Muqaddimah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sejujurnya, tulisan ini dicernakan untuk menerangkan perihal kesantunan Tuan Blog dalam merungkai perasaan hibanya menuai bina ruang warkah maya (blog) ini dengan seberapa ringkas yang mungkin.
Perkara-perkara berikut disusun rapi mengikut turutan keutamaan tertinggi pada hemat penulis.
Kesyukuran terhadap Ilahi
Kesyukuran terhadap Ilahi
Jutaan gema kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya kerana dikurniakan kapasiti daya fizikal & mental untuk menzahirkan blog ini. Di sebalik komitmen dunia luar (selain dunia maya) ku panjatkan doa agar diberi ruang senggang serta sejengah masa untuk terus menulis dan mewarnakan lembaran blog ini.
Aku Bukan Pandai Ber-Blog
Aku Bukan Pandai Ber-Blog
Diulangi, aku bukanlah seorang warga netizen yang amat pandai menulis blog. Blog ini pun puas aku pujuk diri sendiri untuk cuba buat juga. Sebenarnya aku mengambil kesempatan menulis sebuah buku (commercial, utk sebuah IPTS) sebagai batu loncatan silang tari ke dunia penulisan maya ini.
Ini bukan blog pertamaku
Tujuan penerbitan blog ini bukanlah untuk jadi seorang over-rated-hype-savvy-hipster-attention-seeking blogger. Hanyalah sekadar hobi yang tidak memudharatkan. Blog aku yang terdahulu banyak yang terbengkalai bukan bermakna malas, tapi komitment ke arah penulisan ini masih di tahap minima.
Untuk permulaan, blog ini mungkin tersulam nilai Anonymous yang agak tebal dari sudut privacy penulis. Mungkin juga sebab komitmen aku belum menyetujui sifat non-anonymous yang bakalku terjemahkan di kemudian hari seiring dengan perkembangan penulisan/karya di laman ini.
Zarah-zarah kandungan
Hot knife through butter. Penyampaian kandungan laman ini akan dimaksimakan tahap keringkasan dan kejituannya. Di sebalik rencam kata yang siur berkias, akanku cuba meminimakan kebobrokan dalam menyusun tempa huruf agar tidak pincang idea yang ingin diutarakan.
Bahasa Inggeris juga bukanlah suatu yang haram untuk dipersilakan beradat di laman ini.
Inspirasi penubuhan blog
Sebenarnya banyak lagi intipati bertemu lapis lain yang aku rasakan perlu tulis di sini, namun entry ini sudah termaktub sebagai satu Muqaddimah, maka aku berusaha memastikan post ini menepati janjinya.
Sebelum menunda muqaddimah ini untuk disambung di lain hari, aku ingin merakamkan juraian tinta kasihnya hati ini kepada blog-blog yang memberikanku inspirasi. Walaupun selama ini tidak terakam dalam diri aku sebagai seorang pembaca/penulis blog tegar. *(akan dikemaskini dalam entry khas)
Dengan izin-Nya Allah Tuhan sekalian alam ini, dirasmikan penerbitan laman ini bersama lafaz Bismillahi Rahmani Rahim.
gaya bahase blog ni sangat menarik.boleh berkarya lepas ni..alah same lah dengan aku,mula2 memang noob sikit blogging2 ni.tapi lame2 okay lah tu.
ReplyDeleteBTW.menarik template ni.simple..
thank you bro. naik segan pulak dgn orang2 lama ni
ReplyDeletebanyak lagi yang perlu aku belajar