah dll)
    D= pihak perantaraan dalam murabaha

    secara konvensional kita tau yg kita (A) pinjam dari bank (B) dgn interest untuk dapat barang dari (c).Bank akan bayar penuh harga jualan tanpa interest kepada (c)dan kita pula akan berhutang dgn bank (harga jualan + interest)

    Tapi dalam murabaha Bank akan cari pembeli dulu untuk barangan dari (C) katakan pembeli ini adalah (D) dan pembeli ini akan menjual balik kepada kita (A). (D) berkemungkinan besar adalah Investor atau wakil bank atau bank itu sendiri. Kononnya ini adalah dikira jual beli tapi senario sekarang (A) terpaksa membayar lebih kepada (D)untuk mendapatkan barangan tersebut...

    so..mengapa kita nak pilih perbankan islam kalau kita terpaksa bayar lebih bulan2 compare dgn perbankan konvensional..hmmmp pelik bukan kalau islam itu lebih menindas daripada riba????

    lagipun kita meminjam dan bukannya membeli dgn harga yg tinggi semata2 nak dapatkan sesuatu barang..kalau kita ada cash tentu kita boleh bayar dgn harga jualan terus dari (C) dgn harga yg jauh lebih murah..therefore we have to go back to basic yang meminjam dalam islam itu tidak melibatkan pertambahan nilai dgn pertambahan masa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambahan: so kenapa murabaha ni lebih mahal?

      1. untuk mecari buyer D, bank akan kenakan certain fee (admin fee) kpd
      A
      2. D sebagai org ketiga mesti nak kan keuntungan yg lebih (kalau tidak
      baik dia pilih cara lain cth melabur dalam conventional bank)
      3. Alasan yg biasa diberi olh banker islamic plk yg mereka masih cuba
      menurunkan harga jual beli tetapi pembeli jg kena berkerjasama dlm
      hal ini dgn membayar lebih (tp ni tampak mustahil kerana kalau
      harga tu turun pasti D akan lari)

      masalah sekarang sistem Murabaha ni je..scheme2 yg lain dlm islamic banking tu taklah teruk sangat pun..tapi kegunaan bank yg paling utama kan untuk peminjaman duit, so Murabaha ni jadi isu utama..

      Delete
    2. TQ encik thehell. Susah nak sebut nama tu. Antara komen pertama encik kat sini.

      The reason sebab apa ada orang tengah tu adalah untuk jadikan transaksi tu bukan riba. Tapi transaksi perniagaan jual beli.

      So untuk bank berlapis kat situ la. Tak berlapis kat riba. Malangnya untung ini tetap menindas peminjam sebagai mana yang berlaku dalam conventional banking juga.

      Sy tak sure sama ada loan Islamic lebih mahal daripada conventional sebab murabahah ini atau tak.

      Btw, tak basi lagi. Selagi wujudnya masalah dalam Islamic banking, selagi tu valid perbincangan ni :)

      Delete
    3. ni mungkin boleh jd rujukan

      http://www.youtube.com/watch?v=W79DmA1Flp4

      http://www.youtube.com/watch?v=yUuitPviteg&feature=relmfu

      -the hell..

      Delete
  12. Semasa saya praktis sebagai peguam, saya pernah menerima seorang client yg menjadi mangsa sistem perbankan 'Islam' di Malaysia.. beliau adalah seorang usahawan membeli sebuah rumah dengan harga RM2 juta.. pinjaman perumahan diambil secara Bai' Bithaman Ajil.. untuk tempoh 30 tahun yg mana jumlah pembayaran balik adalah sebanyak RM6 juta!. Beberapa bulan selepas urusan pembelian rumah selesai, business beliau lingkup dan pihak bank filekan saman. Bank tuntut RM6 juta!! (Kira untung 30 tahun bole dapat dalam beberapa bulan).. lawan di court, pihak bank menang atas alasan mudah.. kontrak telah dipersetujui (walaupun Mahkamah sebenarnya boleh mengadili berdasarkan prinsip ekuiti).. kalau rumah tu dilelongpun.. adakah mana2 pihak yg boleh membidanya dgn harga RM6 juta.. kalau dapat lelong dgn harga RM2.5 juta pun, lagi RM3.5 juta sape nak tanggung? Since then, saya jadi skeptikal dgn sistem perbankan 'Islam' Malaysia.. tak lama kemudian baru la wujud sistem baru yg gantikan BBA ni (musyarakah mutanaqisah) yg kelihatan lebih masuk akal daripada BBA ni.. tapi apa yg saya musykilkan, dah terang2 BBA tu defective, kenapa panel2 sharie bank mahupun Bank Negara boleh meluluskan konsep tersebut? Alasan cliche pihak2 berkenaan adalah "kita masih baru dan masih banyak benda yg diperbaiki.." dan saya fikir, adakah pihak2 yg bijaksana ni menjadikan masyarakat (Muslim terutamanya) sebagai bahan eksperimen mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan Zaharudeen utk penerangan kes ni. Sy curious apalah nasib si peminjam tu sekarang?
      Adakah dia telah dibankruptkan atau kes beliau dibicarakan dengan amendment yang baru spt yg tuan katakan tu?

