Tolong Jangan Boikot Produk Yahudi Zionis
Misteri boikot
1. Tulisan kali ini tidak langsung berbaur hasutan sarkastik.
2. Sila betulkan niat sumbing anda terlebih dahulu sebelum nak caci maki aku.
3. Apa itu Boikot? "A boycott is an act of voluntarily abstaining from using, buying, or dealing with a person, organization, or country as an expression of protest, usually for political reasons. It can be a form of consumer activism."
4.Kenapa Boikot? Simple, sebab nak menyuarakan ke-tidak-puasan-hati.
5. Wajibkah Muslim itu memboikot? Pada pendapat aku tidak wajib.
Rokok dan Rakan-rakan
6. Aku dapat satu idea dapat ketika seorang rakan aku memedaskan mulut sendiri dengan menyuruh umat Islam berhenti merokok.
7. Kerana rokok adalah antara penyumbang terbesar jajahan ekonomi Zionis.
8. Sampaikan ada satu peribahasa tahyul mengatakan “satu batang rokok = satu butir peluru”.
9. Tahyul pada pendapat aku, rasanya harga peluru bukanlah semurah itu.
10. Maka dengan itu timbul alasan si perokok yang dirasuk IBLIS* mengatakan bahawa “Rokok Indonesia ada, buat apa susah-susah berhenti merokok?”.
11. Katanya hasil dari penjualan rokok-rokok indon ini digunakan bukan untuk Zionis. (macam lah depa tahu segala).
Idea merokok sambil menderma
12. Oleh itu, aku mencadangkan agar diwujudkan satu jenama rokok yang dikhaskan untuk para perokok tegar ini hisap sambil menderma kepada Gaza.
13. Jenama Rokok ini akan menderma 90% hasil keuntungan mereka untuk disalurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang memerlukan.
14. Walaupun mulut berbau busuk sikit, tapi hati mereka tetap ada taman. Mereka tetap mahu menderma.
15. Jangan kita discriminate orang lain hanya sebab mereka merokok (aku tak merokok).
Bukan sahaja rokok, malahan kita boleh gantikan dengan MCD, Coke, FB, Google dan sebagainya.
Bukan setakat rokok
16. Satu rangkaian-emas (GOLD-CHAIN) yang menyeluruh meliputi segala macam kehendak rakus manusia (muslim khususnya) untuk menidakkan segala alasan mereka daripada menderma untuk jalan Allah.
17. Salah satu sebab utama usaha boikot Muslim dunia hari ini gagal adalah kerana tiada alternatif yang setanding dan setara.
18. Dengan cara ini, bukan sahaja kita dapat boikot, malahan dapat membantu menyalurkan dana yang secukupnya untuk Gaza dan mana-mana pelusuk dunia yang memerlukan.
19. Contoh paling senang kedai 1Malaysia. Sekarang isu Gaza berapi kembali, tukar kedai 1Malaysia tu jadi kedai 1Gaza.
20. Kedai makan 1Gaza, kedai runcit 1Gaza, nasi kandar 1Gaza dan bermacam jenis lagi kita boleh convertkan kepada modus operandi 1Gaza ni.
Usaha Global untuk membantu Gaza
21. Ini secara langsung menunjuk Muslim itu proaktif, tak tunggu alternatif turun dari langit baru nak berubah. Muslim itu sendiri kena wujudkan alternatif berupa “Kill two birds with one stone”.
22. Cuba bayang berapa billion aliran wang ringgit sehari dapat disalurkan untuk bantuan ke Gaza dengan cara ini.
23. Itu baru Malaysia, mana tahu kalau-kalau negara Pak Arab kaya sana nak buat macam ni juga.
24. Adakah boikot satu-satunya cara? Kini tidak lagi sehingga wujudnya alternatif ini.
25. Perlukah kita boikot jika masih ada lagi cara dan saluran yang lebih hebat impaknya?.
26. Moralnya di sini, manusia tak pernah letih memberi alasan, alasan untuk berbakti ke jalan Tuhan mereka.
27. Muslim sepatutnya telah mula berfikir di luar kotak sekurang-kurangnya 50 tahun dahulu supaya dapat mempercepatkan proses kebangkitan Islam.
28. Muslim juga tak boleh bersikap terlalu fanatik sampaikan kerjanya jadi pak turut.
29. Sekian, mohon mencadang. Sekiranya anda setuju sila sebarkan.
Senarai "refreshments":
- Boikot bukan satu-satunya jalan menentang kezaliman Zionis
- Faktor utama kegagalan boikot adalah kerana tiada alternatif
- Muslim perlu lebih proaktif menyediakan alternatif
- Rokok yang selama ini senjata Zionis boleh digunakan untuk menentang mereka kembali
- Rokok hanya sebagai satu contoh mengekspoitasi nafsu jiwa yang tegar untuk kebaikkan sejagat
- Ketiadaan alternatif menuntut Muslim menciptanya kerana peluang masih terbentang luas
- Kedai penjemaan 1Malaysia boleh sahaja ditukarkan kepada 1Gaza, 90% collection dapat disalurkan untuk bantuan di Gaza
tak berapa faham..boleh diterangkan dgn cara yg mudah (sbg ringkasan) straight forward tanpa perlu sarcastic tak?
