Tahniah Khaled Nordin!
Khaled Nordin pandai bermain tarik tali |
Dari detik pertama Khaled Nordin memberikan tujahan keras terhadap UNISEL (pelajar UNISEL sebenarnya), otak aku terngiang Bad move BN.
Kerana mereka telahpun menalakan satu direct hit terhadap sekalian isi bumi UNISEL, iaitu pelajar.
KJ yang lantas menongkah arus dalam didihan kehangatan hasil tindakan melulu ini memperlihatkan susuk yang amat berlawanan dengan resam kelaziman kebanyakkan pemimpin BN lain yang hanya mendiamkan diri.
Rona perjuangan BN masih di takuk kematangan yang amat rendah. Namun dalam kes ini, mereka berjaya bertarik tali bersama rakyat, pada kadar yang agak segera. Ketidak-matangan ini terlihat jelas apabila mereka cuba menjadi jaguh halaman sendiri apabila cuba membekukan PTPTN untuk pengambilan pelajar baru UNISEL. Dengan harapan PR akan terkontang-kanting termakan ludah sendiri.
Aku percaya bukan seluruh urat daging BN memekakkan telinga dengan cadangan lembaran yang dilurut oleh Rafizi Ramli. Kata kunci yang amat penting dalam pemansuhan PTPTN ini adalah "perbelanjaan yang efficient". Di mana kerajaan pusat dan kerajaan negeri bersama-sama memainkan peranan dalam pemansuhan PTPTN.
Jikalau benar BN mahu teruskan tindakkan ini, rakyat Malaysia bakal menjadi saksi peperangan besar golongan pelajar/mahasiswa menentang pemerintahan zalim ini. Mana mungkin BN mahu siat-siat undi darah muda ini.
Namun, aku pasti keputusan ini bukanlah satu rencana solo Khaled Nordin, nokhtah keputusan ini semestinya satu gerakan kolektif BN untuk memastikan kelangsungan hayat mereka. Well at least, you've done your job Khaled.
Kadang-kadang terpikir mangsa dari kerakusan politik ini ialah pelajar.
ReplyDeleteDidihan panas mahasiswa/anak muda terhadap kerajaan sudah cukup difahami namun tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh kerajaan bukannya menyiram kepanasan tersebut tetapi meletak minyak lagi..emmm...
Salam kenal !!
ReplyDeleteSalam kenal Tuan Hanif
ReplyDeleteterima kaseh kerana sudi menjengah kat sini!
Alhamdulillah mahasiswa kini makin ramai menyedari permainan parti pemerintah.
Tapi kerajaan masih kurang mampu mencernakan tindakan bijak untuk meraih undi darah muda.
Bukan makin suka, lagi benci ada la