      Bab jadi sebahagian bahan eksperimen, adakah si peminjam berhak tuntut pampasan?

      Delete
    2. Peminjam tersebut khabarnya telah berhijrah ke Australia.. mungkin mengharapkan perlindungan yang lebih baik dan adil daripada Negara 'Islam' Malaysia ni.. kalau dari segi prosedur, mungkin beliau telah diisytiharkan bankrap.. dan x tahu la berapa ramai pengguna perbankan 'Islam' di Malaysia ni mengalami nasib seperti beliau..

      Delete
  13. salam,
    sila baca perbezaan perbankan islam dan konvensional di sini, untuk secara umum nya.
    http://myfikrah89sbs.wordpress.com/2012/12/25/kami-pilih-bank-islam/

    dan melalui pengalaman berjumpa dengan para penasihat syariah khususnya dalam perbankan islam, mereka akan bermesyuarat sebelum mengeluarkan hukum bagi setiap perkara yang berkaitan dengan perbankan islam, dan seterusnya sama2 melakukan solat sunat supaya apa jua keputusan yang telah dipersetujui di redhai juga diampunkan jika ia salah. betapa para ulama takutkan Allah dahulu sebelum membuat apa jua keputusan dan menghebah kannya kepada umum khususnya umat islam. benar, kadangkala terdapat kesilapan, namun mereka sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik. mudahan kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar.

    “Barangsiapa berijtihad dan ijtihadnya betul, ia mendapat 2 pahala. Ijtihad yang salah mendapat 1 pahala”.

    sekarang perbankan islam diperakui keberkesanannya dalam menangani masalah ekonomi dunia. stabil ketika krisis ekonomi 1997 berbanding sistem konvensional.

    dan tuntut lah ilmu sedalam dalamnya. kalau takpun ambil lah diploma perbankan islam ;)

    wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Encik Anonymous (alangkah bagusnya kalau anda dedahkan siapa anda sebenarnya)..

      Saya bukanlah pakar dalam perbankan Islam tetapi Islamic Banking dan Mu'aamalaat (Islamic Transaction)adalah antara subjek yg saya pelajari semasa di UIA dulu.. dan secara teorinya Islamic Banking & Mu'aamalaat adalah indah.. adil dan tidak menindas. Walaupun terdapat beberapa loopholes, alasan yang diberikan oleh Pensyarah adalah Islamic Banking masih baru.. masih banyak pembaharuan diperlukan.. pada masa itu sebagai pelajar saya hanya mengangguk kerana tidak menyedari tahap keseriusan 'loopholes' tersebut..

      Saya juga belajar Usul al Fiqh dan saya juga dimaklumkan oleh Pensyarah bahawa Ijtihad yang betul mendapat 2 pahala dan jika wujud khilaf mendapat 1 pahala.. Ijtihad pula bukan boleh dilakukan oleh sebarang orang.. hanya individu yang berstatus 'Ulama' sahaja yang layak membuat ijtihad (orang awam nampaknya rugi untuk dapat 1 atau 2 pahala sebab x boleh buat ijtihad).. pada masa itu sebagai pelajar, saya hanya menerima sahaja kerana ia lebih merupakan satu pengetahuan (dan juga perlu untuk lulus periksa)..

      Setelah melangkah ke alam realiti, sebagai peguam yang didatangi orang awam yang mengadu dianiayai pihak bank.. melalui sistem perbankan yang dikatakan mengikut lunas2 syarak.. ketika meneliti dokumen perjanjian, suratcara yang berkaitan.. membuatkan saya berfikir beberapa perkara:-

      1) Sebagai Muslim, adalah perlu saya percaya bahawa setiap yang datang dari Islam adalah perkara yang terbaik.. tetapi adakah sistem perbankan 'Islam' di Malaysia ini benar2 perbankan Islam ataupun hanya produk yang mengumpan masyarakat Muslim di Malaysia ini sementelah masyarakat Muslim dimomokkan dengan buruknya institusi perbankan konvensional.

      2) Credential panel2 penasihat Syariah yang saya percaya berstatus 'Ulama' juga tidak jelas. Adakah dengan mendapat kelulusan dari Timur Tengah, fasih berbahasa Arab, hafaz al-Quran dan Hadith menjadikan hanya mereka sahaja layak untuk berijtihad?

