Ulasan respons/penerimaan "5 sebab PAS akan Gagal"
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri
Tergerak hatiku ingin memberi sedikit ulasan tentang penerimaan/respons artikel "5 sebab PAS akan Gagal" oleh kerana ianya sedikit tervariasi dari apa yang aku jangkakan.
Usul utama artikel itu ditulis adalah untuk meng-highlight ruang-ruang ketersamaan PAS dan UMNO yang akan menjurus kepada kegagalan. Umum mengetahui status UMNO yang dalam keadaan bahaya. Keadaan bahaya ini jugalah sebenarnya berakar daripada 5 asbab yang telah aku bincangkan.
Umpanku tepat mengena apabila laman yang berperoksikan UMNO menyiarkan dan menyebarkan isu yang aku lampirkan di dalam artikel itu. Harapan halusku adalah untuk melihat dan mengukur sejauh mana mereka mengiyakan asbab-asbab kegagalan PAS yang 5 ini. Kerana ianya adalah seamless dengan asbab kegagalan yang sedang dihadapi oleh parti yang mereka sokong ini.
Di sebalik beberapa komen ignorant yang diperlihat di laman fanpage dan blog peroksi UMNO, aku percaya terdapat juga warga UMNO yang dapat menilai dengan sewaras-warasnya. Harapan aku kepada mereka ini tak pernah musnah. Kerana mereka ini juga saudara aku, saudara se-Islamku. Atas rasional itulah aku cuba cungkil dasar hati mereka untuk menimbang tara asbab kegagalan sesebuah parti dari satu perspektif alternatif.
Alternatif ini membawa maksud, selain dari amalan ruji penyokong politik Malaysia ini; caci cerca makian, kita tampilkan kelainan persembahan isu dan fakta. Dengan harapan umpan-umpan ini tepat mengenai sagi-sagi hati mereka yang paling dalam.
Namun bukanlah niat aku untuk "kalih" mereka overnight kepada PAS, tetapi untuk meningkatkan kematangan berpolitik sesama kita. Jangan sesekali tersilap, bukanlah aku ingin label mereka ini tidak matang dan aku lebih matang, tetapi aku ingin berkongsi perspektif yang berbeza dari yang sediakala.
Penafsiran istilah matang itu sendiri bersimpul-simpul dengan makna yang amat subjektif untuk dikaitkan dengan situasi politik Malaysia. Premis kematangan yang cuba aku persembahkan adalah "dakwah dalam respons". Satu pendekatan yang amat berbeza yang telah dihadapkan selama ini iaitu dengan memenangi hati musuh daripada hati sendiri. Penafsiran "dakwah dalam respons" ini akan disempurnakan dalam satu penulisan khas di lain hari.
Adapun terdapat jua lentingan respons daripada penyokong Pan-Malaysian Islamic Party itu sendiri. Timbul satu golongan tipikal yang terus menerus mencerca, menafi, menyerang kembali dan bertali arus membuktikan PAS lebih baik dari UMNO. Tidak kurang juga segelintir yang mendakwa penulis sebagai talibarut UMNO, justeru mengiyakan asbab kegagalan yang aku kupas di dalam artikel tersebut. Namun aku tidak salahkan mereka menzahirkan respons mereka sebegini rupa, kerana aku sendiri menggunakan tajuk yang agak offensive pada hemat mereka.
Maaf aku pohon kerana terpaksa menggunakan tajuk yang agak misleading untuk menarik hati membara untuk membaca. Golongan tipikal ini merasakan mereka terancam dengan tujahan kata aku yang agak sinis. Dan sesetengah mereka merasakan mereka perlu pertahankan parti PAS mereka ini dengan menyerang kembali. Serangan itu samada dalam bentuk paluan soalan PAS vs UMNO, menunding jari kepada UMNO, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai agen parasit, serta menyerang peribadi penulis/penyebar artikel. Ataupun inikah sebabnya artikel ini sukar tersebar dalam media alternatif PAS? Ataupun penyokong PAS sendiri hanya sekadar membaca tajuk dan bukan isinya?
Syahadan aku menarik nafas lega, kerana di dalam rimbunan golongan tipikal itu timbul juga susuk gagah hati pembaca yang mengerti sedalam-dalamnya sarkasm yang aku cuba sampaikan. Walaupun mereka tidak mengiyakannya secara keseluruhan, tergambar jelas kesedaran mereka akan ketersamaan yang makin rapat antara PAS dan UMNO. Lantas golongan kedua ini mula menongkah kata bertanyakan solusinya. Bagaimana mahu selamatkan PAS? Lebih baik mencegah dari mengubatinya?
Alhamdulillah, walaupun bilangan mereka amat minoriti, aku amat berbesar hati mempunyai saudara seperti mereka. Ini kerana mereka berjaya bertolenrasi dengan emosi. Mereka pendamkan hati panas mereka untuk mencari solusi akan parti perjuangan Islam ini. Mereka menggunakan akal sebaiknya dan tidak melemparkan kata cerca pada yang bertegur sapa. Mereka jugalah yang akan bersama merentangi aruhan politik sempit yang amat tinggi jumlah tompok-tompoknya di Malaysia.
Akhir kata, selamat maju jaya rakan dakwahku, semoga beroleh keberkatan dan dipermudahkan urusan kamu berdakwah kepada saudara kita yang lain. Diri ini insan biasa, bukan bermakna maksum 100% dari terbitan kata cerca yang sengaja mahupun tidak sengaja. Namun ini bukanlah budaya kita bercaci maki sesama saudara, hatta ini bukanlah ajaran Allah dan Rasulnya. Islam itu syumul, jangan jumudkannya ia dengan tingkah laku kita sebagai penganutnya. Wallahualam.
