Logo Merdeka 55 tahun: Ketandusan Idea vs Kecelaruan Ideologi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Baru-baru ini negara kita telah digoncang bencana Logo Merdeka 55 tahun yang bagai digubah dengan kaki (maaf kepada insan yg tidak mempunyai tangan).

Sejujurnya aku akui logo tahun ini amatlah buruk dan menyakitkan hati. Kegagalan logo ini mempamerkan nilai seninya sedikit sebanyak mencalarkan nama Malaysia itu sendiri.



Aku tak pasti sama ada gejala ini berlaku sama ada disebabkan oleh ketandusan idea ataupun kecelaruan ideologi.

Aku tak faham kenapa Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO ini sanggup meluluskan logo sedemikian rupa.

Aku juga tak faham mana perginya suara-suara penasihat strategik dan kesenian dalam menyumbangkan komen dan review terhadap logo ini sebelum ianya di siarkan?

Kerajaan BN sekarang ini makin hari makin misteri. Kerana mereka bagai tidak tentu arah walaupun dalam perkara yang se-simple ini (merekacipta logo kemerdekaan).


Sebenarnya aku ini jarang juga memperkatakan tentang BN. Kerana aku lebih sibuk kritik pembangkang hari ini untuk pastikan mereka tidak dijangkiti penyakit BN. Namun hari ini aku benar-benar kesal (WTF??) pemikiran pemimpin BN melampaui jangkaan julat ke-tidak-cerdik-an yang dapat aku gambarkan.

Mujurlah rakyat Malaysia tidak tunduk patuh kepada sindrom kaki angguk dengan mengiyakan penzaliman nilai seni ke atas logo kemerdekaan ini. Ramai yang menyuarakan ketidak-selesaan mereka terhadap kehodohan logo tahun ini. Moga kematangan ini terus bercambah di masa hadapan.


13 comments:

  1. Ini sindrom syok sendiri serta bajet HOT bro..hahahah

    Tak leh tido malam si Rais kena "Tiaw" kaw kaw lat oleh rakyat 1 Malaysia.

    Memang hodoh bro,bro cuba kita diam soal Lagu janji ditepati tu..selepas kita dah guna dan rasmikan..tiba2 rakyat seberang KECOH lagi tuduh kita MALING! si Rais ni tak ada otak ke ciplak lagu gereja indon? fuhh!!benda ni merbahaya bro..macam ada agenda je disebalik semua ni..ada rantaian ledakkan kalau kita tak alert benda ni awal2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu gereja tu sama ka? Aku dah tgk video tu semalam. Mungkin kena dgr lagi sekali kot

      Delete
    2. Sama lah bro...saling tak tumpah..aku syak si rais macam sengaja nak timbulkan lagi polemik budaya dengan indon lagi.

      indon tak tahu lagi soal ni,kalau dorang tahu...ko tengoklah kedutaan kita kena baling telur lagi lah.

      Delete
  2. Assallammuallaikum, gejala ini berlaku kerana pemimpin UMNO lupa pada separation of functions iaitu legislative, executive and monarchy. UMNO telah mencampur-adukan diantara executive dgn politics. Kerajaan adalah satu badan yg berlainan dgn politik.
    Lihat lah contoh Selangor ; TSKhalid hanya menjalankan fungsi executive nya. The politics biarkan orang macam Azmin kerana at the end-of-the-day, the responsible to manage the state is in the hands of the MB. The accountability too lies with the MB. The politics just ensure that there is somebody to run the state.
    Tetapi dlm Federal government, Pak Jib menggunakan segala jentera kerajaan dan jgn lupa - duit kerajaan (our hard-earned money which were paid as taxes) untuk mencapai matlamat politik dan personal agenda dia. UMNO ingat they are the government and the government is UMNO. Maka datang lah ketakutan kehilangan "Ketuanan Melayu" - Bullshit (Astarghfirullah ttp dah lama terpendam). It not the loss of "Ketuanan Melayu" ttp the loss of "Kerakusan UMNO" yg lebih ditakuti oleh orang UMNO. Rakyat Selangor diugut dgn isu air tanpa segan silu. Domanakah "the government for the people"?
    Ana berjanji akan berjuang sehabis habisan jika the Federal Government cuba menghukum rakyat Selangor dgn isu air. We did not vote PR to rule Selangor for nothing. It was done for a purpose – to prove that there is a better alternative government than a BN-led government. I have a lot more nasty words to say but this is the month of Ramadhan.
    Ana memohon maaf kerana terkasar bahasa dan mencampur adukan BI dan BM. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam tuan

      Lega sy kalau ramai lg org macam tuan. Ruling party vs Ruling government adalah dua benda yg amat berbeza. Sadisnya, BN dan Kerajaan Malaysia saling tak tumpah sama warna birunya.

      Teruskan perjuangan tuan. For the sake of rakyat!

      Delete
  3. salam,

    bodo mana hasilkan logo tu agaknya, knp x buat mcm dlu, melalui pertandingan

    KLIK tawaran ke IPTA tapi course tak boleh pilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko buat sndiri arghhh..blog pn hodoh...puihhh!!

      Delete
  4. Bhai Taufik...

    Lu jangan bhai... pemegang PhD ramai ooo dalam Kerajaan .... gua rasa yang buat design nih pon pemegang PhD gak..... hahaha.... tue yang kreatif sangat tue.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak baik perli2 teruk2 sgt bulan posa ni
      terasa depa satgi, kreatif tak bertempat
      sakt mata aku tgk logo tu

      Delete
  5. kua kua kua... kreatif betul..statement bleh tukar anytime... oh my GOV..hahaha

    ReplyDelete
  6. Dulu ada pertandingan mencipta logo dan slogan kata. Ramai rakyat Malaysia yang menunjukkan kekreatifan mereka dan jugak berbakti kepada negara. Memang best, dapat duit hadiah pulak!

    Tapi, entah bagaimana tak ada pulak pertandingan tu. Kerje mereka logo diberikan kepada Pembantu Tadbir N36 yang cuma mengetahui Powerpoint. Nak guna Adobe Illustrator, nangis beb.

    Saya sokong la kalau pertandingan tu diadakan semula, dapatla mencungkil bakat terpendam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu
      aku pon perasan dulu2 ada byk pertandingan cipta logo
      paling kurang ada la nilai seni dari logo cincai ni
      malu kot dgn negara lain

      Delete

Comments