ReplyDeletepermintaan anda akan ditunaikan dalam beberapa minit
Deleteceh aku ingatkan blog ni kena hack tadi
ReplyDeletehaha.. brilliant!
ReplyDeleteesok pagi ada orang nak arrange flash mob anti zionis kat mcd sitiplaza bro. mai la kalau berani hehe
Deletemalangnya, aku baru ja baca komen hang ni. haha.. depa buat betoi ka td flashmob tu?
Deletetak jadi tak cukup kaki tangan haha
Deleteko pon pandai tulis jek, buat x pon haha
ReplyDeleteceh setakat komen macam ni. nenek jiran sebelah rumah hang pon boleh la
DeleteIsrael memang kejam dan akan kejam sampai bila2
ReplyDeletelebih precise sebut Zionis, sebab ada jugak yang menentang kekejaman ni
Deletetiada alternatif yang setara atau lebih baik berbanding produk mereka..sebab tak ada kesatuan muslim yang utuh..muslim hanya jadi consumer tegar je..aku pun tak pasti boleh boikot ke idak..tapi sekurang2nya cadangan tu agak praktikal..
ReplyDeleteyang mana mampu macam rokok, coke etc tu bule saja kita nak boikot sebab memang byk pilihan lain. beli barang china pon takpa kot asal jgn israel
Deletesekejap je boikot,lepas dah reda penuh la balik Mcd tu..
ReplyDeletetadi pon aku tengok Mcd tak lengang pon, mungkin sebab hari ni keluar result UPSR so ramai bebudak lepak sana
DeleteOoh yeaah
ReplyDeleteanak ni wakil zionis ka???
ReplyDeletenak boikot jugak. :)
ReplyDeleteAntara yang saya kurang faham dan aneh dengan sikap segelintir pendemo yang emo. siapa yang nak boikot silakan. yg tak nak takpe. ;)
ReplyDeleteini golongan yg ego dan fanatik. tak boikot bukan bermakna sokong Zionis. kadang2 yg boikot McD tu rokok dunhill melekat kat mulut pulak
ReplyDeletebetul...
Deleterasa2nya bilakah konflik palestin-israel ni akan berakhir?
ReplyDeletekonflik ni akan berakhir, tapi taktau bila
Deletemohon ditangguhkan jawapan utk komen ini. nanti aku nak tulis satu entry pasal ni
smpai kiamat...
Deletebykkan ibadah korang..perang Palestin-Israel dh mnunjukkn KIAMAT DAH DEKAT..boikot xda guna klau ibadah kurang..
BOIKOT FILEM HOLLYWOOD PULAK!!! ---> http://www.sinema.my/yahudi-di-hollywood/
ReplyDeleteha heran pulak knp holywood & lain2 produksi tak termasuk dalam jenama yang perlu diboikot
DeleteProduk alternatif ni memang ada yang buat dah..
ReplyDelete100% keluaran Muslim;
HPA.
And alternatif utk Mekdi HPA buat (Kepsi sekali), RFC.
yes yes yes
Deletememang dah ada RFC, umat Islam sendiri bagi alasan itu ini
tapi memang betoi pon, RFC la ni byk management problem katanya
tp produk die x urmmm sgt..dats y ramai memilih mcd...bile komen..diorg tanyer..nk sedap or nk muslim produk?..to me 2-2..huhu..aku pndai komen..wat produk lebih hebat dr mcd...x thu..so may b ak x ptt komen...huhu...
Deletekat tempat aku hpa dah tutup, diganti pulak dengan domino's pizza kat situ...hpa ada management problem
Deletetu la pasal, management ego tak kena tempat
Deletetak rugi pon kalau nak improve product and service
memang rugi gila HPA dah down
padan muka management padan muka kita jugak la
rugi dah tak ada alternatif utk mcd
Hpa down sbborg kite gak..tak full support produk tmptn...
ReplyDeletePeluru x mahal mana pon. Sebiji dalam 40sen hingga 90sen untuk pistol mcm Glock atau revolver.... Sekadar info...
