Arah Qiblat di Bulan dan Angkasaraya?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri Berapi-api

Siapa Neil Armstrong? Sudah-sudah lah dengan konspirasi Masonic yang menjadi kata nama am dalam pertikaian pendaratan manusia ke Bulan. Begitu juga dengan segala tiupan khabar angin tentang Neil Armstrong dan Islam.


Reaksi yang kita akan lihat adalah ramai insan lebih sibuk menggembala batu api menerajang ke sana ke mari nak tegakkan premis sendiri dalam isu ini.

Tetapi tahukah kamu di mana arah Qiblat kita (muslim) sekirannya berada di Bulan? Aku percaya ramai yang meremeh-temehkan perkara ini. Kerana mereka masih terdoktrin dengan keberadaan di Planet Bumi ini.

Ajaran Islam sedang berkembang pesat seiring dengan pembangunan dunia Sains. Aku tidak menolak kemungkinan kita akan menetap di bulan. Mungkin bukan aku dan kamu, tetapi mungkin cicit kamu dan aku.

Sejujurnya sebelum aku meng-google jawapan ini, aku sangkakan para ulama akan berusaha mencari titik Kaabah di bulan. Namun jauh sekali, aku jahil amat. Berdasarkan link ini, terdapat perbincangan mengatakan arah Qiblat di Bulan dan di angkasa adalah Bumi itu sendiri.

Semestinya jawapan ini adalah jawapan popular dan menggambarkan bahawa Islam memberi kemudahan kepada penganutnya. Alhamdulillah.

Aku bukanlah ustaz mahupun bekas mufti seperti Ustaz Asri. Sekadar pencacai hati perut sendiri. Namun aku terfikir, dunia ini amatlah luas. Tamadun manusia makin berkembang dengan kepesatan yang tinggi. Ramai yang memberi janji dan pandangan bahawa kita akan meneroka dan menetap di planet lain dan angkasa.

Sempatkah ini semua berlaku sebelum kiamat?

tags: bulan bintang matahari kiblat qiblat muslim islam neil armstrong masonic JAXA space travel exploration dr asri mufti planet sun earth moon bumi bulan pas bulan umno kiblat pas kiblat umno google moon landing apolo moon walker space shuttle nasa

3 comments:

  1. Salam,

    sgt bagus prbincangan ini, namun masih tdk brpuas ati...link yg dkasi skadar mgatakan some mujahid...mujahid mane? mane artikel prbincangan...fatwa yg mane? mane buku rujukannya...

    smua org claim bende yg sama..spt cth brkata "spakat ulama'"....mane rujukannya? memg islam mmberi kmudahan...namun biarlah ianya teguh dan kuat..jika ia benar2 fatwa...tunjukkan...bkn simpan2...if simpan sama cam fatwa halal haram JAKIM..simpan utk tatapan para staf jer..org ramai trkial2...

    from : zelan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan pertemukan aku dan kamu utk sama2 mencari ilmu
      aku pon masih lagi meng-google mencari fatwa rasmi itu
      kalau jumpa tlg bagitau ya

      Delete
  2. sowi trsilap eja...bkn mujahid...tapi mujtahid...

    from : zelan

    ReplyDelete

Comments