      3) Adakah para Ulama ini mendapat 2 atau 1 pahala dalam mengijtihadkan semua perkara? Termasuk yang melibatkan masa depan seseorang Muslim.. contohnya, satu Ijtihad telah dikeluarkan yang mengakibatkan beberapa orang Islam mengalami penganiayaan dan kemusnahan masa depan.. beruntunglah Ulama tersebut.. dapat pahala dalam memusnahkan masa depan orang lain.. Ini juga melepaskan Ulama tersebut daripada tanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa/ nasihat atau pendapat.. berbeza dengan seorang peguam.. beliau boleh disaman kerana kecuaian memberi nasihat kepada anak guam beliau..

      4) Keberkesanan dalam masalah ekonomi dunia.. adalah satu perbandingan yang.. maaf saya cakap agak dangkal.. dalam 10 tahun, hanya 1 atau 2 tahun negara mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk.. pada masa itu perbankan 'Islam' ini menang.. kerana kadar interest bank konvensional melambung2.. tetapi bagaimana dengan baki 8 atau 9 tahun lagi? Adakah ia satu perbandingan yang adil? Adakah masyarakat Islam khasnya perlu menderita selama 8 tahun untuk selesa selama 2 tahun? Fikir2kanlah sendiri...

      Pendek kata, kita hanya mampu berkata, berfalsafah selagi penganiayaan tidak tertimpa ke muka sendiri, anak isteri, ibu bapa dan kaum keluaraga.. Wallahu a'lam..

      Delete
  14. Assalamualaikum

    Berikut adalah kata-kata Hakim Malaysia dalam kes melibatkan BBA:

    Affin Bank Bhd v Zulkifli bin Abdullah [2006] 3 MLJ 67. Abdul Wahab Patail, J – “When the gratification of being able to satisfy the pious desire to avoid financing containing the elements of Riba gives way to the sorrow of default before the end of the tenure of Al Bai Bithaman Ajil, the revelation that even after the subject security had been auctioned at full market value there remains still a very substantial sum still owing to the bank, comes as a startling surprise”.

    Malayan Banking Bhd v Marilyn Ho Siok Lin [2006] 3 CLJ 796. David Wong Dak Wah, JC –”As such people who take up BBA loan should not be put in a worse position than had they taken a conventional loan. If the plaintiff in this case succeeds in its claim, there is no doubt that the defendant would be put in a worse position than had she taken a conventional loan”.

    Malayan Banking Bhd v Ya’kup bin Oje & Anor [2007] 6 MLJ 389. Hamid Sultan JC – “From the facts it is clear that the sum actually received by the defendants is only RM80,065, but the amount they have to repay is RM167,797.10 as at 26 June 2006, which sum on the face of it for the purpose of repayment only, will be seen excessive, abhorrent to the notion of justice and fair play when compared and contrasted with the secular banking facilities”.

    Walau bagaimanapun dalam kes Bank Islam Malaysia Bhd v Lim Kok Hoe & Anor and other appeals [2009] 6 MLJ 839 Mahkamah Rayuan telah mengatakan BBA adalah sah. Mahkamah Rayuan tidak membincangkan hal penindasan ke, zalim ke, excessive ke, burdensome ke .... semua tak dinilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. and that is the ground that my client lost the case.. kalau ikut civil law, apa yg telah agreed upon parties.. it is binding dan sebarang alasan lain di luar kontrak dianggap fikiran semula (afterthought) dan tidak akan diterima Mahkamah.. di Mahkamah, keadilan dalam kes-kes perlanggaran kontrak adalah diimbangi dengan isi kandungan perjanjian tersebut.. sama ada kedua2 pihak menyetujuinya.. walau bagaimanapun, dari segi realitinya.. kalau kita terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada bank, adakah kita akan sanggup bertegang urat dengan pihak bank berkenaan isi kandungan kontrak? Berapa peratus daripada kita membaca dan yang penting memahami isi kandungan kontrak yang mereka perlu tandatangani? Adakah dengan hanya menang kes di Mahkamah menunjukkan perbankan 'Islam' di Malaysia adalah adil dan tidak menindas?

      Delete
  15. terimakasih tuan punya blog
    saya sambung perkongsian di atas...

    Namun demikian dalam tahun 2010 masih ada hakim yang simpati dengan pelanggan seperti kes di bawah:

    Bank Islam Malaysia Bhd v Azhar Osman & Other cases [2010] 5 CLJ 54. Rohana Yusuf, J – “In doing so, the bank should not be allowed to enrich itself with an amount which was not due while at the same time taking cognizance of the customer’s right to redeem his property. Therefore where the BBA contract was silent on issue of rebate or the quantum of rebate, by implied terms, the bank must grant a rebate and such rebate shall be the amount of the unearned profit as practiced by Islamic banks”.

    Tetapi keputusan hakim itu diketepikan dalam rayuan oleh bank ke Mahkamah Rayuan.
    Bank Islam Malaysia Berhad v Mohd Azmi bin Mohd Salleh. Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia Rayuan Sivil No.W-02-609-2010 (unreported). Walau unreported, keputusan ini sah tau.

    Setakat ini saya belum jumpa report dalam mana-mana journal yang rasmi bagi kes ini.

    ReplyDelete
  16. Salam

    Kes-kes Mahkamah Tinggi yg disebut di atas jelas menunjukkan BBA adalah tidak elok.

    ReplyDelete
  17. BBA is a bad banking practice.. sape yg dok introduce BBA tu?

    ReplyDelete
  18. Salam, knp sy xnmpak pun perbezaan kedua2 gmbr kat atas tu?

    Islamic bank, hny ada satu saja pinjaman, iaitu Qard hassan.
    Pinjam rm100, pulang rm100.
    BBA tu bkn pinjaman. Tpi adalah pembiyaan.

    -BS-

    ReplyDelete
  19. Salam alaik
    Saya merayu tuan sekalian mari menuntut sama2 fadhilah tijarah
    Wassalam..

    ReplyDelete
  20. Salam alaik
    Saya merayu tuan sekalian mari menuntut sama2 fadhilah tijarah
    Wassalam..

    ReplyDelete
  21. Salam alaik
    Saya merayu tuan sekalian mari menuntut sama2 fadhilah tijarah
    Wassalam..

    ReplyDelete
  22. islamic financing memang keterlaluan..sepatutnya tiada ciri penindasan dan mengaut keuntungan melampau oleh bank..

    ReplyDelete
  23. BETUL..

    islamic financing memang menzalimi peminjam.

    ReplyDelete
  24. AKU DAH BYK BUAT RESEARCH..BAGI AKU ISLAMIC BANK..MEMANG MEMBEBANKAN...ORANG BUKAN.ISLAM.PUN.TAKUT NAK GUNA PRODUCTS ISLAMIC BANKING...MCM ALONG..DAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, tapi hari ni, even china negara komunis melihat perbankan islam sebagai satu keperluan.
      bebas riba'!!

      Delete
  25. Assalamualikum. Sedikit komen dari saya:
    1. Konsep serta semangat pengharaman riba adalah untuk membela peminjam/penghutang dari di aniaya olih si pemberi pinjam/hutang. Penganiayaan ini jelas, ia itu dari membayar berlipat ganda atau di tipu.
    Perlaksanaan nya mesti lebih baik dari sistem riba. Setidaknya, peminjam/penghutang mesti mendapat manafaat physical dari sudut pembayaran balik yang lebih ringan.
    Beban perlaksanaan lebih terletak kepada pemberi pinjam, apatah lagi bila pemberi pinjam mengaku melaksanakan sistem perbankan Islam. Lebih lagi apabila institusi berkenaan mempunyai penasihat patuh syariah.
    Apabila institusi kewangan tidak meringankan peminjam, sedangkan melaporkan keuntungan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, ternyata institusi serta penasihat mereka telah gagal dalam membuahkan semangat yang di kehendaki di dalam pembenterasan riba secara berkesan. Ini harus mereka tanggung tanpa berdalih.
    Lagi pula, institusi masih bolih mengorbankan sebahagian keuntungan mereka untuk mengelak beban peminjam. Demikian mereka harus dinasihati.

    2.Penasihat patuh syariah yang digaji atau dibiaya olih institusi memungkinkan (tidak semestinya) mereka membuat keputusan dan berfikiran dilandasan yang disediakan olih institusi2 tersebut. Kita perlukan penasihat yang bolih menganjak dari paradigma sistem kewangan yang sedia ada.

    3. Buat permulaan, setelah sekian lama dan setelah institusi perbankan Islam meraih keuntungan yang banyak dari sistem "lebih riba dari riba konvensyenal" mereka, sampai lah masanya institusi ini serta penasihat mereka melalui fasa menurunkan kadar keuntungan supaya peminjam/penghutang mendapat manafaat sebagaimana semangat AlQuran tentang riba ini diturunkan.
    Setelah ini terlaksana, maka sama2 lah kita menyokong peraturan serta prosedur yang digariskan. Semoga institusi, penasihat, serta kita semua di hindari dari di laknati Allah.
    WALLAHUA'LAM.

    ReplyDelete

Comments