ReplyDeletebagus la masih ada muslim yg fikirkan pasal alternatif memboikot produk yahudi.. bernas!! ada jg certain area d malaysia ni yg msh on Hpa.. yg pentingnya kita sama2 sokong& bantu produk tmptn
ReplyDeletesebenarnya skarg ni dah byk produk malaysia yg ble jd alternatif utk ganti produk2 yg kita biasa guna.. segala jenis sabun, brg2 mkn mcm sos, kicap, mcm2 lg la... mari kita cari tau apa lg hasil produk tmptn.. walaupun x dpt boikot suma produk yahudi tp jgn x boikot langsung... biarla tidak byk yg penting ada juga sedikit sumbangan & usaha kita utk kebangkitan GAza ;)
ReplyDeletetak wajib boikot israel........ memang penghkhianat macam ni nak buat muslim payah bersatu. budak israel cek macam ni
ReplyDeleteMinta maaf . Mungkin betul, tp at least kita ada usaha utk mmbantu gaza. Biar usaha kecil yg penting ada jdi d akhirat nanti Allah tanya apa usaha kita tak da la kita trdiam tak dpt jwb. Yg mmbuatkn kita trdiam kelak adalah krn sikap penting diri sendiri dan tdk prihatin kita. Kalau kita nda mau boikot, mknanya ekonomi israel akan maju, dpt la drg beli senjata2 api utk menjatuhkn gaza. Takkan kita mahu brsubahat mnghancurkan saudara sendiri? tak mati pn kalau takda Product Yahudi
ReplyDeleteSaya ingin bawakan kisah yg menarik yg mngkin dpt memahamkn semua . Nabi Ibrahim kalau tak silap, dia dlm satu api yg besar. Tiba2 seokor burung trlihat lalu dia mncari air dan memadamkn api itu walaupun berulang2 alik dgn air yg serba kekurangan sehinggakan burung2 yg lain mentertawakannya. Burung sekecil itu mahu memadamkn api? hha. Tp dia gembira krn dia terlepas dari tanggungjawabnya dan sda melaksanakan tugasnya. Usaha tu yg penting tak kira besar atau kecil.
Betul tu... sebab tu kita tgk budak2 n pemuda palestin baling batu pada kereta kebal israel.. x calar pun kereta kebal tu yg penting bila dihadapan allah nanti akan ditanya apa yg kita atau mereka lakukan dlm penentangan terhadap rejim zionis ni... satu lg dgn ambik hasil rokok utk bantu gaza? Niat x menghalalkan cara... rokok jumhur dah sepakat meletakkan haram... so xyah la sumber dr benda haram diberi atas nama fisabilillah... amat malang.
ReplyDeleteBanyak bergantung kpd Allah SWT bkn kpd yahudi. Kalau kita hidup dgn sunnah2 Rasulullah SAW, tdk la kita memandang sedikit pn dgn barangan yahudi. Sbg contoh, d hospital kita mndapat suntikan drpd doktor tanpa kita mengetahui isi kandungan suntikan itu, halal atau tdk, bahan kimia apa yg dicampurkn dn sbgainya. Dpt dibuktikan sehingga hari ini pemuda2 palestin berbadan kuat sehingga berani mati, krn apa? Krn mereka hidup dgn sunnah2 Rasulullah SAW dn mereka tdk mengambil sama sekali sebarang suntikan drpd negara yahudi. Selain itu, iman mereka yg mendorong drg. Dari kecil mereka dididik dgn tarbiyah Islamiah.
ReplyDeleteHarap2 lps ni semua org islam di malaysia delete acc masing2. Di pejabat kta xpyh guna komputer, tp tulis dgn pen saje. X pun berhenti keje dan cr kompeni islam yg x guna komputer & peirisian yahudi made.. Takut was was pulak rezeki yg dibwk balik kat anak bini.. Boikot jgn x boikot..
Deletehakikat nya rokok tetap memudaratkan kesihatan,dan bnda2 yg memudaratkan kesihatan nie haram......
ReplyDeleteBrani jamin ka dana hasil jualan rokok tu halal???
Memang Allah tahu mna stu hmbah dia yg terbaik,tpi.....kena rujuk org yg lbh baik untuk cara yg terlalu baik..
Mnta maaf klaw mnyinggung prasaan skadar perkongsian pndapat sesama muslim.....
Mcmna nk guna mcd google etc utk salur ke gaza dh kalau main die org zionis .logik la sikit kalau nk ckp
ReplyDeleteNak tanya brp ramai org islam yg dah delete acc FACEBOOK masing2? Jgn dilambat2kn ye.... Android pun hak milik Google. Owner google dua2 nya jew.. Jum kta beli HP nokia sbb made in finland. Oopppps, x boleh pulak, sbb nokia guna os bill gate. Bill gate foundation kn derma byk kt budak2 jew.. Ishhh jum kta x pyh guna hp. Guna fixline je..
ReplyDeleteMohon dijelaskan saya tak faham penulisan awak ni
ReplyDeleteSy stuju sgt dgn Anonymous....matlamat tidak semestinya mghalalkn cara yer...dah mufti spakat mngatakn rokok tu haram...haram lah..klu nk guna dana dr sumber haram, baik xyah wat lgsung ..byk lg alternatif lain kn..umpama seorang ibu tunggal yg nk jd gro sbb nk mnyara khidupan dia dan anaknya lak...halalkah bgitu,bro?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDok utan macam orang asli ahh....kehidopan modern ni apa yang tak de kaitan dengan yahudi
ReplyDeleteP.Mentri kita xbley blok ke smua produk2 yahudi ni dri masuk ke malaysia..
ReplyDeleteKALAU DERMA KEUNTUNGAN JUALAN ROKOK YANG MANA IANYA HARAM KENAPA TAK BUAT DADAH KHAS MACAM SEDARA CAKAP TU UNTUK BANTU UMAT ISLAM? MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. CAKAP PAKAI AKAL BUKAN PAKAI OTAK,LEMBU PUN ADA OTAK.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete