PRU vs HAJI : Duri UMNO selagi Najib tak umumkan tarikh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Suka aku merujuk kepada buah tinju Zahid Hamidi kepada seluruh umat Islam Malaysia, jelas sekali Zahid bagai mengugut calon-calon jemaah Haji tahun ini. Sesiapa yang menolak tawaran mendapat tempat untuk menunaikan Haji dengan bersandarkan alasan mahu membuang undi, haruslah menganggung risiko menunggu lebih lama untuk panggilan Haji seterusnya.

Maaf cakap, Zahid Hamidi ni agak kurang ajar di situ. Aku tengah berusaha meneka syaitan pangkat apa yang tengah bertekan tubi dalam hati dia. Katanya kuota jemaah tahunan ini telah ditetapkan, dan sesiapa yang bercadang untuk menolak perlulah berhadapan risiko menunggu puluhan tahun lagi untuk dipanggil semula.

Terang benderang, UMNO rugi dalam isu ini, walaupun Najib Razak belumpun lagi mengumumkan tarikh rasmi PRU mendatang. Spekulasi PAS pada awalnya kelihatan agak lunyai dengan khayalan, namun pabila disahut-sahut oleh pemikir kurang IQ sebegini, PAS dilihat punyai advantage.

Saranan aku sebagai bukan warga UMNO, haruslah kamu tubuhkan satu unit khas bagi menangani lidah-lidah berduri dalam parti kamu ini. Bukan bermakna lidah berduri ini terencat pemikirannya, cubalah usahakan mereka dari tidak melontar batu bata ke atas kepala Najib Razak dengan cara begini.

Aku petik persoalan seorang rakan fb dari laman sinarharian.com "Kenapa tuding jari pada jemaah haji? Kenapa perlu diadakan pilihan raya musim haji? Siapa yang takut kehilangan kuasa ni?"

Jawapan aku: Kenapa PM malu sangat nak umum tarikh PRU?

2 comments:

  1. memanglah dia tak berani, sebab nak pegang lama-lama lagi. =)

    ReplyDelete
  2. @Amin Ibnu Lofti - dah terang lagi bersuluh, kalau najib buat PRU bulan mac lepas, dah lama dah PR bule start memerintah malaysia

    ReplyDelete

Comments