RM34.3 billion, Jumlah Hutang Syed Mokhtar yang Membimbangkan

Lantaran hutang negara yang kian meningkat, timbul pula situasi kitaran ekonomi yang meresahkan golongan intelek Malaysia. Sehubungan itu, pembangkang telah menyuarakan kebimbangan yang memuncak mengenai kemungkinan berlakunya bailout besar-besaran kepada konglomerat Bumiputera terbesar di Malaysia.

Tunggakan kredit yang menggunung tinggi oleh syarikat-syarikat di bawah naungan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary umpama memberi gambaran awal berulangnya situasi kejatuhan ekonomi 1998 yang tersirat oleh kegagalan Renong Berhad.


Hutang tanggungan konglomerat Syed Mokhtar berjumlah RM34.3 bilion, satu jumlah yang amat mengerikan di dalam integer negatif. Tercatat sebagai penyumbang terbesar, MMC Corporation dengan RM24.2 billion dan diikuti oleh DRB-Hicom sebanyak 3 billion ringgit.

Perihal keruncingan hutang ini ditambah lagi dengan hasrat kerajaan Najib Razak merelakan penswastaan Penang Port di bawah kawal-selia konglomerat Bumiputera ini. Selain dari itu, tercatat jua keinginan Syed Mokhtar untuk memiliki Port Klang dan Keretapi Tanah Melayu yang seharusnya akan merimbunkan lagi timbunan hutang.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap aliran wang pembayar cukai yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk diguna pakai sebagai bailout sekiranya syarikat-syarikat naungan Bumiputera terkaya ini muflis dan gagal melunaskan pinjamannya. Ini sekaligus menerbitkan kesembapan ekonomi ekoran dari kerugian ratusan juta ringgit oleh sebahagian besar pemegang saham sebagaimana yang telah dihadapi Renong Berhad 14 tahun dahulu.

Gambaran ini disimpulkan oleh Tony Phua sebagai kejatuhan berantai konglomerat Syed Mokhtar akan mengikat sama Malaysia ke lembah hutang yang amat menggerunkan. Ini adalah kerana sandaran yang terlalu tinggi digandingkan kepada kumpulan syarikat ini, menyebabkan negara ini tidak mampu melihat Syed Mokhtar gagal dan muflis, justeru terpaksa menagih saluran dana pembayar cukai sebagai bailout mereka.

Pemusatan kredit sebegini sejujurnya adalah amat bahaya kepada ekonomi negara sebagaimana refleksi kejatuhan berantai yang disimpulkan Tony Phua. Kerajaan sepatutnya menyulamkan segregasi penganugerahan projek mega berkaitan kerajaan sejak dari teladan kejatuhan empayar Renong belasan tahun dahulu. Sekiranya tidak diambil pengajaran dahulu, dibimbangi implikasi lebih dahsyat akan menimpa negara, atau lebih tepat lagi rakyat negara ini.

2 comments:

  1. Ini semua tektik kerajaan nak pancing undi. Orang kuat mahathir mana leh bankrap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang dirisaukan, berniaga tanpa risiko.

      Delete

Comments