Jazakallah.

PAS dan UMNO makin sama? |

Sama-sama Tuan Prince of Noob. Harap beroleh kebaikkan
ReplyDeleterakyat Malaysia ni bermacam-macam latarbelakang & ragamnya...ada yg mendapat tarbiyah terus drp PAS, ada yg sekadar menyokong, ada yg menilai dari pembacaanya, dan tak kurang juga yg sekadar mendengar daripada kata-kata orang lain...kadang-kadang kita boleh agak bagaimana keadaan orang melalui reaksinya dalam suatu perkara
ReplyDeleteitulah cabaran yg kita kena hadapi dalam menyuarakan pendapat, lebih-lebih lagi yg menentang arus norma masyarakat...
saya sebagai orang yg menerima tarbiyah terus daripada PAS ini rasa berterima kasih atas keperihatinan penulis terhadap gerakan Islam ini. Ia sedikit sebanyak membuka mata para pendokong, penyokong, dan rakyat marhaen melihat segenap ruang dalam PAS yg boleh diperbaiki...
jadi teruskan usaha saudara dalam menyampaikan pendapat-pendapat yg bernas & membina ini. Tidak lupa juga sampaikanlah ia dalam bentuk yg meraikan sensitiviti semua pihak.. :)
alhamdulillah
Deletesaya amat hargai komen tuan
saya juga amat bersetuju dengan kata tuan mengenai reaksi orang lain yg datang pelbagai latarbelakang dan ragam
insyallah saya akan terus menerus berjuang untuk memperkasakan Islam yang agung ini
Pemikiran yang tidak selaras dengan gaya pemikiran politik konvensional macam sedara duk usahakan selalunya disalah tafsir dan ditolak oleh golongan Majoriti pengikut Fahaman Kepartian.
ReplyDeletePemikiran Rakyat Negara ini Masih jumud,Hanya menerima Info dari Sumber mereka sendiri sahaja..Entahlah..saya sebenarnya Fedup nak berdebat dengan orang yang Taksub dengan ideologi mereka sendiri kerana ideologi yang mereka anut tu dah didoktrin dan ditanam dengan sangat kuat di dalam otak mereka..sangat2 buang masa berdebat dengan orang yang taksub politik.
Assallammuallaikum,
ReplyDeleteBaru pagi tadi ana berbincang ttg keadaan politik di Malaysia sekarang ini dgn Ustadz ana di Surau selepas kuliah Subuh. Terdapat dua parti politik yg berteraskan perjuangan Melayu. Satu Melayu Nasionalis dan satu lagi Melayu Islam. Pada pendapat ana (personal opinion) Parti Melayu Nasionalis ni sudah tidak ada tempat lagi di political arena in Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh Ustadz yg ana berbincang tu.
Tetapi masalahnya adalah parti Melayu Islam ni tidak dapat menghayati Islam dgn sepenuhnya. Okay secara terang lah (maaf jia menyinggung perasaan pembaca lain). Orang PAS terlalu taksub dgn sifat kepartian mereka sehingga tersasar dari AlQuran dan Hadeeth. Suatu contoh yg berlaku pada diri ana (jgn slah faham, ana ni Ahli PAS tau), ana juga ahli Jemaah Tabligh. Pernah kami Khuruj disebuah masjid diDamansara. Masjid tu adalah dilabelkan sebagai Masjid penyokong PAS. Seperti biasa, karkun2 (ertinya kuli – kuli pada jalan Allah) akan duduk makan diatas lantai. Jadi Jemaah kami pun duduk lah atas lantai beralaskan tikar untuk menikmati makan tengahari. Kami dihalau dari anjung Masjid dan disuruh makan dimeja yg telah sedia ada. Jadi, dalam Jemaah kami pada hari itu ada seorang Professor, seorang Dato’ –( ana pun tak tau dia ni dato’ sampai ana bersua dgn dia di Sri Petaling), kami pun selepas tu pergi makan dirumah Jemaah yg berdekatan kerana tidak mahu menimbulkan rasa tidak puas hati Jemaah Masjid.
Pada initinya, macam manakah kita nak memertabatkan perjuangan Islam kita jika kita meninggalkan AlQuran dan Hadeeth in the basic form? Cara makan tak ikut Sunnah dan beberapa benda yg dipandang kecil tapi basics that forms the underlying structures of life.
waalaikumsalam tuan
Deletesaya amat setuju dgn tuan
penghayatan penyokong pas lebih kepada dasar kepartian yg fanatik
walaupun bukan semua, tapi jumlahnya bukanlah sedikit
agama Islam tidak hanya mengajar penganutnya beradab dengan Allah dan RasulNya
bahkan kepada sekalian makhluk
Tuan Anonymous,
DeleteBagi saya, makan macam mana pun boleh asalkan bersih dan tidak menyusahkan orang serta diterima masyarakat sekeliling kerana Nabi S.A.W menyarankan umatnya untuk menghormati satu sama lain. Bak kata saudara Taufik, agama Islam mengajar penganutnya untuk beradab dengan Allah, Rasul dan sekalian makhluk.
Jika difikirkan kembali, jika Nabi S.A.W diajak makan di meja yang telah disediakan, baginda tidak akan menolak kerana itu bukan satu kesalahan di dalam Islam.
Jika pandangan saya salah, mohon diperbetulkan, terima kasih :)
Sekian,
- Abdul Rahman